Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 06 Apr 2014 08:30 AM PDT CANTIK, mempersona dan bergaya. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan keunggulan beg berjenama. Tanya sahaja kepada mana-mana wanita, semuanya pasti teruja memiliki sesuatu yang berjenama termasuk pakaian atau aksesori lain seperti beg tangan atau kasut. Jika dahulu sebelum membeli sesuatu barangan berjenama seseorang bukan sahaja perlu membuat perancangan tetapi mereka juga perlu membuat simpanan terlebih dahulu memandangkan harganya yang mahal. Tetapi hari ini bagi sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan barangan berjenama boleh mendapatkannya dalam sekelip mata tanpa perlu berfikir panjang. Melalui lawan sesawang www. reebonz .com pelbagai jenis barangan berjenama boleh diperoleh dan mereka turut menawarkan pembelian melalui kad kredit dengan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa sebarang bayaran tambahan. Menawarkan pelbagai jenis barangan berjenama yang mewah seperti Coach, Kate Spade, Salvatore Ferragamo, Miu Miu, Balenciaga dan Burberry, segala-galanya boleh diperoleh dengan hanya satu 'klik' melalui Internet. Dalam tempoh empat hari waktu bekerja barangan tersebut dihantar ke alamat pelanggan. Selain menjimatkan masa dan tenaga, secara tidak langsung memudahkan kita untuk membeli. Menurut Pengurus Besar Negara Reebonz Malaysia , Tang Siew Wai, Reebonz ialah jenama paling dipercayai dalam talian di Asia. "Ditubuhkan pada tahun 2009, Reebonz telah memantapkan dirinya sebagai salah satu perniagaan e-dagang yang paling dipercayai kerana kualiti produk, nilai yang besar dan perkhidmatan yang cemerlang. Kempen janji 'WOW' menjadi tema yang mengutamakan kesahihan produk, pembayaran yang selamat dan terjamin, pulangan produk atau pertukaran dan lain-lain," katanya. |
Posted: 06 Apr 2014 08:30 AM PDT Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM Saya yakin satu hari nanti masyarakat akan mengiktiraf rekaan saya malah tidak mustahil dikenali dunia kerana songket sebenarnya rekaan yang sangat indah dan sesuai dipakai untuk apa acara sekalipun NAMA Dieanna Atiqah Saifuddin mungkin masih baru di persada fesyen tempatan tetapi nama ini perlu diberi perhatian kerana jangan terkejut jika suatu hari nanti bakal dikenali ramai. Baru berusia 21 tahun, Dieanna yang merupakan pereka fesyen muda kini aktif dengan pertandingan rekaan fesyen serta pertunjukan fesyen di dalam negara. Malah, salah satu rekaan pemegang Diploma Rekaan Fesyen dan Jahitan dari Pusat Latihan Fesyen Antarabangsa (IFTC) ini terpilih untuk dipakai dalam Pertandingan Ratu Cantik Miss Earth 2013 yang berlangsung di Filipina tahun lalu. Saya dan ibu saya menggemari kain songket dan sering menerapkan rekaan tradisional ini dalam rekaan kami. Saya yakin satu hari nanti masyarakat akan mengiktiraf rekaan saya malah tidak mustahil dikenali dunia kerana songket sebenarnya rekaan yang sangat indah dan sesuai dipakai untuk apa acara sekalipun asalkan kena dengan rekaannya dan si pemakai juga harus berani," ujarnya yang mengusahakan Butik Yustie Dieanna bersama ibunya, Norma Yustie Abdul Majid. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |