Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Kumpulan curi kereta tumpas
- Terminal bas, teksi baharu dibina di Bukit Besar
- Pendaftaran Bebas Muflis di Kelantan 5 April
Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT Oleh ROSMIZAN RESDI Ab. Rahim Che Ghani (kanan) menunjukkan kereta yang dirampas dalam lima serbuan berasingan di sekitar Kuala Krai, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Kelantan, kelmarin. - UTUSAN/Rosmizan Resdi KUALA KRAI 4 April - Polis menumpaskan satu kumpulan curi kenderaan selepas menahan enam lelaki serta merampas enam buah kereta yang bernilai kira-kira RM100,000, dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah ini, kelmarin. Dalam serbuan Op Cantas itu, kenderaan yang dirampas adalah Perodua Myvi, Perodua Kelisa, Perodua Kenari, Proton Waja, Proton Wira dan Honda Odyssey. Ketua Polis Daerah, Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, kesemua suspek yang berumur di antara 30 hingga 66 tahun itu ditahan di rumah mereka di antara pukul 5 petang sehingga pukul 10 malam. Serbuan itu dilakukan di Pahi, Guchil, Bukit Sireh, Chenulang dan Peria. Tiga daripada kenderaan yang dirampas disahkan dicuri manakala bakinya masih dalam siasatan, kerana nombor casis enjinnya telah dipadam," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, semalam. Ab. Ghani seterusnya berkata, kesemua suspek yang direman sehingga esok disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan kerana gagal memberi keterangan berhubung barang yang dimiliki. Beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar tidak membeli kenderaan yang ditawarkan dengan harga murah. Saya juga meminta orang ramai supaya menukar nama pemilik kenderaan semasa urusan jual beli bagi mengelak penipuan," katanya. |
Terminal bas, teksi baharu dibina di Bukit Besar Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT Hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang akan diroboh dan terminal baharu bakal dibina di Bukit Besar, Kuala Terengganu. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor KUALA TERENGGANU 4 April - Kerajaan negeri memutuskan untuk membina terminal bas baharu dan stesen teksi di Bukit Besar dekat sini bagi mengatasi masalah kesesakan di pusat bandar. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri masih menunggu peruntukan daripada kerajaan Pusat bagi memulakan projek prasarana itu yang dianggap agak mendesak. Menurut beliau, terminal bas sedia ada di tengah-tengah pusat bandar raya ini tidak lagi sesuai dalam persekitaran yang juga semakin tidak memberi keselesaan kepada pengguna. Kita sedang tunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk laksanakan pembangunan infrastruktur ini (terminal bas dan teksi), kita harap jadilah. Orang tak buat dah stesen bas di tengah-tengah bandar, kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Terminal bas dan stesen teksi baharu akan dibina di Bukit Besar dan kawasannya telah kita kenal pasti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pengundian Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Asas PIAS 2014 Bagi Daerah Kuala Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, semalam. Ahmad diminta mengulas perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan terminal bas baharu manakala terminal sedia ada iaitu Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat persimpangan Jalan Masjid Abidin dan Jalan Syed Hussin di pusat bandar raya ini akan dirobohkan. Bagaimanapun menurut Menteri Besar, bilakah projek pembinaan terminal baharu itu dapat dilaksanakan dan jumlah peruntukannya masih belum diketahui. Kita tak tahu bila projek ini akan dimulakan, kita tunggulah dan terpulang kepada Kerajaan Pusat," katanya. |
Pendaftaran Bebas Muflis di Kelantan 5 April Posted: 04 Apr 2014 11:39 AM PDT KOTA BHARU 4 April - Orang ramai yang menghadapi masalah bankrap disaran tampil dan mendaftarkan diri dengan Sekretariat Bebas Muflis sempena Siri Jelajah Taklimat dan Pendaftaran Bebas Muflis di Kelantan pada 5 April ini. Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Kelantan, Zaidan Abdul Rahim berkata, program itu dianjurkan bagi membantu individu yang diisytihar muflis bebas daripada belenggu bankrap. Apabila berdepan masalah bankrap, jangan menyembunyikan diri dan menghadapi kesulitan untuk menjalani kehidupan sebaliknya, cari jalan penyelesaian untuk menggugurkan status muflis mereka. Sekretariat Bebas Muflis boleh menjadi platform bagi membantu golongan terlibat untuk bebas daripada status tersebut," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Siri jelajah yang turut mendapat kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia dan kerajaan negeri itu akan diadakan dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari di Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan, Jalan Kuala Krai di sini. Program khidmat komuniti secara percuma itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan. Tambah Zaidan, pendaftaran juga boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian bagi memudahkan pengumpulan maklumat dilakukan menerusi laman web sekretariat, http://www.bebasmuflis.com. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |