Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Karpal 'disingkir' bukan letak jawatan? Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (kiri) dan Tan Tuan Tat dalam sidang akhbar di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HALIM KHALID KUALA LUMPUR 1 April - Mungkinkah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh disingkirkan? Perkara itu ditimbulkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikutan peletakan jawatan Karpal dalam parti itu baru-baru ini. Tunku Aziz tidak menolak kemungkinan peletakan jawatan tersebut sebenarnya 'konspirasi' kumpulan tertentu yang 'bermati-matian' tidak mahu Karpal menerajui DAP lagi, sebaliknya mahu meletakkan kroni tertentu. "Saya tidak hairan sekiranya Karpal meletak jawatan kerana desakan sekumpulan pemimpin dan bukannya melakukan dengan rela hati. Beliau mempunyai integriti yang tinggi sehingga kadang-kadang menyusahkan orang lain dalam parti. "Ketika saya dalam DAP lagi, ada seorang individu yang begitu bermati-matian mahu keluarkan Karpal. Beliau sering bercanggah pendapat dalam isu tertentu walaupun rakan seperjuangan dalam parti itu tidak senada dengannya," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung peletakan jawatan Karpal di sini hari ini. Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sg. Pelek, Tan Tuan Tat. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP, Sabtu lepas ekoran dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. Menurut Tunku Aziz, dengan penyingkiran Karpal berkemungkinan besar kroni-kroni dinasti Lim akan diberi keutamaan dalam menjawat jawatan tertinggi parti. "Mengapa perlu Karpal tergesa-gesa meletak jawatan walhal kes ini masih dalam peringkat rayuan? Bukankah Karpal seorang peguam handal yang boleh menang mana-mana kes dengan mudah?," ujarnya. Dalam pada itu, Tunku Aziz turut menyoal rasional Karpal meletak jawatan memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan dua kali berturut-turut. "Pemilihan CEC masih lagi menjadi tanda soal dan dalam siasatan. Dengan ini, Karpal bukanlah pengerusi yang sah. Jadi mengapa perlu meletak jawatan? Adakah semua ini drama untuk mengaburi mata umum? "Saya mohon kepada ROS untuk segerakan siasatan memandangkan DAP juga berterusan bermain politik dengan berlakon menjadi 'mangsa' keadaan, walhal itu pemilihan parti, aduan dibuat atas mereka oleh ahli sendiri," tegasnya. Jelas beliau, rakyat seringkali tertipu dengan pembohongan pembangkang yang selalu cuba mendapatkan simpati untuk kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. "Pemimpin pembangkang semuanya sama sahaja. Mereka melanggar undang-undang sesuka hati dan menganggap kebal daripada undang-undang. "Sekiranya mahkamah mendapati mereka bersalah, golongan ini akan membakar sentimen rakyat kononnya mangsa politik kerajaan. Tidak siapa pun kebal undang-undang, salah tetap salah," katanya. |
Tanding Presiden PKR: Anwar mahu Reformasi II mudah dilaksanakan? Posted: 01 Apr 2014 12:39 AM PDT PETALING JAYA 1 April - Keputusan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sebagai presiden parti itu dalam pemilihan pucuk pimpinan kali ini dilihat sebagai satu strategi untuk memudahkan rancangan Reformasi II dilaksanakan. Presiden Pertubuhan Muda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, strategi itu sudah dapat dibaca dari awal lagi ekoran segala perancangan Anwar digagalkan oleh kerajaan. Katanya Anwar kali ini dilihat sengaja menentang arus meskipun mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.-UTUSAN ONLINE. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |