{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


<b>Felda</b> gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000

Posted: 09 May 2011 08:28 PM PDT

Felda gagal, peneroka tanggung hutang cecah RM150,000
Posted on Monday, May 09 @ 19:15:06 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: amkns

"KUALA LUMPUR 9 Mei 2011 : Akibat kegagalan Felda mengurus tadbir dengan baik, sekitar 80,000 peneroka seluruh negara menanggung bebanan hutang sehingga  mencecah RM150,000 setiap peneroka, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, antara sebab bebanan hutang  terpaksa ditanggung peneroka berikutan kelambatan proses tanam semula yang gagal diselenggara dengan baik oleh Felda.

 

"Penyelenggaraan oleh Felda gagal diuruskan dan tidak berjalan dengan sempurna kerana di sesetengah tempat proses penanaman semula tergendala sehingga dua tahun.

 

"Peneroka yang terlibat dengan kerja tanam semula akan menanggung hutang dipanggil  pinjaman sara hidup yang akan diberikan oleh Felda setiap bulan sehingga tanam semula membuahkan hasil, kalau tanaman kelapa sawit akan memakan masa lebih kurang tiga tahun.

 

"Felda akan berikan pakej antara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan yang boleh dipilih oleh peneroka. Ada yang ambil RM1000, RM1200 dan maksimum RM1500.

 

"Jika tanam semula lambat, mereka akan ditanggung dengan hutang yang bertambah besar," katanya ketika sidang media menyerahkan memorandum aduan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di sini hari ini.

 

Kata beliau, bebanan hutang yang semakin menimbun terhadap peneroka ditambah pula dengan kadar faedah sehingga mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata peneroka tersebut yang sudah berumur.

 

"Setiap hutang dikenakan terhadap peneroka mempunyai kadar faedah yang tinggi iaitu 6.25% setiap tahun yang tidak pernah berubah.

 

"Saya difahamkan kenyataan Tun Ghaffar Baba pada 1984 menjelaskan bahawa kadar faedah yang dikenakan itu kerana Felda mempunyai hutang dengan bank dunia. Tetapi hutang sudah selesai pada 1996, namun faedahnya tidak berubah sehingga ke hari ini," kata beliau.

 

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekesalannya terhadap 'peraturan baru' Felda di bawah Pengerusi barunya, Tan Sri Isa Samad yang tidak membenarkan sesi soal jawab dan dialog diadakan ketika mengadakan lawatan di tanah-tanah rancangan Felda.

 

"Daripada dulu lagi Felda mengikat peneroka dengan perjanjian, peneroka boleh persoalkan terhadap Felda, tetapi apa yang dicakap pastinya ditentang dan mengakui hanya Felda sahaja yang betul.

 

"Paling buruk adalah zaman Isa kerana tidak benarkan sesi dialog peneroka dengan pihak Felda. Dua tiga hari lepas, Isa ada datang melawat beberapa kawasan Felda, tetapi peneroka tidak dibenarkan bertanya atau sesi dialog. Mereka hanya boleh mendengar sahaja, dan ini membuatkan penderitaan peneroka semakin teruk kerana tiada tempat untuk mengadu," ujarnya.

 

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha'ani Abdullah memberi jaminan akan memanjangkan memorandum aduan tersebut kepada Felda supaya bebanan peneroka dapat diselesaikan.

 

"Segala masalah yang ada aspek hak asasi manusia boleh diadukan kepada Suhakam. Dalam hal ini melibatkan pencarian nafkah dihalang, kelemahan tanaman semula oleh agensi yang bertanggungjawab.

 

"Pengurusan yang lemah diuruskan oleh Felda, kerja lewat tanam semula bukan salah peneroka tetapi agensi yang menguruskan peneroka. Kami akan adakan lawatan ke Felda dan kawasan tersebut supaya penjawat awam tidak mengambil tindakan sambil lewa tentang tugasan mereka.

 

"Kami akan panjangkan usul ini supaya dapat menyelesaikan masalah peneroka yang semakin dihimpit hutang," kata beliau.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13015

 

Adu kepada Suhakam, akibat tidak tahan tanggung hutang

Jamilah Kamarudin | May 9, 2011

 

Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit dihadapi peneroka akibat kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant.

 

KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan bebanan hutang Skim Tanam Semula yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit, sekumpulan peneroka Felda hari ini menyerahkan memorandum aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

 

Memorandum aduan itu mendedahkan punca sebenar bebanan hutang yang dihadapi mereka adalah daripada kegagalan anak syarikat Felda, Felda Technoplant yang lewat menguruskan proses tanam semula kelapa sawit dan getah sehingga bertahun lamanya.

 

Wakil kumpulan itu Mazlan Aliman berkata, kerja tanam semula yang sepatutnya diselenggara Felda Technoplant terhadap setiap 10 ekar tanah peneroka tidak dilaksanakan dengan baik dan dilanda pelbagai masalah.

 

Selain kelewatan kerja membersihkan tapak, Felda juga didakwa tidak menanam dan menyemai anak benih dengan betul, mengabaikan penjagaan tapak sehingga diserang haiwan liar, selain diragui tahap kualiti baja serta anak benih yang dibekalkan.

 

"Dalam perjanjian Felda memperuntukkan proses tanam semula adalah selama 36 bulan (tempoh kelapa sawit membuahkan hasil) sehingga 72 bulan (bagi tanaman getah) dan dalam tempoh tersebut Felda mengenakan hutang berjumlah RM18,000 setahun.

 

"Disebabkan kelewatan dan pengabaian daripada Felda sendiri sehingga melebihi tempoh yang dijadualkan, peneroka yang terpaksa menanggung beban akibat jumlah hutang terkumpul yang tinggi dari sepatutnya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Suhakam disini hari ini.

 

Dalam pertemuan tersebut, kira-kira 20 wakil peneroka daripada Felda Tenggaroh, Nitar, Sungai Mas, serta beberapa lagi daripada Felda sekitar Johor hadir manakala Suhakam diwakili Pesuruhjaya Shaani Abdullah dan Pegawai Helmi Fendy Mohammad Idris.

 

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka PAS Pusat berkata, pihaknya mempunyai bukti dari kalangan kira-kira 80,000 peneroka yang menyertai skim ini, ada antara mereka yang mempunyai rekod hutang sehingga ratusan ribu ringgit.

 

Berhutang sepanjang hayat

"Seorang peneroka Felda Jengka 16, Pahang yang berumur lingkungan 70-an mempunyai jumlah hutang sebanyak RM91,119. Ada juga yang berhutang sehingga mencecah RM12,000. Mereka ini terpaksa berhutang sepanjang hayat," katanya. 

Selain dibebani hutang kira-kira RM1,500 setiap bulan, Mazlan berkata pihaknya juga tidak berpuas hati apabila Felda turut mengenakan 'bunga' sebanyak 6.25 peratus setiap bulan (tidak termasuk hutang persendirian) yang dianggap terlalu tinggi serta tidak munasabah. "Semasa (Allahyarham) Tun Ghafar Baba menjadi Menteri Luar Bandar pada tahun 1994, beliau memberikan alasan tujuan kadar faedah dikenakan kerana Felda ada hutang dengan Bank Dunia. 

"Tetapi hutang itu dah selesai pada tahun 1996, jadi kenapa masih lagi kekalkan kadar faedah tersebut," soal beliau. Sementara itu, seorang peneroka daripada Felda Nitar 2 di Mersing, Johor dalam pertemuan tersebut mengadu pihaknya telah mengemukakan masalah ini kepada Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Datuk Ramli Ismail, pengurus Felda, ketua kampung serta Pengerusi Biro Ladang pada Oktober tahun lalu, namun jalan penyelesaian masih buntu. 

"Menurut perbincangan serta bukti-bukti yang telah dihantar kepada pihak peguam yang dilantik, pihak kami telah membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada Felda. "Ini adalah disebabkan kegagalan pengurus, kakitangan, ketua kampung dan Biro Ladang Felda Nitar 2 yang tidak menjalankan tugas serta tanggungjawab yang dimanahkan," keluhnya yang sebelum ini mengaku takut untuk bersuara kerana khuatir akan dianggap sebagai peneroka 'pengkhianat' dan 'tidak tahu bersyukur'. 

Gagal bela nasib peneroka  

Sementara itu, Shaani berkata pihaknya kesal dengan sistem pengurusan Felda yang bukan sahaja gagal membela nasib peneroka, malah mengabaikan tanggunjawab mereka sebagai penjawat awam. Pihaknya juga memberi jaminan akan memberi keutamaan terhadap kes in serta akan berusaha untuk mengadakan pertemuan antara peneroka dengan pihak Felda. 

"Dalam hal ini usaha peneroka Felda untuk mencari nafkah dihalang kerana kelemahan sistem pelaksanaan tanam semula oleh agensi yang bertanggungjawab. "Peneroka terpaksa tanggung hutang sebabkan kos tambahan yang tinggi. Kalau peneroka tak tanggung, kesannya kerajaan (dengan menggunakan duit rakyat) yang akan tanggung. 

"Jadi pekerja awam jangan ambil rendah tanggungjawab ini," katanya yang khuatir peneroka Felda akan menjadi golongan petani yang tidak berwawasan akibat dibebani pelbagai masalah dan hutang.

 

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/adu-kepada-suhakam-akibat-tidak-tahan-tanggung-hutang/

Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU?
Posted on Monday, May 09 @ 19:09:08 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya


Oleh: amkns

"Guru sandaran tidak terlatih masih digantung tak bertaliBerita Harian 10 Mei 2011 TIGA bulan berlalu selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan 'berita baik' mengenai khidmat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat tiga tahun berturut-turut disambung, namun penyelesaian isu ini belum 'nampak cahaya di hujung terowong'. Pengumuman Muhyiddin pada 3 Mac lalu pada sidang media selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod di Sabah, nampaknya ibarat 'angin lalu' sekadar singgah sipi-sipi di telinga pegawai yang dipertanggungjawabkan, khususnya di Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).  

JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN.  

( Sila baca artikel sebelum ini; Guru-guru semakin benci, meluat dengan Umno BN, salah Muhyiddin di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-semakin-benci-meluat-dengan.html

Saban hari e-mel bhsurat@bharian.com.my akan menerima keluhan guru, antaranya berhubung bebanan kerja perkeranian, kenaikan pangkat dan kelemahan pentadbiran sekolah.  

Bagaimanapun, surat 'kemarahan' GSTT berhubung sikap pegawai JPN ketika ditanya mengenai kedudukan mereka, termasuk jawapan 'belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT daripada Kementerian Pelajaran' mengatasi e-mel yang diterima sejak sebulan dua ini.  

Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kerajaan sudah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.  Jika arahan beliau sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, kita tidak nampak kenapa alasan standard belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT yang digunakan kakitangan JPN di seluruh negara bagi menjawab pertanyaan GSTT terus digunakan.  

Dua surat pembaca yang diterima melalui e-mel – masing-masing satu dari Ipoh, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyebut JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memberi alasan 'belum menerima waran lantikan', manakala 'JPN Wilayah tidak mendapat hitam-putih mengenainya'.  

Pada masa sama, tiada kenyataan lanjut mengenai nasib GSTT yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran, selepas pengumuman dibuat Muhyiddin, sekali gus memberi tekanan kepada GSTT yang sudah berkeluarga mengenai masa depan mereka, apatah lagi kalau suami dan isteri, kedua-duanya GSTT.  

Malah, kebanyakan GSTT yang sudah berkeluarga menyatakan kesediaan untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka di seluruh negara, hanya menunggu surat daripada JPN mengenai kawasan penempatan mereka.

 

Tekanan ini turut dirasai GSTT bujang, khususnya yang sudah membeli kenderaan untuk kemudahan pengangkutan ketika berkhidmat dulu, selain membawa pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan peringkat sekolah, zon dan daerah.

 

Akibat 'digantung tidak bertali' oleh kementerian, sudah ada kes guru berkenaan terpaksa menjual semula kereta kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan kepada institusi kewangan.

 

Hakikatnya, kekurangan guru di Wilayah Persekutuan sebenarnya meruncing, khususnya guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Disebabkan penumpuan berlebihan kepada penyediaan guru Sains dan Matematik di sekolah, akhirnya berlaku lambakan guru yang mengajar kedua-dua subjek ini di Kuala Lumpur.

 

Tidak dinafikan ada GSTT yang ditawarkan tempat di sekolah sejak April lalu, namun kebanyakan GSTT yang diambil bukan daripada mereka yang mengajar di sekolah asal, sebaliknya dari sekolah lain. Bukankah pengetua sekolah asal ada mencadangkan GSTT yang berkhidmat sebelumnya disambung perkhidmatan di sekolah berkenaan? Inilah antara persoalan yang perlu dijawab JPN berhubung soal ketelusan dalam pengambilan semula GSTT.

 

Isu GSTT sebenarnya bukanlah rumit untuk diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri sudah membuka jalan penyelesaian ke atas isu penempatan guru tidak terlatih ini. Bagaimanapun, pengumuman Muhyiddin tidak disambut dengan tindakan proaktif baik pada peringkat kementerian mahupun jabatan.

 

JIKA PERSOALAN 13,000 GSTT PUN TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BERKESAN, APATAH LAGI PELBAGAI MASALAH MEMBABITKAN LEBIH 350,000 GURU DI SELURUH NEGARA. TIDAK HAIRANLAH BANYAK PERSOALAN TERTUNGGAK, ANTARANYA BEBAN TUGAS BERLEBIHAN GURU MASIH TIDAK DAPAT DISELESAIKAN KEMENTERIAN BERKENAAN.

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusandarantidakterlatihmasihdigantungtakbertali/Article

"

Panas: Harga Gula Naik Mulai Hari Ini, Terbukti Kerajaan UMNO BN @ Barang Naik Terus Menipu Dengan Slogan Rakyat Didahulukan Sebenarnya

Beberapa hari selepas minyak RON97 dinaikkan, maka Kerajaan UMNO BN sekali lagi "mendahulukan rakyat" apabila mengumumkan harga gula akan dinaikkan sebanyak 20 sen mulai hari ini. Ini bermakna harga baru gula sekilogram dipasaran menjadi RM2.30 berkuatkuasa 10 Mei 2011. Seperti biasa, alasan yang diberikan oleh kerajaan kenaikan itu akan menyebabkan kerajaan dapat berjimat sebanyak RM116.6 juta. Malah, menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini. "Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain. Paling mendukacitakan, seperti biasa apabila isu kenaikan harga barangan berbunyi maka jawapan yang sama akan diumumkan. Jika minyak naik, harga minyak di negara kita lebih murah dari negara luar. Jika harga gas naik, ia lebih murah dari negara luar. Begitulah juga bila harga gula naik, sama juga jawapannya adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Itulah perbandingan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Alasan yang sama dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat. Apakah mereka fikir rakyat terlalu bodoh untuk dipermainkan sedemikian rupa?. Maka itulah, rakyat perlu bangkit berjuang untuk meneruskan agenda perubahan. Kerajaan BN @ Barang Naik ini perlu diturunkan segera secara terhormat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Pastikan perubahan ini jika tidak mahu mereka terus diperkotak-katikkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat