{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Rumah mampu milik terus dibina

Posted: 14 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 14 April - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) akan terus komited melaksana projek perumahan mampu milik di negeri ini walaupun berdepan kekangan seperti kenaikan kos bahan-bahan mentah dan faktor sampingan lain.

Timbalan Pengurus Besar Pembangunannya, Rosman Hashim berkata, komitmen berkenaan tidak berubah walaupun Perda hanya meraih keuntungan kecil iaitu di bawah lima peratus berbanding syarikat lain yang meraih keuntungan hampir 20 peratus.

Usaha ini selaras dengan tanggungjawab sosial Perda iaitu mahu membantu penduduk memiliki rumah pada harga mampu milik dan mengelakkan mereka daripada berpindah keluar dari negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis taklimat cadangan pembangunan perumahan bercampur Sungai Bakap bernilai RM75 juta di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Perda, Dr. Noorsiah Idris.

Projek tiga frasa berkenaan akan bermula tahun depan dengan pembinaan sebanyak 72 unit rumah kluster kos rendah, 112 unit rumah teres kos sederhana dua tingkat dan lima unit kedai dan pejabat untuk fasa pertama membabitkan pelaburan berjumlah RM45 juta.

Rumah kluster kos rendah itu dijual bermula pada harga RM33,000 hingga RM42,000 dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar di Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bermula hari ini.

Rosman berkata, rumah teres kos sederhana pula dijual bermula pada harga RM295,000 manakala ruang kedai dan pejabat dijual bermula RM400,000 dan berada di bawah paras harga pasaran.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menaikkan pelbagai caj lain kerana tujuan pembinaan projek perumahan tersebut adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.

Kos Perda meningkat dan hampir RM20 juta dibelanja untuk pengambilan tanah bagi projek ini.

Perubahan caj perparitan baharu yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) awal tahun ini iaitu daripada RM10,000 bagi 0.4 hektar kepada RM50,000 turut menyebabkan perbelanjaan meningkat selain kenaikan kos bahan mentah," katanya.

Peniaga sate pengguna kesejuta jambatan kedua PP

Posted: 14 Apr 2014 12:29 PM PDT

Ismail Mohamed Taib (kiri) menyampaikan sijil pengguna ke 1,000,000 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kepada Mohd. Hilmi Ismail yang menggunakan jambatan itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.- BERNAMA

BATU KAWAN 14 April- Seorang peniaga sate tidak menyangka dipilih sebagai pengguna ke 1,000,000 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, sekaligus mencatat sejarah tersendiri.

Mohamad Helmi Ismail, 34, menerima sijil penghargaan dan hamper bernilai RM500 yang disampaikan Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Datuk Dr. Ismail Mohamed Taib dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Plaza Tol jambatan terbabit kelmarin.

Mohamad Helmi berkata, dia sememangnya tidak menduga sebaik diumumkan sebagai pengguna kesejuta ketika menghampiri ruang kaunter tol berkenaan.

Hari ini (kelmarin) merupakan tuah saya dan isteri, Syuhaida Sahudin memandangkan kami kali pertama menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Memang tidak sangka perancangan untuk bersiar-siar ke pusat bandar Georgetown dengan menggunakan jambatan ini memberi petanda baik kepada kami sekeluarga. Saya sangat teruja dan gembira," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ismail Mohamed memberitahu, pihaknya turut berbangga dengan sokongan pengguna jambatan itu biarpun tidak sampai dua bulan beroperasi.

Pada dasarnya, sasaran awal untuk mencapai jumlah sejuta pengguna jambatan ini adalah dalam tempoh tiga bulan, namun kami tidak menyangka dapat dicapai kurang dari tempoh dua bulan.

Selain itu, kami turut menyasarkan sebanyak 20,000 pengguna jambatan dalam masa sehari memandangkan jumlah terkini yang sudah dicapai ialah sebanyak 15,000 kenderaan," katanya.

Jambatan terpanjang di Asia Tenggara itu dibangunkan Kerajaan Pusat dengan kos keseluruhan kira-kira RM4.5 bilion dengan menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.

Pembinaannya bakal mengurangkan kira-kira 25 peratus kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang selain memberi alternatif kepada orang ramai memasuki bahagian pulau menerusi wilayah selatan negeri itu.

10,920 liter diesel dirampas

Posted: 14 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusankedah@utusan.com.my

Inilah lori yang digunakan untuk menyeludup minyak diesel bersubsidi yang turut dirampas penguat kuasa KPDNKK cawangan Taiping di Plaza Tol Kamunting, Perak, kelmarin.

IPOH 14 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Taiping mematahkan cubaan menyeludup 10,920 liter diesel bersubsidi bernilai RM21,840 dalam satu serbuan di Plaza Tol Kemunting arah utara, semalam.

Dalam serbuan pukul 6.45 itu, operasi yang diketuai Penolong Pengawal Bekalan, Mohd. Adi Fitri Abdul Khalid bersama 6 anggota turut merampas lori yang digunakan untuk membawa bahan bakar itu menjadikan keseluruhan nilai rampasan adalah RM56,840.

Ketua Cawangannya, Farah Adlina Ropaie berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan itu mendapati bahan bakar berkenaan diisi dalam sebuah tangki yang telah diubahsuai yang terdapat dalam lori tersebut. Turut dijumpai hos getah yang digunakan untuk menyedut minyak diesel.

Serbuan ini dilakukan rentetan kes-kes sebelum ini dan hasil maklumat awam.

Siasatan awal mendapati bekalan minyak diesel ini diambil daripada jeti-jeti nelayan sekitar di mana bekalan minyak diesel tersebut adalah minyak bersubsidi.

Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan berjaya mengesan sebuah lori yang membawa muatan bahan bakar itu di Plaza Tol Kemunting arah utara," katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini.

Farah Adlina berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah mengenai pemilikan bahan bakar berkenaan.

Katanya, minyak tersebut disyaki akan dibawa ke wilayah utara semenanjung untuk dijual kepada pihak industri dengan harga yang lebih tinggi.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama serta denda RM250,000 dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Selain itu, sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh syarikat, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM250,000 untuk kesalahan kali pertama atau denda RM500,000 untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat