Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini
- Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang
- Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN
Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini Posted: Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini12/04/2014 10:17pm SEPANG - Masih ada masa untuk memastikan tarikh ditetapkan bagi pembukaan klia2 pada 2 Mei ini menjadi realiti. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, klia2 selamat untuk digunakan, seperti yang dapat dilihat daripada kelancaran latihan Kesediaan Beroperasi dan Perpindahan Lapangan Terbang (ORAT). Hishammuddin melakukan kunjungan rasmi ke klia2 hari ini dan menyaksikan latihan penuh ORAT di samping memeriksa aspek keselamatan terminal baharu itu. Kira-kira 3,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan 1,500 orang awam dengan 700,000 bagasi terlibat dalam persediaan bagi perasmian terminal itu yang dijadualkan pada 2 Mei ini. "Dengan penglibatan pelatih PLKN dan penumpang beberapa syarikat penerbangan hari ini, sebagai Menteri Pertahanan, saya tidak akan membenarkan pelatih khidmat negara berada di sini hari ini jika lapangan terbang ini tidak selamat," kata beliau dalam satu sidang akhbar yang juga dibuka kepada orang ramai di sini hari ini. - Bernama |
Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang Posted: Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang12/04/2014 10:01pm KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki berhampiran Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang di sini hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah di kepala, tangan dan lutut. Beliau berkata, dia ditemui orang awam dalam keadaan terkulai tetapi masih bernyawa di tempat duduk pemandu sebuah kereta. "Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.45 petang di Hospital Selayang," katanya ketika dihubungi di sini. Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama |
Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN Posted: Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN12/04/2014 9:23pm SINTOK - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna 2 April lepas. "Saya tidak fikir wajar memberitahu anda (media) maklumat terkini mengenainya (penculikan itu) demi keselamatan mangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini. Khamis lepas, penculik dua wanita itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada wang tebusan dituntut bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warganegara Filipina. Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada hari berkenaan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |