Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis
- MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat
- Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia
MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis Posted: MH370: Isyarat 'ping' terbaharu harap permudahkan siasatan polis07/04/2014 9:29pm KOTA BHARU - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap isyarat "ping" yang dikesan di selatan Lautan Hindi akan membantu mempermudahkan siasatan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Khalid berkata, siasatan polis terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut masih diteruskan dengan banyak lagi perkara yang perlu disiasat. "Mudah-mudahan perkembangan terbaharu di mana kita dapat getaran "ping" itulah dia (MH370) dan akan memudahkan siasatan kita," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di sini, hari ini. Menurut Khalid, setakat ini polis sudah merakamkan lebih 180 percakapan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat tersebut dan siasatan yang dijalankan adalah telus dan hasilnya akan diumumkan apabila sampai masanya. - Bernama |
MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat Posted: MH370: MAS akan pulih reputasi pasarannya lebih cepat07/04/2014 9:24pm KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) akan berusaha memulihkan reputasi pasarannya dalam tempoh lebih singkat berikutan tragedi kehilangan pesawatnya MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, biasanya syarikat penerbangan mengambil masa enam bulan untuk berbuat demikian ekoran tragedi tetapi MAS akan melakukannya dalam tempoh lebih singkat. Ahmad Jauhari mengakui bahawa insiden malang itu menjejas imej syarikat penerbangan itu tetapi optimistik MAS akan dapat mengatasi keadaan itu dan terus bergerak ke hadapan. "Kami ada banyak kerja. Jika anda perhatikan pengalaman syarikat penerbangan lain, mereka mengambil masa enam bulan untuk pulih daripada isu reputasi pasaran sebegini. Tetapi kita bercadang mengatasinya lebih cepat," katanya. - Bernama |
Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia Posted: Petronas lancar rangka kapal kemudahan LNG terapung pertama di dunia07/04/2014 9:14pm KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) melancarkan rangka kapal kemudahan gas asli cecair terapung (PFLNG 1) pertamanya di limbungan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME) di Okpo, Korea Selatan. Kemudahan itu yang berukuran sepanjang 365 meter dijadualkan siap pada suku keempat 2015 dan akan menjadi kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung pertama beroperasi di dunia. Naib Presiden Petronas yang juga Pengarah Teroka untuk Projek LNG Perniagaan Gas dan Tenaga Domestik, Datuk Abdullah Karim berkata, pelancaran rangka kapal itu merupakan satu pencapaian cemerlang memandangkan proses meletakkan lunas telah bermula pada 6 Januari tahun ini. "Tambahan pula, projek itu juga telah mencapai lebih daripada 5.5 juta jumlah jam bekerja sejak projek itu bermula pada Mac 2012 tanpa berlaku insiden kerugian masa di tapak projek. "Kami berharap pasukan projek terus memacu momentum ini untuk mencapai pencapaian kami yang komited, sejajar dengan pelan dan jangkaan kami," katanya dalam kenyataan hari ini. Kapal PFLNG 1 yang turut dikenali sebagai PFLNG SATU, akan ditempatkan di lapangan gas Kanowit Malaysia, 180 kilometer di luar pantai Sarawak, dan akan menghasilkan 1.2 juta tan LNG setiap tahun. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |