{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Fizo tampil bela isteri

Posted: 14 Apr 2014 11:31 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR 15 April - Pelakon Fizo Omar, 29, menafikan kenyataan dalam Mawar Fareeda Fanpage ditulis oleh isterinya, Mawar Abdul Karim, 24.

Menurut Fizo, kenyataan yang dikatakan agak sombong oleh orang ramai itu bukan ditulis oleh Mawar tetapi daripada pihak yang mengendalikan laman sosial tersebut.

Antara ayat yang ditulis di fanpage itu, jika ingin berfesyen tengoklah kemampuan diri. Fareeda ada juga menawarkan selendang di bawah RM100.

"Apabila orang mengatakan isteri saya bersikap bongkak dengan menulis di laman sosial, jujurnya Mawar tidak pernah aktif dalam mana-mana laman sosial . Memang saya mahu minta maaf di atas ketelanjuran pentadbir yang menguruskan facebook itu.

"Malah pihak kami sendiri akan ambil tindakan. Kalau dilihat apa yang disebarkan memang ada unsur sabotaj apabila apa yang disebarkan itu sendiri sudah berlainan daripada apa yang cuba disampaikan pentadbir facebook itu sebelum ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Dalam waktu yang sama, Fizo berharap pihak berkenaan tidak mensensasikan berita rampasan tudung tiruan Fareeda.

Katanya, melihat kesusahan yang dilalui oleh Mawar, dia percaya tindakan rampasan itu bagi melindungi bukan sahaja syarikat milik isterinya tetapi juga ratusan pekerja yang berada di bawah Fareeda Global Resource.

Mereka yang berkenaan perlu faham bukan pihak Fareeda yang merampas, kami tidak ada kuasa seperti itu. Yang mampu berbuat demikian adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Jangan fikir kami cuba menutup periuk nasi sesiapa, kami juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pekerja yang bersusah payah dengan kami. Lagi pula, rekaan tudung Fareeda sudah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak dari tahun 2008 lagi, sebab itu tidak boleh sewenang-wenangnya menciplak," katanya.

Sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat rampasan tudung tiruan Fareeda di dua buah premis kedai di Batu Cave, Klang dan empat kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Shakilla belajar jadi popular

Posted: 14 Apr 2014 11:42 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN

FIGURA ini mahu menjadi pelakon versatil yang mampu membawakan pelbagai watak dengan baik.

KELIBATNYA dalam bidang lakonan sudah mencecah usia lapan tahun. Hairannya, dalam tempoh tersebut namanya kurang disebut bahkan tidak gah dan menyinar seperti pelakon lain.

Mungkin tiada karya yang berjaya menaikkan populariti dirinya? Akuinya, dia juga bukan menjadi pilihan pengarah dan jarang sekali raut wajah jelitanya dijadikan penghias muka depan majalah serta surat khabar arus perdana.

Apa pun yang berlaku, Shakilla Khoriri tidak pernah meletakkan perasaan kecewa dan marah dalam dirinya. Apa yang dia tahu, hanyalah banyak bersabar dan percaya pada rezeki diri selain berusaha keras.

Ya, saya akui populariti hadir lewat buat saya. Namun saya terima semua itu.

Mungkin sudah tuah dan rezeki saya. Ada orang masa untuk dikenali lambat dan ada yang cepat. Cuma perlu bersabar dan ikhlas dalam melakukan kerja," kata Shakilla.

Menyedari dirinya kini perlu menggalas tugas besar apabila diberikan cabaran memegang watak antagonis dalam drama terbarunya, Aku Isterinya, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri berkata, dia sudah belajar dan sedia jadi popular.

Biasanya pendatang baru seperti saya memang akan diberikan watak jahat. Kata orang, watak itu dijadikan sandaran untuk meningkatkan nama kita sebagai pelakon.

Orang akan cepat kenal kita jika berlakon jahat. Sebab itu, saya cuba belajar untuk menjaga populariti bila ada yang sudah ketahui kewujudan saya dalam pentas seni nanti.

Pun begitu, saya dah tetapkan dalam diri untuk tidak mencari populariti. Tidak mahu menabik dada jika sudah dikenali.

Saya juga yakin bahawa populariti itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu dicari," ujarnya yang pernah muncul dalam drama Rumi & Juli, Adnan Sempit dan Satu Pagar.

Ikhlas dalam melakukan kerja, Shakilla juga berjanji untuk memberikan hasil karya yang terbaik yang pada akhirnya orang akan hargai usaha kita.

Mungkin waktu itu saya akan lebih popular dan dikenali dengan usaha berterusan ini.

Sesuatu yang orang tak tahu tentang saya, saya tidak berminat untuk bersaing dengan sesiapa terutama pelakon yang seusia. Masing-masing ada rezeki dan saya yakin dengan ketentuan itu.

Tak perlu nak lawan orang kalau mahu lebih popular atau lebih hebat. Apa yang penting berbalik kepada niat asal," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat