{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


<b>FELDA JENGKA</b> 19: Berita Harian: Hip

Posted: 12 May 2011 11:02 AM PDT

Hip

Mengaku hubungan rapat tetapi enggan masing-masing mengulas soal cinta

TIDAK mahu perihal peribadi mahupun hubungan cinta dibayangi perjalanan seni kedua-dua bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini membuatkan pasangan ini memilih untuk mendiamkan diri.

Ketika gosip hangat mengatakan pasangan ini bercinta, Hafiz dan Adira lantas menyifatkan hubungan mereka sebagai hanya teman rapat, namun tidak menolak jodoh jika mereka ditakdirkan bersama. Selebriti juga bagaikan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, namun perihal yang membangkitkan soal hati ini ditolak tepi dulu kerana kedua-dua anak muda ini mahu dikenali berdasarkan bakat dan kerjaya, bukannya bayang-bayang kisah peribadi.

Kami masih muda

Ditemui ketika sesi fotografi di Studio Berita Harian baru-baru ini, Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz, 21, dan Siti Adira Suhaimi yang selesa dengan panggilan Adira, 20, tampak selesa bersama namun masing-masing jelas tenang saja apabila diasak berulang kali mengenai hubungan peribadi mereka.

"Kami hanya teman rapat dan kini masih dalam mengenal hati budi masing-masing. Secara jujur, saya memang antara peminat Adira dan tidak dinafikan saya banyak mengundi dia semasa dia di dalam Akademi Fantasia.
"Saya menggemari sikapnya yang penyayang, ceria dan comel serta karektor itu membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Memang diakui kami rapat namun belum sampai di tahap yang serius.

"Namun, hubungan cinta ini kami ketepikan dulu kerana saya dan juga Adira, masing-masing mahu fokus kepada kerjaya kami, tambah lagi kami masih muda sangat serta banyak lagi yang perlu kami pelajari," ujar jejaka kelahiran Sarawak ini.

Seolah berjanji, turut memberi reaksi yang sama, Adira, gadis berketurunan Kadazandusun ini berkata Hafiz adalah teman rapatnya yang memahami dirinya yang masing-masing berstatus selebriti kelahiran program realiti yang sama.

Katanya, pada usia mereka yang masih muda, mereka mahu memberi tumpuan pada kerjaya dalam bidang seni bukan dengan menghabiskan masa membesar-besarkan gosip peribadi yang mungkin boleh mengganggu kelancarannya kerjaya masing-masing.

"Kami kenal sejak keluar dari AF lagi, dan dari situ terjalinnya persahabatan kami. Makin lama, kami jadi makin rapat dan Hafiz juga banyak membantu saya dalam menguruskan karier seni saya serta kami banyak meluangkan masa bersama melepak bersama rakan-rakan.

"Hafiz seorang yang kelakar dan saya selesa berkawan dengan dia. Oleh itu, beri kami ruang untuk mengenali masing-masing dengan lebih mendalam lagi dan tidak salah rasanya untuk kami berkawan. Hal peribadi bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan," ujar gadis genit ini.

Memang meminati Adira

Hubungan mereka menjadi bertambah hangat apabila Adira dan Hafiz akan tampil berduet menyanyikan runut bunyi untuk filem romantis, Ombak Rindu yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lagu nyanyian duet ini adalah lagu tema utama untuk filem tersebut, diberi judul sempena nama filem itu sendiri Ombak Rindu.

Selain itu, kedua-dua bintang muda ini mahu terus melakar nama mereka dalam dunia seni tanah air di mana Hafiz, jejaka yang popular dengan lagu Awan Nano ini sedang sibuk dengan pembikinan lagu single berjudul Ku Akui yang dijangka keluar pada tahun depan.

Juga, bersempena Hari Ibu ini, Hafiz bersama tiga teman seangkatan iaitu Akim, Aril dan Maulana akan mengeluarkan lagu yang bertajuk Warkah Untuk Ibu, khas untuk kaum wanita yang sudah bergelar ibu di luar sana.

Hafiz juga dilantik sebagai penyanyi lagu tema untuk Sukan Sukma yang diberi judul Sukan Negara. Juara AF7 ini akui rezekinya makin murah selepas memenangi anugerah Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu yang lepas.

Melihat kepada perjalanan seninya yang masih jauh, Hafiz menyatakan hasratnya untuk membuka studio rakamannya sendiri kerana sebagai insan seni pastinya dia mahu terus berkarya selain memperbaiki kehidupan keluarganya yang jauh di Sarawak.

Tenang berdepan gossip

Naib juara AF8, Adira yang tidak putus-putus dikecam kontroversi ini tidak goyah dengan gosip yang melanda dirinya.

"Yang lepas biarkan ia berlepas begitu saja. Jika saya betul, saya tidak perlu takut dengan semua itu dan sedikit pun saya tidak marah dengan gosip yang dilemparkan kepada saya. Malah saya menerima semua ini dengan minda yang terbuka.

"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan oleh sebab itu saya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri. Lagi banyak saya bercakap, lagi banyak hal yang timbul. Saya tidak boleh untuk menjaga hati semua orang dan sebagai artis baru yang mahu melangkah dalam bidang ini, saya memerlukan sokongan dari ramai pihak.

"Jika secara tidak langsung saya ada membuat kesalahan sebelum ini ataupun terlanjur, saya ingin meminta maaf. Saya juga sebagai manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan," kata gadis kelahiran Ranau, Sabah ini yang mahu fokus kepada karier seninya di samping melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu dan Ilusi ini dalam usaha mempertajamkan bakat lakonan dan pertuturannya dengan menghadiri kelas Bahasa Melayu serta kelas lakonan.

Nama: Mohd Hafiz Mohd Suip
Umur: 21 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Pencapaian: Juara AF 7, Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik AJL25
Single popular: Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano
Drama: Kau & Aku

Nama: Siti Adira Suhaimi
Umur: 20 tahun
Asal: Ranau, Sabah
Pencapaian : Naib juara AF
Single Popular: Ku Ada Kamu, Ilusi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 11 May 2011 03:44 AM PDT

Rapatkan jurang untuk tingkat kerjasama sektor industri - akademik

Rapatkan jurang untuk tingkat kerjasama sektor industri - akademik

COPENHAGEN 10 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor industri dan ahli akademik perlu mencari pendekatan sesuai untuk menentukan bentuk kerjasama yang boleh dijalin dalam bidang pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial dengan matlamat memastikan kedua-dua pihak mendapat faedah daripada kerjasama itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, bagi menjayakan kerjasama ini, kedua-dua pihak terlebih dahulu perlu mengurangkan jurang atau halangan yang dihadapi, memandangkan pihak industri dan akademik mempunyai keutamaan serta minat yang berbeza.

Dalam hal ini, jelas beliau, pihak universiti mengutamakan peranan institusi untuk mewujudkan pengetahuan baru dan usaha-usaha membangunkan bidang pendidikan, sedangkan pihak industri dan perniagaan lebih memfokuskan kepada mendapatkan pengetahuan untuk lebih berdaya saing.

''Sehubungan itu, adalah penting untuk pihak akademik dan industri mengurangkan halangan itu bagi mewujudkan kerjasama yang tulen dan dapat memberi faedah bersama dengan memfokus kepada soal kepercayaan dan memperluaskan interaksi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah (Asem) ketika (ASEMME3) di sini hari ini.

Muhyiddin percaya, gabungan kerjasama pihak industri dan akademik boleh dibentuk, dikekalkan malah, dipertahankan sekiranya wujud budaya kerjasama yang antara lain memerlukan kedua-dua pihak saling memahami dan mempunyai komitmen yang jelas tentang usahasama yang dilakukan itu.

Selain itu, jelas beliau, perlu juga ada pengurusan yang mantap di pihak universiti, pemahaman yang jelas tentang objektif yang ingin dicapai dan matlamat kerjasama tersebut bagi kedua-dua pihak.

Dalam hubungan ini, jelas beliau, matlamatnya antara lain untuk membantu institusi pendidikan tinggi berkembang lebih maju bagi melahirkan modal insan yang bukan setakat dapat memenuhi tuntutan industri tetapi dapat membangunkan ilmu pengetahuan.

Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya memberitahu, ucapan beliau itu antara lain bagi menyatakan komitmen Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan lebih rapat dalam bidang pendidikan antara Asia dan Eropah.

''Saya percaya kita boleh menimba banyak pengalaman menerusi pencapaian negara-negara Eropah melalui perkongsian bijak dalam bidang pendidikan antara Timur dan Barat, pada Malaysia ia agak penting dan dalam beberapa hal kita telah mendepani kemajuan dalam bidang pendidikan," katanya.

Jelasnya, antara bidang yang Malaysia agak ke hadapan adalah dalam soal jaminan kualiti justeru ia boleh menjadi penghubung untuk membantu memajukan institusi pendidikan di negara yang sedang membangun terutama di kalangan negara-negara Islam.

Dalam konteks itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) jelas beliau, mungkin boleh berperanan bersama-sama dengan badan lain di peringkat Eropah untuk memajukan bidang tersebut dengan membantu proses mobiliti antara pelajar dan tenaga pengajar di benua Asia dan Eropah.

Selain itu, kata beliau, soal pembelajaran sepanjang hayat juga menjadi tumpuan dan dalam hal ini Malaysia sudah pun memulakannya melalui penubuhan kolej-kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat