Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Petunjuk paling memberi harapan
- Rasuah ditolak, beli undi diterima di Indonesia
- Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram
Petunjuk paling memberi harapan Posted: Petunjuk paling memberi harapan
PERTH - Semua pesawat dan kapal yang terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah dikerah ke satu lokasi di selatan Lautan Hindi di mana sebuah kapal milik China mengesan isyarat yang dipercayai dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pihaknya mengambil serius dengan perkembangan terbaharu tersebut dan mengarahkan semua aset ke lokasi berkenaan. "Hari ini (semalam) beberapa aset milik tentera udara Australia dihantar ke satu lokasi di Lautan Hindi di mana kapal Haixun 01 milik China mengesan isyarat dipercayai dari kotak hitam MH370. "Dua buah kapal milik Australia, HMS Echo dan HMAS Ocean Shield juga diarahkan ke lokasi kapal Haixun 01 berada untuk membantu mengesan serta mengesahkan isyarat berkenaan," katanya di sini semalam. Kapal Haixun 01 mengesan isyarat elektronik tersebut pada Jumaat lalu dan sekali lagi dikesan pada tengah hari kelmarin. Sebuah pesawat China turut mengesan beberapa objek putih di satu lokasi kira-kira 90 kilometer dari isyarat dikesan. Katanya, kapal HMAS Ocean Shield terpaksa menangguhkan pelayaran selepas mengesan satu isyarat serupa kira-kira 300 batu nautika dari lokasi kapal Haixun 01. Kapal HMAS Ocean Shield dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam yang dikenali sebagai Towed Pinger Locator yang dipinjam dari tentera Amerika Syarikat. "Buat masa ini kita masih belum menerima sebarang maklumat terperinci dari kapal HMAS Ocean Shield. "Kapal HMAS Ocean Shield dilengkapi dengan peralatan yang paling canggih dan isyarat yang dikesan perlu disiasat," katanya. Ujarnya, perkembangan terbaharu itu memberi petunjuk yang menggalakkan dan memberi sedikit harapan dalam misi mencari pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang serta anak kapal tersebut. "Pasukan mencari berdepan kesukaran mengesan pesawat jenis Boeing 777-200 itu kerana beroperasi di lautan luas dan kawasan pencarian yang sangat besar. "Sejak pesawat ini hilang kami hanya mempunyai sedikit petunjuk yang boleh mengecilkan kawasan carian," jelasnya. Kata Houston, pihaknya memandang perkembangan terbaharu tersebut dengan sangat serius dan maklumat itu adalah petunjuk yang paling memberi harapan. Menurutnya, kapal Haixun 01 mengesan isyarat ini di lokasi carian di mana pesawat tersebut dipercayai terhempas. Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China. Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu ialah warga China. Sebanyak 38 warga Malaysia menaiki pesawat itu. - AFP | |
Rasuah ditolak, beli undi diterima di Indonesia Posted: Rasuah ditolak, beli undi diterima di IndonesiaWEETABULA - Penduduk pulau terpencil Sumba di Indonesia gembira menerima hadiah ayam dan babi daripada beberapa calon pilihan raya yang mahu memancing undi. Namun, hanya enam bulan lalu, dakwaan tentang gejala membeli undi yang berleluasa telah mencetuskan kekacauan berdarah di pulau itu. Sebanyak 15 orang terkorban dengan kebanyakan mangsa ditetak dengan golok manakala 75 kediaman hangus dibakar selepas tersebar dakwaan bahawa seorang calon pilihan raya di barat daya Sumba merasuah Mahkamah Perlembagaan supaya mengisytiharkan dirinya sebagai ketua daerah. Dalam pada itu, beberapa kaji selidik menjelang pilihan raya legislatif di Indonesia Rabu ini mendapati sifat jujur dan bebas daripada rasuah menjadi antara kualiti utama yang dicari dalam kalangan calon pilihan raya berkenaan. Keputusan tersebut antara lain menunjukkan rakyat Indonesia bosan dan bimbang tentang gejala rasuah yang melanda negara itu. Bagaimanapun, beberapa tinjauan sama mendapati berjuta-juta rakyat negara itu menerima seadanya perbuatan membeli undi. "Ini satu paradoks. Orang ramai tidak melihat amalan membeli undi sebagai rasuah. Mereka tidak menganggap dengan menerima habuan daripada calon-calon pilihan raya, mereka sebenarnya menyumbang kepada amalan rasuah," kata pegawai Yayasan Asia di Indonesia, Sandra Hamid. Satu kaji selidik oleh Yayasan Asia mendapati lebih 40 peratus pengundi Indonesia memilih untuk menerima wang tunai atau hadiah lain daripada calon pilihan raya manakala beberapa tinjauan lagi mendapati angka tersebut melebihi 50 peratus. "Mereka (pengundi) melihat jumlah wang yang besar membabitkan kes rasuah berprofil tinggi, justeru, jika mereka melihat 50,000 rupiah (RM14.50) di depan mata, mereka berpendapat, tidak mengapa jika saya ambil wang tersebut," kata Sandra. Pada satu perhimpunan politik di ibu kota Indonesia, Jakarta baru-baru ini, beribu-ribu penyokong Parti Golkar dibawa dengan menaiki bas ke lokasi rapat umum tersebut. Golkar merupakan parti politik kedua terbesar di Indonesia. Mereka diberi makan tengah hari percuma termasuk hidangan nasi ayam dan burger McDonald's serta menari tarian dangdut untuk memeriahkan rapat umum itu. Kebanyakan penyokong Golkar itu mengaku mereka dijanjikan upah sebanyak 50,000 rupiah seorang apabila menaiki bas untuk pulang tetapi menganggap pemberian hadiah itu bukan sesuatu yang salah. "Ini bukan amalan membeli undi, ia cuma duit minyak dan kopi," kata seorang penyokong parti itu, Djamiat Ibrahim. - AFP | |
Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogram Posted: Buku cukai gergasi seberat 7,000 kilogramBUKU panduan cukai ini memiliki berat 7,000kg dan setebal 41,266 halaman. BRASILIA - Sebuah buku panduan cukai gergasi diterbitkan oleh seorang peguam di Brazil memiliki sebanyak 41,266 helai muka surat. Berat buku tersebut pula menyamai seekor gajah dewasa sebanyak 7,000 kilogram(kg). "Saya menerbitkan buku gergasi ini untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa kita perlu mengatasi kerenah birokrasi dan memudahkan cukai kepada rakyat," kata peguam tersebut, Vinicios Leoncio. "Kita memerlukan sistem percukaian baharu yang lebih mudah," tambahnya. Firma di Brazil katanya meluangkan masa 2,600 jam setahun untuk menyelesaikan pelbagai cukai yang dikenakan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |