{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pecat jika gagal tingkat prestasi

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Sebahagian daripada 98 ketua kampung dalam Parlimen Pasir Salak membacakan ikrar pada majlis penyampaian watikah pelantikan bagi sesi 2014/2015 yang disempurnakan oleh Tajuddin Abdul Rahman di Dewan Majlis Daerah Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

PASIR SALAK 6 April - Semua jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) dan ketua kampung yang baru dilantik diingatkan supaya menunjukkan prestasi terbaik masing-masing dalam memberi khidmat kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman berkata, jika mereka gagal melaksanakan amanah tersebut dan perkara itu dibuktikan dalam tempoh enam bulan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memecat ketua kampung atau pengerusi JKKK tersebut.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dalam memastikan masalah kampung tidak terabai, selain terus maju dan mampu berkembang seiring dengan arus pembangunan negara.

"Namun tindakan itu tidak akan kita lakukan sewenang-wenangnya. Setiap daripada mereka akan kita bagi panduan dan sokongan terlebih dahulu.

"Jika selepas itu masih juga gagal menunaikan apa yang diharapkan, kita tak ada jalan lain, selain menukarkan mereka dengan orang yang lebih layak," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan watikah kepada 98 ketua kampung Parlimen Pasir Salak sesi 2014-2015 di Dewan Majlis Daerah Kampung Gajah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Ibrahim Katop.

Tajuddin berkata, sikap lepas tangan pihak terlibat dalam menangani masalah rakyat juga akan menimbulkan persepsi tidak baik kepada kerajaan.

Justeru, tegas beliau, sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi, golongan itu perlu lebih bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa bersikap pilih kasih dan mengamalkan birokrasi yang menyulitkan orang lain.

"Jawatan yang disandang juga bukan untuk kepentingan peribadi atau tempat mencari kesempatan, sebaliknya mereka perlu menyampaikan masalah yang dihadapi rakyat kepada pihak kerajaan untuk diambil perhatian sewajarnya.

"Saya juga minta mereka ini juga janganlah lagi asyik meminta pelbagai projek yang bersifat material kerana itu semua telah hampir sempurna disediakan kerajaan, sebaliknya memainkan peranan lebih berkesan terutama dalam membentuk masyarakat kampung yang lebih baik dari segi pemikiran, ekonomi dan sahsiah," katanya.

Kaki pancing jumpa mayat terapung

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

ALOR SETAR 6 April - Dua lelaki yang sedang memancing di Sungai Anak Bukit berhampiran Pekan Cina di sini terkejut apabila menemui mayat terapung di sungai tersebut, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Ching Kuan Peng, 51, dari Flat Tongkard Yard di sini ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan memakai seluar panjang berwarna hitam.

Menurut saksi, See Wai Pin, 30, ketika kejadian dia dan rakannya, Lim Jia Le, 17, sedang memancing di tebing sungai berkenaan.

"Kami mula memancing sejak pukul 2 petang dan bercadang untuk pulang kerana cuaca mula mendung. Langkah kami terhenti apabila ternampak satu objek berwarna coklat terapung di permukaan sungai.

"Pada mulanya kami sangkakan ia sebatang kayu, namun apabila dihampiri, kami terkejut apabila mendapati ia adalah tubuh manusia," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wai Pin yang merupakan seorang anggota sukarela Skuad Rondaan Keselamatan MCA Alor Setar memberitahu, dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

"Berdasarkan laporan yang dikeluarkan punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas," katanya yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat