Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Polis rampas dadah bernilai RM5.7j di Rantau Panjang Posted: 09 Apr 2014 08:50 PM PDT KOTA BHARU 10 April - Polis Kelantan merampas 199,791 biji pil kuda dan 350 botol disyaki mengandungi dadah jenis heroin bernilai 5.7 juta di sebuah rumah di Kampung Lubuk Gong, Rantau Panjang di sini, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanah merah turut menahan lima sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun yang berada dalam berada rumah tersebut. Bagaimanapun Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek utama yang juga bapa kepada kanak-kanak terbabit berjaya melarikan diri. Tambahnya, suspek yang berusia 47 tahun dikatakan berada di selatan Thailand dan operasi memburunya sedang giat dijalankan dengan kerjasama polis negara jiran itu. Ini merupakan rampasan dadah terbesar di negeri ini pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE |
Dua lelaki Afrika tembak polis Posted: 09 Apr 2014 11:53 AM PDT Oleh NAZMIL NASIRUDDIN SEPANG 9 April - Jenayah membabitkan pendatang warga Afrika dilihat semakin ganas apabila mereka turut menggunakan senjata api termasuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis bagi meloloskan diri daripada ditahan. Dalam kejadian pada pukul 2.28 pagi tadi, dua anggota polis nyaris maut apabila dua warga Afrika yang ditahan melepaskan satu das tembakan ke arah mereka dalam satu insiden di sebuah kawasan apartmen di Taman Putra Perdana, Puchong di sini. Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, sebelum itu anggota polis peronda terlibat telah mengejar kedua-dua lelaki terbabit sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari sebuah pusat beli-belah di Puchong sehingga ke apartmen berkenaan selepas mereka tidak mengendahkan arahan supaya berhenti untuk diperiksa. Katanya, kedua-dua suspek berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi itu dikatakan telah melepaskan tembakan tersebut ketika cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran selepas melanggar kereta Perodua Kancil di apartmen berkenaan. Bagaimanapun tembakan itu tidak mengenai sasaran. Mohd. Yusoff berkata, kedua-dua mereka hampir ditangkap oleh anggota polis berkenaan tetapi dapat meloloskan diri selepas melepaskan tembakan. Keterangan daripada anggota terlibat mengatakan mereka tidak nampak suspek memegang senjata api semasa melarikan diri tetapi terdengar bunyi seperti tembakan dilepaskan dan mereka juga tidak nampak percikan api," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan sedang menjalankan gerakan memburu suspek. Pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat pengesanan," katanya. Tambahnya, kereta Myvi yang digunakan oleh kedua-dua suspek tersebut didaftarkan di atas nama seorang wanita dari Segamat, Johor dan siasatan lanjur sedang dijalankan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |