Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT Oleh Haniza Hassan Sebahagian pembeli rumah flat kos rendah mengadakan demontrasi membantah pihak pemaju projek perumahan yang terbengkalai sejak tahun 2008 di Mount Austin, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN JOHOR BAHRU 5 April - Impian lebih 100 pembeli rumah pangsa di Taman Mount Austin di sini untuk memiliki rumah sendiri sejak 10 tahun lalu masih samar-samar apabila projek kediaman kos rendah itu terbengkalai sehingga kini. Pengerusi pembeli rumah pangsa berkenaan, Suhaimi Mat Isa berkata, pembinaan projek sejak 2003 secara berperingkat-peringkat itu melibatkan 10 blok dengan 911 unit kediaman. Namun, sehingga kini tujuh blok sahaja yang dibina walaupun hanya ada tiang cerucuk manakala tiga blok lagi iaitu blok tiga, lima dan tujuh tidak langsung dibina oleh kontraktor. Pelbagai cara kami dah lakukan. Pejabat pemaju juga sudah banyak kali kali jejak namun jawapan yang kami dengar sejak dulu adalah rumah itu akan siap. Tetapi sehingga kini, janji tinggal janji," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tambah Suhaimi, daripada keseluruhan blok berkenaan, hanya sebuah blok boleh diduduki iaitu blok 10, malah segala prasarana awam tidak siap sepenuhnya selain beberapa kerosakan lain. Blok 10 yang kami tinggal sekarang ini pun banyak kerosakan, sistem saliran bocor, sampah tidak dikutip dan peti surat juga tidak disediakan. Kami bayar pinjaman perumahan bukan sikit tapi macam ini yang kami dapat," katanya. Sementara itu, seorang pembeli, Lihayati Abdul Rahman, 40, berkata, kediaman dibelinya adalah di blok tiga, namun tapak pembinaan tersebut hanya ada tiang tanpa struktur binaan yang lain. Ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah tersebut, menurutnya, dia terpaksa menyewa di blok 10 dan berhadapan dengan pelbagai masalah prasarana. Saya sudah beberapa kali ke pejabat pemaju untuk bertanyakan perkembangan mengenai projek tersebut namun jawapan pelbagai alasan diberikan oleh mereka," katanya. Seorang lagi pembeli, Rosnah Rosman, 39, berkata, sejak beberapa tahun lalu, dia terpaksa membayar pinjaman perumahan sebanyak RM328 sebulan sedangkan rumah dijanjikan pemaju akan siap pada 2007 hingga kini masih terbengkalai. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera kerana masalah sudah berlarutan sekian lama. Kami juga berharap agar pihak berkenaan sedia membantu kami dalam menyelesaikan perkara ini," katanya. |
Tiada perubahan cuti hujung minggu di Johor Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT BATU PAHAT 5 April Kerajaan negeri hari ini menafikan sebarang spekulasi berkaitan cuti hujung minggu negeri itu yang kononnya akan kembali ke hari Sabtu dan Ahad kerana ia sama sekali tidak benar dan tidak pernah dibincangkan sama sekali. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu merupakan bentuk khabar angin yang ditiup di dalam laman sosial. Tidak benar, jangan dengar khabar angin yang disebarkan melalui media sosial, adakah kamu dengar daripada mulut saya mengenai perkara itu," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Road to MAHA 2014 Peringkat Negeri Johor di Dataran Penggaram, di sini semalam. Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed. Reaksi Mohamed Khaled itu sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai desas-desus yang diperkatakan laman media sosial sejak dua minggu lalu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa Majlis Pengurniaan Pingat sempena Hari Keputeraan baginda ke-55 pada 23 November lalu bertitah, cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari lepas. Sektor swasta di negeri ini bagaimanapun tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu tersebut. Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyatakan rasa bangga dengan penganjuran Road to MAHA 2014 yang menyaksikan Johor menjadi negeri keempat mengadakannya selepas Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan MAHA 2014 melalui program ini dan akan menganjurkan sebanyak empat program Mini Agro Johor pada tahun ini. Daripada tinjauan dan maklumat yang diperoleh, saya mendapati sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan saya percaya kehadiran orang ramai ke program ini tidak akan sia-sia," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |