Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 14 Apr 2014 11:42 PM PDT Oleh NOOR FAZRINA KAMAL JEFFREY Cheah (tengah) pada gimik pelancaran pembukaan Farmasi SunMed di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. BERDASARKAN kajian oleh Agensi Persekutuan untuk Kualiti dan Penyelidikan Penjagaan Kesihatan di Amerika Syarikat, lebih empat juta kes kemasukan semula ke hospital yang boleh dielakkan, berlaku setiap tahun. Kajian ini juga mendedahkan bahawa hampir 69 peratus kemasukan semula ini berpunca daripada kegagalan terapi ubat, sama ada pesakit berhenti mengambil ubat atau tidak mengambilnya secara betul. Pengabaian pengambilan ubat sememangnya mempunyai kesan yang tidak baik dalam rawatan kesihatan seseorang. Adakalanya beban kewangan menjadi faktor individu berpenyakit tidak meneruskan rawatan susulan di hospital. Menyedari hal ini, Pusat Perubatan Sunway atau lebih dikenali sebagai SunMed telah menambah satu lagi perkhidmatan dengan pembukaan Farmasi SunMed, dalam usaha meningkat kepuasan kepada pelanggan. Farmasi ini bertindak sebagai pusat utama untuk barangan penjagaan pesakit dan pelengkap kepada perkhidmatan hospital yang sedia ada. Memberi tumpuan khusus pada pesakit, farmasi ini menawarkan bukan saja maklumat dan nasihat tentang ubat, bahkan program pemulihan kesihatan. Lebih menarik, farmasi ini dipunyai oleh hospital dan ahli farmasi hospital sudah pun mempunyai perhubungan awal dengan pesakit di wad atau klinik. Ini membolehkan mereka mengekalkan hubungan baik selepas pesakit pulang ke rumah. Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, pembukaan farmasi ini bukan saja menandakan satu lagi kemajuan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan tetapi juga menanda satu lagi evolusi dalam sejarah pusat perubatan tersebut tatkala meraikan ulang tahun ke-15 pada tahun ini. Ini merupakan satu lagi langkah dalam memudahkan pesakit dan pelanggan mendapatkan barangan perubatan, dari suplemen, barangan penjagaan kulit , peralatan membantu pergerakan, peralatan perubatan di rumah dan juga ubat-ubatan," jelas beliau. Sementara itu, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sunway, Lau Beng Long menambah, pihak hospital amat menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan kami akan dapat menikmati interaksi secara peribadi dengan ahli farmasi berkelayakan. Kami juga telah menyediakan kawasan kaunseling peribadi di belakang farmasi sebagai ruang khas bagi pesakit dan pelanggan mendapatkan maklumat dan nasihat berkenaan ubat. Satu lagi kelebihannya ialah farmasi ini diuruskan oleh ahli farmasi hospital," jelasnya. Selain itu katanya, pihak farmasi juga akan bekerjasama dengan jabatan lain di hospital untuk mengadakan program promosi kesihatan kepada pesakit, pelanggan dan masyarakat. Contohnya, farmasi ini akan memainkan peranan penting dalam program Berhenti Merokok SunMed dengan membekalkan produk serta kaunseling dan nasihat. |
Posted: 14 Apr 2014 11:42 PM PDT Mereka yang malas berjoging mungkin boleh tersenyum membaca laporan ini. Kajian menunjukkan mereka yang suka berjoging dan mereka yang langsung tidak bersenam, sama-sama mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding mereka yang melakukan senaman secara sederhana. Walaupun ramai yang berpendapat senaman hanya membuang masa, namun kajian terkini membuktikan joging berlebihan sebenarnya juga tidak sihat. Menerusi satu laporan yang di www.mirror.co.uk, mengatakan bahawa para saintis di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang panjang umur adalah dalam kalangan yang melakukan senaman secara sederhana. Sederhana yang dimaksudkan ialah berlari dalam masa dua hingga tiga jam dalam seminggu. Namun, dalam kajian yang sama turut mendapati bahawa mereka yang tidak bersenam langsung juga mempunyai jangka hayat yang pendek. Para saintis juga masih belum pasti mengapa mereka yang gemar berjoging mempunyai jangka hayat pendek, namun berpendapat ini kerana mungkin mempunyai masalah berkaitan kesihatan jantung. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Kardiovaskular Lehigh Valley Health Network di Pennsylvania, AS, telah melakukan kajian tersebut ke atas 3,800 pelari. Peserta yang terlibat terdiri daripada lelaki dan wanita yang mempunyai usia purata 46 tahun. Hampir 70 peratus daripada peserta tersebut berkata, mereka berlari lebih dari 20 batu seminggu. Para pengkaji turut menganalisis ubat-ubatan yang diambil peserta dan sama ada peserta mempunyai penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi atau mempunyai sejarah menghisap rokok. Mereka turut mendapati bahawa tiada satu pun di antara faktor berikut yang boleh menjelaskan kenapa mereka yang kuat berjoging mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Dr. James O'Keefe, yang meneliti kajian tersebut mempercayai dapatan tersebut diperoleh akibat kecederaan pada tubuh badan mereka yang gemar berlari. Beliau turut mengambil kesempatan menasihatkan orang ramai yang gemar berjoging agar mengurangkan aktiviti tersebut secara perlahan-lahan dan berperingkat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |