{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


SK SERI FAJAR: Hari Keluarga SKSF 2011

Posted: 06 Apr 2009 12:00 AM PDT

?xml:namespace>

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan dibuka pada Januari tahun 2003. SK Seri Fajar terletak di atas tanah seluas 10 ekar. Pada asalnya pelajar dan guru sekolah ini ialah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi. Bilangan pelajar untuk sesi pertama ini ialah seramai 140 orang untuk Tahun 1 hingga Tahun 5 dan 12 orang guru termasuk seorang Guru Besar. Pelajar Tahun 6 masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi di mana mereka di tempatkan di Asrama Desa.


Pada tahun kedua, 2004, bilangan pelajar meningkat kepada 164 orang dan bilangan guru seramai 13 orang. Tahun 2004 juga merupakan Tahun 6 pertama diadakan. Pada tahun 2008 kelas Pra pertama telah dibuka, dan seramai 25 orang murid telah mendaftar. Kini (2010) bilangan pelajar termasuk kelas Pra seramai 137 orang dan tenaga pengajar seramai 20 orang dan 5 orang staf. Terdapat 4 orang pekerja swasta dan 3 orang pengawal keselamatan yang bertugas di sini.

Pada asalnya SK Seri Fajar ialah SK Sungai Tengi Selatan. Oleh kerana terdapat masalah urusan surat menyurat (surat sampai ke SK Sungai Tengi) maka pihak pentadbir telah memohon ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk menukar nama kepada SK Seri Fajar sempena nama kampung yang terdapat di Felda Sungai Tengi Selatan iaitu Kampung Fajar. Terdapat lebih kurang 150 keluarga yang tinggal di Felda ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak sekolah. Tidak ketinggalan juga pihak Felda, JKKR, GPW serta Belia. Kesemuanya bergabung tenaga untuk menjayakan sekolah.


SK Seri Fajar terletak di tengah-tengah Kampung Fajar, Felda Sungai Tengi Selatan. Jauhnya hampir 1.5 km dari jalan besar. Berhampiran dengan Masjid, Klinik Desa, TADIKA Kemas dan Balai JKKR. Jauhnya dari pusat pentadbiran Kuala Kubu Bharu ialah 82 km. Dari Pekan Batang Berjuntai sejauh 29 km, dari Tg. Malim sejauh 50 km dan dari Sg. Besar sejauh 80 km.

Sekolah Kebangsaan Seri Fajar adalah sebuah sekolah baru dibina mengikut struktur bangunan terkini. Mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat (blok A – Pentadbiran, Blok B - Makmal, Blok C – Kelas), sebuah kantin, tempat letak basikal, pos pengawal keselamatan, sebuah blok pencawang elektrik, rumah pam dan sebuah padang bola. Sekolah Kebangsaan Seri Fajar mempunyai 12 kelas, 1 kelas pemulihan, 2 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidikan seni, surau, pejabat pentadbiran, bilik muzik, kedai sekolah, bilik rawatan perubatan, bilik guru, perpustakaan, bilik tayangan, dewan serbaguna, kemudahan bilik mandi, tandas, setor barang/sukan/buku, dan ruang lobi. Sehingga kini telah disediakan peralatan untuk pejabat/pentadbiran, makmal komputer, PPSMI, peralatan P&P dan peralatan bilik tayangan. Buku-buku untuk perpustakaan juga dibekalkan lebih 2000 naskhah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat