{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


pulse media communications: JUARA IKTIRAF KEMUNCAK KARNIVAL <b>...</b>

Posted: 08 May 2011 03:27 AM PDT


8 Mei 2011, KUANTAN - Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2011 Wilayah Kuantan menutup tirai hari ini dengan acara kemuncaknya iaitu pengiktirafan Juara Iktiraf 2011 kepada Persatuan Belia (MBFM) terbaik bagi Wilayah Kuantan, yang merangkumi 42 tanah rancangan Felda.

Persatuan Belia (MBFM) Felda Chini 3 muncul sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang Piala Iktiraf, sijil dan wang tunai RM1000.

Naib juara Karnival Iktiraf Wilayah Kuantan ialah Persatuan Belia (MBFM) Felda Chini 5 manakala Persatuan Belia (MBFM) Felda Lepar Hilir 1 mendapat tempat ketiga.

Penyampaian Piala Iktiraf 2011 disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob sekali gus merasmikan majlis penutup lokasi pertama dalam 11 siri penjelajahan Karnival Iktiraf yang diadakan di 11 Wilayah Felda di seluruh Negara.

Pengerusi MBFM Wilayah Kuantan Mohd Sharim Md Zain yang juga merupakan pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Chini 3 berkata, bertemakan 'Mendaya Belia Melestari Perjuangan", Karnival Iktiraf edisi ketiga ini dilihat sebagai kuasa kepada para belia untuk menentukan aspirasi dan hala tuju perjuangan golongan itu.

"Dengan berjayanya edisi kedua tahun lepas, MBFM telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan sepenuhnya siri jelajah Karnival Iktiraf tahun ini".

"Ini lah yang belia harapkan -- ditegur jika salah dan diberi peluang untuk membuktikan kebolehan", katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis penutup Karnival Iktiraf 2011 Wilayah Kuantan, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abd. Manap dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Dato' Abu Bakar Harun.

Karnival tiga hari yang berlangsung dari 6 - 8 Mei bertempat di Padang Perbandaran DARA, Chini ini dihadiri lebih 15,000 pengunjung.

Karnival Iktiraf 2011 Wilayah Kuantan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang telah dikhususkan bersesuaian dengan pelbagai kumpulan usia warga Felda.

Pengisian program karnival ini tertumpu kepada aktiviti berbentuk motivasi, kerohanian, perkongsian idea dan khidmat masyarakat, selain acara sukan dan program ekslusif kebajikan iaitu 'Jejak Iktiraf' yang memberi penekanan kepada kegiatan amal seperti tabung derma, pembangunan masyarakat sekeliling dan banyak lagi.

Sementara bagi menarik golongan muda, pertandingan autoshow, explorace, battle of the band dan Felda Idol juga turut diadakan.

Kesemua program dan aktiviti pada Karnival Iktiraf diharap akan dapat memupuk nilai-nilai murni di antara generasi muda Felda demi meningkatkan ikatan komuniti yang lebih baik.

Perkongsian ini juga perperanan sebagai wadah penyampaian berita dan maklumat yang benar kepada penduduk Felda agar mereka seiring dengan pembangunan modal insan, belia yang berwawasan dan punya jati diri yang kukuh demi menyahut aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk terus memperkasakan Felda.

Karnival Iktiraf 2011 dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dengan kerjasama Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri dan Felda.

Lokasi Karnival Iktiraf 2011 seterusnya akan diadakan di Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan dan diikuti Trolak, Gua Musang, Jengka, Johor Bahru, Sahabat, Mempaga, Segamat, Terengganu dan Alor Setar.

Sementara Karnival Iktiraf peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada Disember depan merupakan kemuncak kepada keseluruhan program Karnival Iktiraf peringkat wilayah dan akan menjadi perhimpunan terbesar warga Felda dari seluruh Negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat