{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Terima Kasih Doktor dan Petugas Wad Kecemasan Hospital Slim River

Posted: 14 May 2011 06:18 AM PDT

Terima kasih kepada Doktor Ng Jia Hwei , Pembantu Perubatan (saya tidak ingat namanya),jururawat dan semua petugas Wad Kecemasan Hospital Slim River yang merawat saya pada petang 5.5.2011 yang lalu. Seminggu sebelum itu saya sering mengalami kepedihan di bahagian ulu hati.Di bahagian dada pula terasa berbahang lantaran angin yang tersekat dan tidak mahu keluar. Ingin berikhtiar sendiri lalu saya minum air kelapa muda. Malangnya kesakitan kian menjadi-jadi. Bergegas saya ke Pusat Kesihatan Felda Besout. Setelah diperiksa, pembantu perubatan menyatakan kesakitan tersebut berpunca daripada angin. Tekanan darah juga agak tinggi. Saya diberi ubat-ubatan untuk menghilangkan angin. Kesakitan agak reda. Menjelang petang, kesakitan datang kembali, saya berusaha untuk sendawa bagi mengeluarkan angin yang tertahan di dada, dalam perjalanan pulang ke rumah dan dalam kesakitan saya sempat singgah di sebuah kedai runcit untuk mendapatkan sebotol coke bagi mempercepatkan sendawa.Sangkaan saya meleset. Rasa sakit menjadi-jadi, saya seperti sesak nafas , kedua-dua belah tangan menjadi kebas dan sedikit kejang. Saya gagahi untuk sampai ke rumah. Di rumah saya lumurkan hampir setengah botol minyak panas (ubat angin) ke bahagian dada dan belakang. Muntah saya akhirnya. Setelah kesakitan agak reda saya berkunjung ke wad kecemasan Hospital Slim River yang jaraknya tidak sampai setengah kilo meter dari rumah. Saya  didiagnos melalui ujian darah dan tekanan jantung. Saya diberitahu oleh doktor yang bertugas kesakitan yang saya alami berpunca daripada masalah gastrik.Saya diberi suntikan dan pil penahan sakit. Setelah 4 jam saya diletakkan di wad pemerhatian, saya dibenarkan keluar. Alhamdulillah... saya ingatkan sakit jantung....rupa-rupanya gastrik.Saya dibekalkan ubat-ubatan dan sedikit nasihat oleh jururawat yang bertugas agar menjaga amalan pemakanan. Kini saya beransur pulih, namun sesekali rasa sebu dan kepedihan dibahagian dada masih terasa. Saya harap saya akan sembuh sepenuhnya.Terima kasih juga di ucapkan kepada Pembantu Perubatan Klinik Felda Gunung Besout yang begitu mesra memberi perkhidmatan, saya amat tertarik dengan cara beliau berkomunikasi. Kepada semua jururawat, tidak kira di mana berada, Puakajoran.blogspot.com mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT. Jasa anda sentiasa menjadi sanjungan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat