Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Kumpulan Affin Bank taja Tutor ke 11 sekolah rendah, menengah Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT Kamarul Ariffin (tiga dari kiri) menyampaikan penajaan akhbar pendidikan Tutor 2014 kepada Mohd. Nasir Ali pada majlis penyerahan tajaan tersebut di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan, Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/Mohd Farizwan Hasbullah KUALA LUMPUR 11 April - Affin Bank dan Affin Islamic menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor bernilai RM20,000 di tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah di seluruh negara. Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, inisiatif Utusan Malaysia menerbitkan Tutor bagi kemudahan pembelajaran di sekolah seiring komitmen pihaknya dalam melengkapkan kemudahan pendidikan lebih baik kepada komuniti khususnya pelajar. "Tajaan Tutor oleh pihak Affin Bank ini sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali di ibu pejabat Kumpulan Utusan di sini, semalam. Tajaan itu melibatkan 40,000 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Tutor Junior, Tutor English, Tutor Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap sekolah akan menerima 50 naskhah Tutor selama tujuh bulan bermula April ini. Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera Johor Bahru, SK Kem Terendak 1 Melaka, SK Pengkalan Tentera Darat Kem Sungai Besi, SK Pengkalan Tentera Pahang, SK Kem Kelantan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Sirusa, Negeri Sembilan dan SMK Kampong Kastam, Pulau Pinang. |
Tutor SPM: Pelajar dapat bahan pembelajaran tambahan berkualiti, terbaik Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT Dr. Muhammad Amin Zakaria (tengah) dan Wahid Hashim bersama sebahagian daripada 110 guru dari tiga daerah pada Majlis Perasmian Penutup Program Amalan Terbaik Tutor Utusan Malaysia di SMK Dato Seri Kamaruddin, Batu Kurau, Taiping, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin PARIT BUNTAR 11 April - Langkah kerajaan negeri menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke 164 buah sekolah menengah terpilih di seluruh negeri bertujuan memberikan peluang sama rata kepada pelajar mendapat bahan pembelajaran yang berkualiti. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, ini kerana bukan semua pelajar mampu membeli bahan pembelajaran tambahan yang sesuai. Menurutnya, pelajar di kawasan bandar mungkin mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bahan tambahan pembelajaran berbanding rakan mereka di luar bandar. Mungkin ada pelajar yang rajin tetapi mereka mungkin tidak mampu untuk membeli bahan pelajaran tambahan. Untuk itu, Tutor SPM ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk memastikan sebanyak 164,785 calon SPM di negeri ini mendapat bahan pembelajaran yang seragam dan berkualiti. Kerajaan negeri berharap program ini dapat melonjakkan pencapaian keseluruhan para pelajar kepada kedudukan lima terbaik, khususnya melibatkan peperiksaan-peperiksaan awam besar di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika menutup Program Amalan Terbaik Tutor Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Kamaruddin Batu Kurau di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim dan Pengetua SMK Datuk Kamaruddin, Mariam Abu Bakar. Majlis dihadiri oleh 110 guru dari sekolah menengah sekitar daerah Pengkalan Hulu, Larut Matang dan Selama dan Kerian. Dr. Muhammad Amin seterusnya berharap, guru-guru yang menyertai taklimat hari ini menggunakan Tutor SPM Utusan Malaysia sebagai bahan baharu dalam pembelajaran. Katanya, kandungan Tutor SPM diteliti sebelum kerajaan negeri membuat keputusan membuat penajaan bersama Utusan Malaysia. Kita mendapati Tutor SPM Utusan Malaysia padat dengan set soalan latih tubi berkualiti menarik minat guru dan pelajar. Jadi kita menyandarkan harapan kepada guru-guru untuk menjadikan Tutor SPM ini bahan pembelajaran terbaik bagi pelajar mereka. Kepada guru-guru, mereka perlu melihat hasil dan perubahan tahap pembelajaran pelajar hasil daripada penggunaan Tutor SPM ini," ujar beliau. Dalam pada itu, guru-guru yang menyertai taklimat itu memuji kandungan Tutor SPM yang disifatkan sebagai rujukan dan sumber bahan pembelajaran terbaik untuk ulang kaji harian sama ada di sekolah atau di rumah. Yusri Mamat, guru mata pelajaran Bahasa Malaysia SMK Gerik berkata, Tutor SPM merupakan bahan bantuan belajar yang paling bagus. Isi kandungannya adalah yang terbaru, sesuai dengan kehendak semasa. Tutor menjimatkan masa guru kerana tidak perlu lagi mencari bahan tambahan pembelajaran," katanya. Azmi Ahmad, guru SMK Gunung Semanggol pula berkata, Tutor SPM sangat membantu guru menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran serta bahan yang disajikan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Suhaila Kamaruddin, guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Addiniyah Jelutong, Changkat Jering berkata, soalan-soalan yang terkandung dalam Tutor SPM mengikut format mata pelajaran dan sesuai digunakan sama ada di sekolah atau sebagai latihan tambahan untuk pelajar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |