Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas
- Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi
- Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak
Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas Posted: Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - Syabas28/04/2014 9:47pm KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengatakan bahawa hujan yang kerap ketika ini meningkatkan jumlah air mentah di sungai utama dan membolehkan enam loji rawatan menambah pengeluaran air terawat. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan. "Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Priscilla, enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan adalah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual. Ujar Priscilla lagi, pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - Bernama |
Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi Posted: Bekas pemandu anak Menteri Dalam Negeri ditahan bantu siasatan kes curi28/04/2014 9:33pm SHAH ALAM - Polis menahan bekas pemandu Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bagi membantu siasatan berhubung kecurian di rumahnya di Country Heights, Kajang pada Sabtu lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Seri Kembangan pada pukul 1 pagi semalam. Kata Abdul Rahim, lelaki terbabit dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah bekas majikannya menggunakan kunci rumah yang diberikan kepadanya ketika dia masih berkhidmat dengan Nurul Hidayah. "Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan raya dan Pemanduan Berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. Lelaki itu ditahan reman sehingga esok. - Bernama |
Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak Posted: Ibu kota dilanda banjir kilat, jalan sesak28/04/2014 8:47pm KUALA LUMPUR - Trafik di Kuala Lumpur sesak petang ini kerana banjir kilat berikutan hujan lebat di beberapa kawasan sejak pukul 5.00 petang. Kawasan-kawasan yang dinaiki air sehingga 0.6 meter termasuk Jalan Chan Sow Lin, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Kuching dan Jalan Maluri, menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur. Katanya, walaupun hujan sudah berhenti, namun kesesakan masih berlaku akibat jumlah trafik yang meningkat kerana waktu puncak, dengan para pekerja pulang ke rumah. Sehingga pukul 7.00 malam tadi, keadaan trafik di sekitar ibu kota dilaporkan masih sesak. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |