Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India
- Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang
- Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan
Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India Posted: Kerajaan komited tingkatkan taraf hidup masyarakat India13/04/2014 10:13pm KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi komitmen kerajaan untuk terus menumpukan usaha bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India berdasarkan pendekatan inklusif ke arah memastikan kualiti hidup lebih baik bagi generasi sekarang dan akan datang. Perdana Menteri berkata, perjalanan bersama kerajaan dan masyarakat India berdasarkan pendekatan 'nambikei' atau kepercayaan telah membuahkan hasil yang positif. "Ia telah membawa perubahan sebenar ke arah meningkatkan taraf hidup mereka," kata beliau dalam perutusan yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau sempena sambutan Tahun Baru India dan Vaisakhi 2014. Najib menarik perhatian bahawa April menandakan bermulanya tahun baru bagi kebanyakan masyarakat India di Malaysia dengan masyarakat Tamil menyambut "Chitirai Putthandu" manakala kaum Malayali meraikan 'Vishu'. Masyarakat Sikh pula menyambut 'Vaisakhi' bagi memperingati kelahiran 'Khalsa'. - Bernama |
Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang Posted: Pura-pura pengsan selamatkan lelaki daripada dibaham beruang13/04/2014 8:03pm KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah. Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata, beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi semalam. "Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh. "Ketika itu, tiada apa yang saya ingat...hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan. "Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini, hari ini. - Bernama |
Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan Posted: Tindakan tegas terhadap penjawat awam bocor rahsia kerajaan13/04/2014 9:55pm PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan. Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. "Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan. "Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya di sini, hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |