{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Pusat kumpul hasil tani di Bera

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD/mfy
utusanktn@gmail.com

BERA 3 April - Pusat pengumpulan hasil tani bernilai RM100,000 di sini dijangka mampu menambah bekalan makanan untuk pasaran tempatan, sekali gus meningkatkan pendapatan golongan petani serta pekebun kecil di daerah ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera, Ahmad Wook berkata, pusat yang dijangka beroperasi Mei ini berupaya melonjak pengeluaran hasil tani untuk keperluan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, peruntukan khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diluluskan tahun lalu membolehkan pusat tersebut dapat direalisasikan dengan segera.

Pusat berkenaan yang akan dibina berdekatan tapak pekan sehari pekan Durian Tawar bakal mengumpul serta memusatkan segala hasil pertanian pekebun kecil dan petani daerah ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perjumpaan dengan Ahli Pertubuhan Peladang kawasan Bera di Dataran Kerayong di sini semalam.

Menurutnya, dengan wujudnya pusat itu akan melonjakkan pengeluaran hasil tani dan meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.

Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan membeli segala hasil pekebun dan petani pada harga berpatutan.

Sebelum ini petani dan pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka di pekan sehari atau membuka gerai kecil di tepi jalan yang dilihat tidak begitu ekonomik," ujarnya.

Katanya, pusat pengumpulan baharu itu akan menyaksikan segala hasil pertanian dikumpul dan disimpan di tempat khas sebelum dijual semula kepada pengguna termasuk di pasar borong.

Cara ini secara tidak langsung membolehkan hasil pertanian lebih berkualiti dan mudah dipasarkan kerana kelihatan segar serta baharu," ujarnya.

Abdul Rahim dilantik Ketua Eksekutif PKNP

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUANTAN 3 April - Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahim Mohd. Ali sebagai Ketua Eksekutif perbadanan itu berkuat kuasa kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mazilah Mansor berkata, pelantikan Abdul Rahim, 57, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan) PKNP bagi menggantikan Datuk Lias Mohd. Nor yang bersara daripada perkhidmatan 31 Mac lalu.

Abdul Rahim yang telah berkhidmat selama 34 tahun bersama PKNP memulakan kerjaya sebagai pegawai tadbir pada 1980 selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pentadbiran Awam) di Universiti Malaya.

Sebelum menjawat jawatan terbaharu, beliau pernah memangku Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 April 2003 dan kemudian memegang penuh jawatan tersebut lapan bulan kemudian," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Perlu jaga kebersihan tandas awam

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUANTAN 3 April - Pengurusan tandas awam di bandar ini perlu menjaga kebersihan tandas secara optimum bagi memastikan pengguna menikmati keselesaan dan mengelakkan risiko penyakit berjangkit.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Haslinda Hassan berkata, tindakan undang-undang dan kompaun akan dikenakan terhadap mana-mana pemilik premis yang tidak mengikut arahan di bawah Undang-undang Kecil Tandas Awam MPK 1992.

Oleh itu, kami menyarankan kepada pemilik premis mempertingkatkan tahap kebersihan dan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan audit yang akan dijalankan nanti.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan berhubung kebersihan tandas awam, boleh hubungi pusat panggilan setempat MPK di talian bebas tol 1-300-88-0555 atau emailkan ke e-aduan@mpk.gov.my," katanya di sini semalam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat