{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


Saya bertanding kawasan DUN saja

Posted: 16 May 2011 09:19 PM PDT

Didalam kawasan DUN yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin peringkat negeri seperti saya, maka pandai-pandai saya sendirilah nak atur program parti, kukuhkan organisasi, buat aktiviti, tambah ahli dan tambah ranting.

Kalau nasib sedikit baik, boleh buat ceramah panggil pimpinan pusat atau pimpinan dari negeri-negeri lain.

Kawasan DUN yang bukan termasuk didalam kawasan Parlimen yang ditandingi oleh PKR juga tidaklah menjadi tumpuan Pusat, hanya menjadi tumpuan PKR Negeri. Pandai-pandailah aturkan ceramah dengan memanggil pimpinan Negeri.

Bagaimana pun, DUN Jenderak ditempat saya bertanding, ada juga masanya pimpinan Pusat sudi datang. Pertama datang kerana gembar-gembur politik yang saya hayunkan. Saya berpegang kepada motto: Buat kerja belum tentu menang, tak buat kerja sudah tentu tidak menang.

Saya tidak menghabiskan masa dengan sia-sia. Setiap hari ada saja kerja parti dan kerja masyarakat yang saya buat. Mesyuarat, pertemuan, tambah ahli, tambah ranting, daftar pengundi baru, buat ceramah, dan bertemu serta bersembang dengan anggota masyarakat di kedai-kedai kopi dan pekan-pekan sari. Buat edaran rumah ke rumah menjadi agenda mingguan yang seolah-olah sudah diwajibkan. Begitu juga tampal poster. Tenaga kerja tidaklah begitu ramai walaupun ahli-ahli ramai. Saya kurang yakin bahawa ahli yang ramai boleh melakukan kerja parti dengan baik.

Oleh kerana itu saya buat task force. Saya pecahkan DUN Jenderak kepada 4 zon. Zon 1 adalah untuk perkampongan Orang Asal. 3 orang dari setiap kampong diletakkan dialam task force zon 1 diketuai oleh Sdr Kin, Basri, Mustafa, Nazmi dan Wan Kisan.

Zon 2 adalah kawasan Felda diketuai oleh Zaleha dan Awang.

Zon 3 adalah kawasan bersempadan dengan DUN Kerdau dari Kg Chengkenik, ke Gajah Mati, Kg Jenderak, Kg Dato Shariff, Taman Bahagia membawa ke pekan Kuala Krau dan kawasan-kawasan Taman disitu diketuai oleh Sdr Razak Husin, dan Sdr Srinivasan.

Manaka Zon 4 adalah dari Pekan Kuala Krau ke Kg Masjid, Kg Seboi, Kg Kuala Mai, Gong Halt, Kg Sg Mai Estet dan Kg Paya Sok diketuai oleh Sdr Ramli dan Sdr Khalid.

Walaupun task force ini mengandungi keanggotaan keseluruhannya tak melebihi 20 orang, tetapi Alhamdulillah, kami berjaya membuat edaran rumah ke rumah dan menampal poster sekurang-kurangnya 2 minggu satu kali.

Memandangkan kerja kami berjadual, maka ramai juga pimpinan pusat dan pimpinan dari Negeri-Negeri lain mahu melihat kami, dan memberikan bantuan kepada kami.

Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Che'GuBard, Felicia Ling, yang tak jemu-jemu datang membantu, dan ada juga pimpinan pusat yang sudi memberi ceramah seperti Sdr Rafizi, Nik Nazmi, Saifuddin Nasution, Chua Jui Meng, Tian Chua, Chai Tong Chai, Chang Lih Kang, Siti Aishah, Zuraida Kamaruddin dan banyak lagi.

Saya memang ada memohon supaya Azmin Ali dan Dato Seri Anwar hadir ke Jenderak. Agak-agaknya kerana dah terlalu menjemukan kerana saya sentiasa membuat jemputan, Anwar sudi hadir ke Jenderak, walaupun Jenderak bukan kawasan Parlimen yang ditandingi dan bukan kawasan tumpuan, maka pada 28hb Mei 2011 dia akan hadir juga ke Felda Jenderak Utara jam 8.30 malam.

Kamii curi-curi begitulah masa pimpinan pusat untuk hadir ke DUN Jenderak, moga-moga kehadiran mereka itu memberikan perangsang kepada anggota-anggota parti.

Saya tidak dapat hendak mengucapkan ribuan terima kasiih kepada Dato Fauzi Abdul Rahman, kerana dia tidak pernah menolah berceramah di Kuala Krau dan kadang-kadang pula menghulukan bantuan dan sumbangan bagi menjayakan program kami.

Hanya Allah swt sahajalah yang boleh membalas baik budi Dato Fauzi Abdul Rahman, Amiin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat