{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


Lebanon dibanjiri pelarian Syria

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

BEIRUT 3 April - Jumlah pelarian Syria berdaftar di Lebanon dilaporkan mencapai lebih satu juta orang, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Orang Pelarian (UNHCR) semalam.

Jelas agensi PBB itu dalam satu kenyataan, bilangan tersebut menyamai populasi penduduk Lebanon.

Menurut agensi itu lagi, kebanyakan pelarian terbabit kini hidup dalam keadaan serba daif selain terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

UHNCR menyatakan, pertambahan bilangan pelarian itu berlaku ekoran sumber-sumber bantuan yang semakin berkurangan.

Lebanon yang merupakan negara kecil kini menjadi negara dengan jumlah pelarian per kapita tertinggi di dunia.

Kemasukan sejuta pelarian ke dalam sesebuah negara adalah satu jumlah yang amat besar.

Bagi Lebanon, hal ini menjadi lebih rumit dengan masalah dalaman," kata Pengarah UNHCR, Antonio Guterres dalam kenyataan itu.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, perang saudara di Syria yang berlarutan selama tiga tahun itu telah menyebabkan lebih 150,000 orang terkorban, manakala separuh daripada penduduk negara itu terpaksa berpindah keluar.

Hampir 600,000 rakyat Syria didaftar sebagai pelarian di Jordan dan kira-kira 670,000 pelarian didaftar di Turki.

Guterres berkata, Lebanon mengalami masalah ekonomi yang serius disebabkan konflik yang melanda Syria, manakala kawalan keselamatan semakin teruk ekoran ketidakstabilan serantau.

Oleh itu, UNHCR mendesak komuniti dunia untuk menghulurkan bantuan kepada Lebanon.

Bantuan antarabangsa kepada institusi kerajaan dan komuniti tempatan masih tidak mencukupi untuk meringankan beban negara dan pelarian," katanya. - AFP

3 anggota tentera AS ditembak mati

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

TEXAS 3 April - Seramai tiga orang anggota tentera terbunuh, sementara 16 lagi cedera selepas seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang mengalami masalah mental bertindak melepaskan tembakan, sebelum membunuh diri di Pangkalan Tentera Fort Hood, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Fort Hood, Mark Milley berkata, suspek yang menerima rawatan berikutan masalah kemurungan dan tekanan, memasuki dua buah bangunan di pangkalan berkenaan dan melepaskan tembakan sebelum dikepung oleh anggota polis tentera.

Penyerang yang tidak dikenal pasti itu kemudian bertindak membunuh diri dengan menembak kepalanya menggunakan sepucuk pistol .45 caliber.

Suspek terkorban selepas menembak dirinya sendiri dan setakat ini tiada bukti menunjukkan insiden berkaitan dengan keganasan,"jelas Milley.

Pegawai keselamatan berkata, daripada maklumat awal suspek dikenali sebagai Ivan Lopez, namun begitu Milley enggan mendedahkan identiti penyerang yang sudah pun berkahwin itu sehingga keluarganya diberitahu tentang perkara berkenaan.

Sementara itu, Hospital White di Temple yang menempatkan sebahagian mangsa yang tercedera melaporkan, sembilan daripada mereka kini sedang menerima rawatan rapi, manakala tiga lagi berada dalam keadaan kritikal.

Presiden AS, Barack Obama berkata, beliau berasa 'kecewa' kerana sekali lagi berlakunya kejadian tembakan di Pangkalan Tentera Fort Hood.

Kami akan melakukan penyiasatan sehingga ke akar umbi bagi mengetahui apa sebenarnya yang sudah berlaku. Saya berasa sangat kecewa atas kejadian ini," ujarnya.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia) itu merupakan yang ketiga berlaku di pangkalan berkenaan dalam tempoh masa enam bulan. - REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat