Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Malaysia lakukan siasatan dalaman
- Kokain RM809.66 juta dirampas di Colombia
- Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediaman
Malaysia lakukan siasatan dalaman Posted: Malaysia lakukan siasatan dalaman
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memulakan siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera bagi memastikan kenapa peluang untuk mengesan serta menjejaki sebuah pesawat Penerbangan Malaysia gagal dilakukan selepas kapal terbang itu hilang pada 8 Mac lalu, kata dua pegawai semalam. Dalam satu laporan eksklusif agensi berita Reuters yang disiarkan semalam, siasatan dalaman itu dilakukan ketika berlakunya ketegangan berhubung pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sama ada tentera atau (DCA) berkaitan tentang kekeliruan maklumat awal serta kesilapan tempat pencarian di Laut China Selatan. "Apa yang berlaku ketika itu (gagal mengesan pesawat MH370) kini disiasat dan saya tidak boleh menyatakan sebarang maklumat lagi kerana ia melibatkan pihak tentera dan kerajaan," kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters. Pada satu temu ramah dengan agensi berita itu pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, inkuiri dalaman sedang berlangsung. Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 kru semasa ia hilang pada 8 Mac lalu di Laut China Selatan. Selepas analisis radar tentera dilakukan, pesawat itu berpatah balik dari haluan penerbangan ke China, Beijing. Misi pencarian pesawat itu kemudian dibuat di selatan Lautan Hindi setetalh pengiraan isyarat 'ping' dibuat satelit Inmarsat dari United Kingdom. - Agensi | |
Kokain RM809.66 juta dirampas di Colombia Posted: Kokain RM809.66 juta dirampas di ColombiaSEORANG anggota polis (kiri) mengawal bungkusan kokain di pelabuhan Cartagena kelmarin. - AP CARTAGENA, Colombia - Polis Colombia merampas tujuh tan kokain yang akan dihantar ke pelabuhan Rotterdam, belanda kelmarin. Dadah itu bernilai AS$250 juta (RM809.66 juta) di pasaran gelap. Kokain tersebut dimasukkan ke dalam 6,900 bungkusan kecil. Bungkusan kecil itu diletakkan di dalam sebuah kontena di pelabuhan ini. Bungkusan itu tertera logo Yamaha dan KIA sekali gus menunjukkan ia merupakan kerja-kerja kumpulan penjenayah. Menurut Ketua Polis Colombia, ia merupakan rampasan dadah paling besar sejak tahun 2005. Pada tahun 2005, polis merampas 15 tan kokain di negara ini. Colombia merupakan pengeluar kokain terbesar di dunia. - AP | |
Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediaman Posted: Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediamanGAMBAR menunjukkan tumbuh-tumbuhan meliputi binaan haram di tingkat teratas sebuah bangunan kediaman di Guangzhou, wilayah Guangdong semalam. - Reuters GUANGZHOU, China - Sebuah struktur binaan haram di tingkat teratas sebuah bangunan kediaman dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan di sini semalam. Binaan haram yang seluas 40 meter persegi itu dibina 10 tahun lalu. Bangunan kediaman itu setinggi 19 tingkat. Para pegawai sebuah jabatan yang menguatkuasakan peraturan undang-undang tempatan menemui binaan haram itu pada tahun 2012. Namun, para pegawai jabatan berkenaan masih gagal untuk menemui pemilik binaan haram tersebut. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |