Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kelab NRC11 pupuk semangat kerjasama, bermasyarakat
- 20 anggota Rela daerah Tawau ditauliah pangkat
- Lawatan kenali teknologi Islam
Kelab NRC11 pupuk semangat kerjasama, bermasyarakat Posted: Kelab NRC11 pupuk semangat kerjasama, bermasyarakat
KERJASAMA. Seramai 40 orang sukarelawan menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur anjuran Kelab Najib Razak 11 (NRC11) baru-baru ini. Penggerak NRC11, Shafique Dassila Mohd. Adam berkata, kegiatan komuniti itu dianjurkan bagi menyemai sifat kerjasama dalam kalangan sukarelawan remaja selain menyokong nilai aspirasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ujarnya, program bertujuan memupuk semangat bermasyarakat dalam kalangan belia itu turut disertai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Mohd. Fadil Taib. | |
20 anggota Rela daerah Tawau ditauliah pangkat Posted: 20 anggota Rela daerah Tawau ditauliah pangkatHAMISA (tengah) bergambar bersama anggota Rela daerah Tawau dan Semporna selepas majlis pemakaian pangkat di Tawau, Sabah baru-baru ini. TAULIAH. Kira-kira 20 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah Tawau dan Semporna, Sabah ditauliah pangkat masing-masing pada majlis pemakaian pangkat yang diadakan di Wisma Persekutuan Tawau baru-baru ini. Majlis itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat. Beliau berkata, masyarakat diminta lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa sebagai usaha mengurangkan kadar jenayah negeri. "Tugas menjaga keamanan tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu pasukan keselamatan sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk masyarakat setempat," katanya. | |
Lawatan kenali teknologi Islam Posted: Lawatan kenali teknologi IslamPARA pelajar serta guru SK Kampung Fikri, Setiu bergambar ketika melawat Masjid Kristal di Kuala Terengganu baru-baru ini. TUNTUT ILMU. Seramai 50 pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Fikri, Setiu, Terengganu mengadakan lawatan sambil belajar di Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal serta Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu baru-baru ini. Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kampung Fikri dan Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri itu melibatkan pelajar tahun lima dan enam sekolah berkenaan. Guru Besar SK Kampung Fikri, Ibrahim Awang berkata, program tersebut diadakan bagi meningkat pengetahuan serta pengalaman kepada pelajar terutamanya mereka yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun ini. "Menerusi lawatan ini, pelajar menerima pendedahan pengetahuan umum mengenai dunia sains dan teknologi Islam," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |