{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chini - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chini - Google Blog Search


pulse media communications: KARNIVAL IKTIRAF PADAT AKTIVITI <b>...</b>

Posted: 07 May 2011 02:52 AM PDT






7 Mei 2011, KUANTAN - Felda Chini 3 mengungguli pertandingan sukaneka pada Karnival Iktiraf 2011 Peringkat Felda Wilayah Kuantan yang diadakan di Padang Perbandaran DARA dari 6 - 8 Mei.

"Kerjasama dan komitmen setiap ahli persatuan adalah rahsia kemenangan kami dan apa yang lebih penting juga aktiviti seperti Karnival Iktiraf ini mengeratkan ikatan hati kami warga Felda", kata Pengerusi MBFM Wilayah Kuantan Mohd Sharim Bin Md Zin.

Mohd Sahrim yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Belia (MBFB) Felda Chini 3 berkata lebih banyak lagi penambahbaikan yang akan dilakukan pada pemilihan peserta untuk bertanding pada masa depan.

"Kami tidak mahu pertandingan yang diadakan ini hanya disertai oleh warga Felda Chini 3 yang berpotensi sahaja, sebaliknya kami mahu setiap warganya baik peneroka, penerokawati, belia dan beliawanis sama-sama menjadi yang terbaik untuk mewakili setiap acara yang dipertandingkan", katanya.

Acara-acara sukaneka yang dimenangi Felda Chini 3 ialah pertandingan sepak raga bulat, tarik tali lelaki dan motosikal lambat.

Rancangan Felda itu juga turut menjadi johan dalam pertandingan jom memasak bagi kategori penerokawati dan semakin jauh semakin sayang.

Sementara itu, pertandingan sukaneka rebut kerusi dimenangi Felda Chini 1 untuk kategori peneroka dan beliawanis manakala Felda Chini 5 untuk kategori penerokawati.

Felda Chini 5 juga turut menjadi johan pertandingan tolak kereta sorong / sawit.

Sementara peserta dari Felda Chini 1 memenangi pertandingan suara azan kanak-kanak.

Pertandingan basikal lambat dan tarik tali wanita dimenangi oleh peserta dari Felda Chini 4 dan Johan pertandingan jom memasak kategori beliawanis pula ialah peserta dari Felda Chini 2.

Pertandingan lain yang masih berlangsung ialah karaoke dan battle of the band yang disertai oleh peserta dari semua 42 tanah rancangan Felda Wilayah Kuantan.

Majlis penyampaian hadiah dijadual disampaikan oleh Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chini Dato' Abu Bakar Harun malam ini.

Sementara, majlis Perasmian penutup Karnival Iktiraf 2011 Peringkat Felda Wilayah Kuantan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat