Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Redzwani Puteri enggan ulas pasal Shahrizal Jaszle Posted: 22 Apr 2014 08:34 AM PDT Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN KUALA LUMPUR 22 April - Bekas tunang Shahrizal Jaszle Jasmin, Redzwani Puteri Ismail, 26, hari ini enggan mengulas hubungan terkini pelakon itu bersama kekasih baharunya, Hanis Husna. Redzwani ketika dihubungi menerusi Whatsapp berkata, tatkala ini dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka. "Apa lagi yang perlu saya katakan, mereka masing-masing telah membuat kenyataan. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut. Redzwani pernah bertunang dengan Shahrizal pada 8 Disember 2012 dan putus tunang pada 10 Jun 2013 selepas pelakon itu ditahan atas dakwaan berkhalwat dengan pasangannya, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei tahun lalu. Jelas Redzwani, setakat ini, dia tidak terasa tertekan dengan apa yang berlaku dan lebih senang bersikap positif dalam menangani semua masalah. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 21 Apr 2014 10:48 PM PDT Oleh ABD. AZIZ ITAR IKIM.fm merupakan gelanggang bagi empat penyampai muda ini menggunakan kerjaya untuk membantu usaha dakwah. PEREDARAN masa yang semakin pantas berlalu menyebabkan ramai pendengar radio yang bijak memilih saluran yang bukan sahaja menyiarkan lagu-lagu sebagai bahan hiburan, tetapi turut menyelitkan pelbagai maklumat terutama ilmu tentang agama Islam. Radio IKM.fm misalnya, antara saluran radio yang sentiasa berusaha bagi memastikan para pendengarnya mendapat hiburan halwa telinga selain ganjaran di sisi Allah kerana menuntut ilmu daripada rancangan-rancangan yang disiarkan di stesen itu. Justeru, para penyampai saluran radio yang terletak di bawah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu memainkan peranan penting bagi menarik lebih ramai pendengar menerusi bakat, kreativiti dan juga bahan-bahan yang mereka siarkan setiap hari. Siti Rohani Surani yang merupakan salah seorang juruhebah IKIM.fm berkata, tugasnya bukan setakat ke udara tetapi pada masa sama mempromosikan lagi segmen-segmen di saluran itu dan ia bukan pula terhad kepada ilmu-ilmu keagamaan semata-mata. Sebaliknya, kata penyampai berusia 30 tahun ini, secara tidak langsung stesen itu cuba mengimbangi keperluan-keperluan duniawi dan ukhrawi agar ia dapat memberi manfaat kepada para pendengar melalui rancangan-rancangan yang dikendalikannya. Radio IKM.fm bukan setakat bercakap isu-isu agama tetapi juga mencakupi bidang-bidang lain. Sebagai contohnya, tentang kesihatan dalam slot Kompas Kesihatan yang saya kendalikan pada setiap Rabu pukul 3.15 petang hingga 4 petang sejak beberapa tahun lalu. Malah, saya juga ada segmen yang diberi nama M-Tech yang berkisar tentang dunia automotif pada setiap Isnin juga dari pukul 3.15 hingga 4 petang. Melalui slot-slot itu kami menjemput pakar dalam untuk bercakap dalam bidang masing-masing," katanya kepada Hits. Jelas Siti yang telah 10 tahun bertugas sepenuh masa di IKIM.fm, pendekatan atas slot-slot seperti itu memberi gambaran bahawa saluran yang berteraskan keislaman itu juga memberi perhatian kepada keperluan-keperluan semasa yang mencakupi pelbagai bidang. Dia yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 2 petang hingga 6 petang tidak menafikan berdepan dengan pelbagai pandangan sinis yang seolah-olah melabelkan IKIM. fm hanya sesuai untuk para pendengar dewasa dan tua kerana konsep keislaman tersebut. Memang teras utama konsep siaran radio ini adalah bagi memberi kefahaman kepada para pendengar tentang ajaran Islam. Tetapi cara dan pendekatan kita menyeluruh kerana Islam itu bukan sahaja dalam ibadah malah ia juga adalah kehidupan dunia hingga akhirat," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |