{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda air tawar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda air tawar - Google Blog Search


CATATAN TINTA EMAS...: Ben Ashaari Ucap Selamat Hari Guru

Posted: 13 May 2011 11:47 PM PDT

Ben Ashaari ucap selamat Hari Guru

Sebelum saya menjadi seorang cikgu nie, saya belajar di Sek Ren LKTP Felda Air Tawar 5 dari darjah 1 hingga darjah 6 . Disebabkan di Felda saya tiada sekolah menengah, so saya pun bersekolah pula di Sek Men Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor sampai tingkatan 3. Dah lulus tingkatan 3, saya berpindah pula ke Sek Men Air Tawar di Felda Air Tawar 2. Kat sekolah tu sampai ke SPM..Keputusan SPM saya baik dan diterima ke tingkatan 6 tapi berpindah sekolah lagi ke bandar Kota Tinggi iaitu di Sek Men Tun Habab.

Dengan Keputusan STPM yang tak seberapa, saya dapat masuk ke Universiti Utara Malaysia di Kedah pada tahun 1990 hingga 1994. Lepas keluar , saya bekerja dahulu..Selepas seronok bekerja selama 4 tahun, barulah hati tergerak untuk menyambung semula pelajaran dalam bidang pendidikan..Saya sambung Diploma Pendidikan di Universiti Teknolongi Malaysia, Skudai , Johor pada tahun 1998. Dan akhirnya pada tahun 1999 saya di posting ke Sek Men Keb Taman Daya dan rasmi menjadi seorang guru...

Sekarang saya mengajar di Sek Men Keb Taman Daya 2, Johor Bahru sejak tahun 2003 lagi...

Sebenarnya, saya dah hampir lupa dengan nama guru-guru saya..mungkin disebabkan faktor usia saya agaknya...tapi saya tak boleh lupa dengan satu cikgu lelaki ini yang telah menolong saya mengisi borang memasuki Universiti dari A sampailah ke Z..Kata orang mungkin saya cuci kaki sahaja..dan mungkin pada pandangan guru terbabit, saya mempunyai potensi untuk memasuki Universiti...Saya hanya datang ke sekolah untuk menandatangani borang dan memberikan salinan sijil2 saya sahaja...Betapa beruntungnya saya dan budi cikgu tersebut tak mungkin saya lupakan selama-lamanya...Saya akan mencari cikgu tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya..

Kalau nak ceritakan tentang pengalaman saya menjadi guru, rasanya terlampau banyak..lebih-lebih lagi saya adalah guru disiplin...Saya pernah hampir dibaling dengan kerusi oleh seorang pelajar lelaki sekolah saya...hampir sahaja....kalau nak tau bolehlah layari entry-entry saya ini..

Terima kasih kerana sudi membaca...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat