Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Kadet Polis bendung jenayah
- Peluang kenali seni budaya Kelantan
- Terengganu juara Karnival Sukan SBM Zon Timur
Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT Oleh YATIMIN ABDULLAH Haliludin Rahim (dua dari kiri) beramah mesra dengan anggota Pasukan Kadet Polis SMK Kubang Bemban di Kem Desa Mahmood, Pasir Mas, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/YATIMIN ABDULLAH PASIR MAS 5 April - Kewujudan Pasukan Kadet Polis bermula di peringkat sekolah mampu menjadi penghubung antara anggota keselamatan itu dengan pelajar bagi membendung jenayah. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pendekatan tersebut memudahkan lagi usaha pihaknya untuk mendekati golongan berkenaan. Golongan muda merupakan generasi yang akan mewarisi kepemimpinan negara pada masa hadapan, jadi kita perlu memastikan mereka tidak terlibat dengan jenayah. Penerangan bahaya jenayah perlu dimulakan sejak awal bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Latihan dan Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Daerah Pasir Mas di Kem Desa Mahmood di sini hari ini. Dalam majlis tersebut Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi dinobatkan juara keseluruhan bagi kategori lelaki manakala SMK Kubang Bembam kategori perempuan. Haliludin memberitahu, penubuhan Pasukan Kadet Polis di sekolah secara tidak langsung memantapkan lagi tahap disiplin pelajar. Katanya, pelajar yang menyertai pasukan ini didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan undang-undang dan kawat sekali gus membentuk sahsiah diri terbaik dalam kalangan pelajar. |
Peluang kenali seni budaya Kelantan Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT KOTA BHARU 5 April - Karnival Seni Budaya anjuran Kerajaan Pas Kelantan akan menjadi platform kepada pelancong untuk meneroka budaya dan kesenian masyarakat negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, penganjuran karnival tersebut secara tidak langsung juga akan menjadi medan mempromosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Kata beliau, pelbagai aktiviti seni budaya yang akan diadakan diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan kerana buat pertama kali ia turut melibatkan penyertaan peserta dari luar negara. Malah penduduk tempatan juga diharap tidak ketinggalan menyertai karnival yang bermula Sabtu ini bagi bersama-sama memartabat warisan zaman-berzaman yang ada di negeri ini. Antara pengisian yang dirangka sepanjang karnival ini termasuk pertandingan pelbagai jenis gasing, sepak bulu ayam, persembahan seni silat, pertandingan dikir barat, kertok dan rebana," katanya kepada pemberita di sini kelmarin. |
Terengganu juara Karnival Sukan SBM Zon Timur Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT KUALA TERENGGANU 5 April - Pasukan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) cawangan Terengganu muncul juara keseluruhan Karnival Sukan SBM Zon Timur di Teluk Ketapang di sini baru-baru ini. Karnival yang berlangsung selama tiga hari berakhir Rabu lepas turut disertai pasukan SBM cawangan Kelantan dan SBM Pahang. Program itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Iskandar Jaafar yang turut menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu SBM Terengganu. Antara acara dipertandingkan termasuk ping pong, dam, dart, dominues, congkak, catur dan tenpin boling. Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ketika berucap dalam majlis itu berkata, karnival yang disertai golongan cacat penglihatan itu membuktikan mereka mampu aktif dalam sukan seperti individu normal. Namun apa yang kita lihat, ia adalah kebolehan semula jadi yang ada pada diri mereka serta semangat jati diri sehingga mereka dari tiga negeri sentiasa memberi kerjasama dengan semangat kesukanan bagi menjayakan karnival ini. Dengan program ini, kerajaan tidak pernah pinggirkan OKU (orang kurang upaya) seperti mana insan normal lain," katanya. Yang turut hadir, Presiden SBM, Mohammed Nazari Othman; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Mohd. Fauzi Abdul Fatah dan Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |