{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda taib andak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda taib andak - Google Blog Search


ahmadmaslan.blogspot.com: Kaji semula kuota kerusi

Posted: 15 May 2011 10:44 PM PDT


Kaji semula kuota kerusi

KULAIJAYA 15 Mei – Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula sistem kuota pembahagian kerusi di sesuatu kawasan pilihan raya jika pendekatan tersebut tidak mampu membawa kemenangan kepada parti itu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, secara umumnya bakal calon perlu dipilih daripada kaum majoriti di sesuatu tempat selain bagi memastikan BN peka dengan kehendak pengundi.

"Bagaimanapun, jika wakil daripada kaum majoriti itu tidak ada yang layak, maka wakil daripada kaum lain walaupun daripada kaum minoriti perlu diambil kira.

"Cara ini pernah dilakukan dan kita berjaya, contohnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor. Kita letakkan, P. Kamalanathan daripada kaum minoriti di situ, tetapi beliau menang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kulai di Kampung Bahagia, Felda Taib Andak di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, kekalahan BN dalam beberapa PRK akibat kesalahan memilih calon perlu dijadikan pengajaran.

Beliau berkata, strategi itu wajar dipertimbangkan kerana landskap politik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti menuntut pendekatan berbeza bagi memastikan kemenangan calon-calon BN.

Sementara itu, beliau berpendapat, UMNO mampu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang jika orang Melayu bersatu.

Menurutnya, orang Melayu khususnya di Felda dan kampung-kampung masih merupakan penyokong kuat kerajaan dan keadaan tersebut perlu dipertahankan.

Beliau berkata, UMNO atau BN tidak perlu lagi terlalu mengharapkan sokongan pengundi Cina kerana sentimen kecinaan yang dibawa DAP kini semakin menebal.

"Meski pun begitu, saya masih menaruh harapan supaya pengundi Cina balik semula kepada BN kerana kerajaan sebenarnya telah banyak membantu mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat