{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PKR bukan milik Anwar - Azmin

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Azmin Ali

PERMATANG PAUH 11 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP.

Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.

Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar," katanya.

Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan kesetiaan bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.

Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini.

Saya serahkan kepada ahli untuk membuat pilihan tetapi saya tidak percaya terhadap konsep membentuk gabungan menjelang pemilihan parti," katanya.

Ahli Parlimen Islam wajib sokong

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 April - Ke-semua ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Pas di Dewan Rakyat bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 atau hudud di negeri itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sokongan itu perlu sebagaimana ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Usaha Pas untuk melaksanakan hudud di negeri ini telah mendapat sokongan penuh ADUN BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini dan semua pihak ter-utamanya beragama Islam wajib mengikut jejak yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi me-laksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Mengulas tentang tentangan tersebut, Nik Abdul Aziz yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan berkata, beliau mengakui perkara itu, namun yakin penerangan berterusan akan membuatkan mereka lebih memahami biarpun proses tersebut memerlukan masa sebagaimana sejarah dakwah Rasulullah SAW.

(Pemahaman) kita akan terbuka sikit demi sikit, itulah kelebihan politik Islam, syaratnya kita mesti kukuh akidah, orang lain nak buat apa pun biarlah, lama-lama dia akan faham.

Nabi Muhammad SAW (berdakwah) makan masa 23 tahun, Allah tidak beri kejayaan dalam sehari tetapi sedikit demi sedikit, ujarnya.

Tambahnya, beliau yakin pimpinan DAP akan menyokong.

Kalau dia fikir jauh sampai ke akhirat, tentang balasan syurga ne-raka, bagaimana nak masuk syurga, jika tidak melalui Islam,

Kebangsaan tidak boleh, demokrasi pun tidak boleh, demokrasi ini manusia yang buat, kapal terbang kita (MH370) hilang, muat 300 orang, kalau bas perlu guna tujuh buah, kapal terbang muat orang seramai ini kita tak jumpa cari, inikan pula akhirat, lebih lagilah tidak jumpa cari kalau tidak melalui Islam, kena fikir begitu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat