Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 01 Apr 2014 10:35 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KLANG 2 April - Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Jalan Klang-Meru di sini awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT Oleh NORAZRIN MARZUKI Pasukan polis mengusung mayat Yatim Murtalah yang maut setelah dipukul dengan batu oleh cucunya dalam kejadian di rumah mangsa di Kuala Garing, Rawang, Selangor, semalam. KUALA LUMPUR 1 April - Hanya kerana ingin menyamun barang kemas milik neneknya, seorang cucu berusia 18 tahun sanggup memukul bertalu-talu kepala neneknya dengan batu sehingga mati. Dalam insiden menyayat hati kira-kira pukul 2 petang ini di Kuala Garing, Rawang dekat sini, Yatim Murtalah, 65, seorang warga Indonesia mati di tempat mati akibat kecederaan parah. Kejadian itu disedari seorang lagi cucu mangsa, Mohd. Faizal Edi, 8, yang ketika itu baru pulang dari sekolah. "Masa pulang dari sekolah, saya nampak motosikal abang diletakkan di hadapan rumah tetapi dia melarang saya masuk ke rumah dan menutup pintu. "Saya nampak abang kelam-kabut mengelap darah di bahagian tangan dan mukanya lalu saya sembunyi di belakang pokok di hadapan rumah. Saya kemudian ternampak abang melarikan diri menaiki motosikal. "Apabila saya masuk ke dalam rumah, nenek sudah terbaring di ruang tamu berlumuran darah," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, menurut anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, anaknya tersebut baru setahun berhijrah ke Malaysia selepas enggan meneruskan persekolahannya di negara asal mereka. Maryaton Rai, 49, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) berkata, suspek merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya ketika di Indonesia. "Sebelum datang ke Malaysia, dia menetap di Madura, Jawa Timur bersama ahli keluarga lain. "Dia memang anak yang degil dan tidak mahu mendengar kata, malah tidak mahu meneruskan persekolahannya," katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kini memburu suspek yang dikenali sebagai Pandi. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebahagian barang kemas seperti rantai dan loket berada pada badan mangsa hilang," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |