{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Lupa bahasa, hilang identiti

Posted:

Lupa bahasa, hilang identiti

Lupa bahasa, hilang identiti

PREMAH KRISHNASAMY, 31, seorang ibu muda yang bekerjaya dan menetap di Shah Alam. Seperti ibu-ibu yang lain, dia mahu memastikan kedua-dua anaknya, Mithiran, 5, dan Tushali, 3, fasih dalam bahasa ibunda mereka, bahasa Tamil, tetapi pada masa yang sama anak-anaknya juga mampu menguasai bahasa Inggeris.

Kegusaran itu timbul ekoran pemerhatiannya yang mendapati, ramai anak-anak kecil yang lebih muda daripada anaknya begitu fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Suatu masa dahulu saya dalam dilema sama ada mahu bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Tamil. Akhirnya, saya dan suami memilih untuk menggunakan bahasa ibunda dengan anak-anak," kata Premah.

Premah merupakan salah seorang daripada ibu moden keturunan India yang merasa serba salah untuk menggunakan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian apabila bahasa Inggeris semakin diangkat sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda India.

Sebagai seorang yang berlatar belakang keluarga yang bertutur dalam bahasa Tamil, Premah dan suaminya belajar di sekolah kebangsaan (tetapi kedua-duanya fasih berbahasa Inggeris.

Justeru menjadi harapan Premah dan suami supaya anak-anak mereka tidak membelakangkan bahasa Tamil sekali gus mahir dalam bahasa lain.

Standard keluarga

Kebimbangan Prema ada benarnya kerana segelintir ibu bapa moden kaum India masa kini enggan bertutur dalam bahasa ibunda dengan anak sendiri.

Ada yang beranggapan, bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kalangan ahli keluarga dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada kualiti keibubapaan, sekali gus meningkatkan standard keluarga itu.


PREMAH (kanan) dan suaminya, Kalaiarasu (kiri) akan memastikan anak-anak mereka bukan saja boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, bahkan fasih dalam bahasa Tamil.


Sehinggakan, bayi yang baru lahir atau berusia beberapa bulan lebih memahami bahasa Inggeris mudah seperti mama, papa, uncle, aunty, go, come, milk, dog, cat dan sebagainya. Hakikatnya, pada masa yang sama, kanak-kanak ini langsung tidak tahu sepatah pun perkataan Tamil.

Lebih menyedihkan, kata Premah senario seperti ini merupakan satu kebanggaan mereka yang mengamalkan amalan tersebut.

Suami Premah, Kalaiarasu Ananthan, 34, mengakui senario ini wujud mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya, kebimbangan ibu bapa jika anak-anak mereka tercicir dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, ibu bapa moden terbeban dengan tekanan sosial kerana mereka berada dalam lingkungan golongan terpelajar. Mereka beranggapan, kegagalan anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang memalukan.

Kebimbangan itu menjurus kepada satu fenomena iaitu ibu bapa berasa malu apabila anak-anak mereka bertutur dalam bahasa ibunda, bahasa Tamil.

Kalaiarasu mengakui dia sendiri melihat ramai ibu bapa India moden memaksa anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris kerana mereka tidak mahu berhadapan dengan situasi yang dianggap memalukan. Anak-anak ini dilatih dan dibesarkan dengan satu bahasa yang dianggap bermaruah.

Tidak malu

"Tetapi saya tidak kisah jika terpaksa berdepan dengan situasi itu. Bukankah saya lebih malu apabila anak-anak saya tidak boleh berbahasa ibunda? Bahkan, kami tinggalkan anak-anak kepada ibu bapa sewaktu kerja. Mereka pula hanya boleh bertutur bahasa Tamil dan saya berpuas hati kerana anak-anak saya memiliki identiti dan kenali diri mereka sebagai seorang yang berketurunan India," katanya.

Sejak anak sulungnya, Mithiran dihantar ke tadika, dia sudah mula mengadaptasi diri dengan persekitaran pelbagai kaum dan bangsa. Ia memudahkannya untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Melayu.


SESETENGAH golongan yang berpendidikan beranggapan bahasa Inggeris lebih penting berbanding bahasa ibunda bagi menunjukkan status mereka. - Gambar hiasan


Anak lelakinya bukan sahaja fasih dalam bahasa Tamil, di sekolah dia boleh berbahasa Inggeris dan Melayu dan kerana guru-guru tadikanya turut mengajar bahasa Mandarin.

Sementara itu, Professor Madya Dr. Krishanan Maniam dari Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya berkata, keutamaan sebilangan ibu bapa moden kaum India terhadap bahasa Inggeris yang membelakangkan bahasa ibunda, bahasa Tamil boleh melunturkan identiti diri dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ibu bapa masa kini yang boleh dikategori sebagai golongan berkemampuan dari segi ekonomi dan sosial melihat penggunaan bahasa Inggeris sebagai satu kemestian dalam menunjukkan kemegahan mereka. "Namun, apa yang berlaku ialah lama-kelamaan semua yang berkaitan dengan bahasa iaitu budaya, sejarah, warisan, makanan, permainan, pakaian dan segala yang berkaitan tradisi itu akan turut diabaikan," kata Krishanan.

Beliau turut mengambil contoh kaum India seperti Chetti Melaka yang kini kurang mengamalkan tradisi dan kebudayaan kaum India. "Asimilasi yang berlaku dalam kalangan orang Chetti Melaka dengan budaya akhirnya membawa kepada satu budaya baharu," kata beliau.

Tanpa menolak kepentingan bahasa lain, khususnya bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, Krishanan mengakui perjuangan bahasa ibunda adalah tanggungjawab setiap individu.

Presiden Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar SB, yang aktif menghasilkan karya-karya penulisan berbahasa Melayu, berkata, walaupun segelintir ibu bapa moden India lebih suka digelar sebagai English speaking tetapi realitinya kebanyakan daripada mereka tidak bertutur bahasa Inggeris dengan betul.

Kurang yakin

"Mereka hanya mahu bercakap sekadar menunjuk tetapi tidak sedar kesalahan bahasa yang dilakukan. Ini menyebabkan anak-anak bukan sahaja ketinggalan mempelajari bahasa ibunda, tetapi bertutur bahasa Inggeris dengan tata bahasa yang salah. Bayangkan apa impak yang akan diterima apabila mereka berhadapan dengan dunia sebenar bila meningkat dewasa?" tanya Uthaya.

Sebagai seorang penulis bahasa Melayu dan pernah mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah menengah, anaknya, Devishi Praba Sangkari, 11, sangat fasih dalam ketiga-tiga bahasa termasuk bahasa Tamil.

Uthaya turut menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan akan memastikan Devishi tidak bertutur menggunakan bahasa rojak.

"Anak saya boleh bertutur dalam bahasa Tamil jauh lebih baik daripada saya. Begitu juga penggunaan bahasa Inggeris dan Melayunya," jelas beliau.

Uthaya mengakui, pendedahan terhadap bahasa lain sangat penting tetapi bukan menggunakan bahasa semberono.

Satu lagi sebab yang menyebabkan ibu bapa moden India memilih bahasa Inggeris dalam pertuturan harian ialah kerana perasaan rendah diri yang ada pada mereka.

"Hakikatnya, tiada kekurangan pada bahasa Tamil, tetapi segelintir tidak yakin dengan diri sendiri, jadi mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai agen keyakinan," katanya.

Kebanggaan palsu itu kata Uthaya, hanya akan menyebabkan anak-anak atau generasi akan datang gagal memahami diri mereka sendiri.

Lampu minyak tanah penerang Deepavali

Posted:

Lampu minyak tanah penerang Deepavali

Lampu minyak tanah penerang Deepavali


SEORANG wanita menghias lampu minyak tanah di Dharavi yang terletak di Mumbai, India.


DEEPAVALI adalah antara perayaan terpenting dalam kalendar penganut agama Hindu. Secara harfiah, Deepavali bererti barisan lampu, sekali gus menjelaskan persoalan ramai mengapa ia diraikan dengan hiasan lampu-lampu yang indah.

Menjelang Deepavali, setiap rumah akan diterangi dekorasi lampu yang indah. Secara tradisional, lampu minyak tanah bersumbu kapas menjadi pilihan utama famili Hindu bagi menerangi kawasan rumah mereka.

Bagaimanapun, peredaran masa telah menghakis populariti lampu minyak tanah yang kini digantikan dengan lilin atau lampu elektronik berwarna-warni. Namun konsep perayaan yang sinonim dengan gelaran pesta cahaya itu tetap dikekalkan.

Di beberapa daerah di India seperti Amritsar dan Allahab, India penduduknya masih menghargai kehalusan seni lampu minyak tanah. Kualiti dan keagungan nilai lampu tersebut masih menerima apresiasi membanggakan setiap kali perayaan Deepavali.


BISNES lampu minyak tanah tradisional di Hyderabad masih memberangsangkan terutama menjelang perayaan Deepavali.


Cara lama

Proses penghasilan lampu minyak tanah tradisional juga dikerjakan mengikut cara lama. Memilih tanah liat terbaik, membentuk bekas-bekas lampu menjadi tembikar kecil dan kemudiannya dikeringkan dalam jumlah yang banyak secara serentak.

Selepas ia kering, proses seterusnya diambil alih pereka hiasan yang bertanggungjawab mewarna dan mencorak lampu-lampu tersebut. Langkah itu juga merupakan prosedur terakhir sebelum ia dipasarkan.

Signifikan kepada penggunaan lampu minyak tanah pada Deepavali dipinjam daripada hikayat popular dalam kalangan penganut Hindu iaitu ketika kepulangan Rama ke Ayodhya selepas hidup dalam buangan bersama isteri dan adik lelakinya selama 14 tahun.

Rakyat Ayodhya menyalakan lampu sebagai keraian kepulangan raja mereka yang kemudiannya diteruskan sebagai tradisi sehingga kini. Di selatan India, orang ramai meraikan Deepavali sebagai tanda kejayaan Dewi Durga menumpaskan kuasa jahat bernama Narakasura.

Tangani 'kebosanan' subjek Sejarah

Posted:

Tangani 'kebosanan' subjek Sejarah

Tangani 'kebosanan' subjek Sejarah


PELBAGAI informasi, dokumen asal dan gambar mengenai pentadbiran negara boleh didapati di Arkib Negara.


DALAM minda Ameerah Mansor, subjek Sejarah amat membosankan berbanding mata pelajaran lain yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Apabila ditanya mengapa, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1), Kelantan itu pantas menjawab: "Banyak sangat fakta perlu diingat dan ia amat susah."

Anak ketiga daripada lima adik-beradik itu juga mempunyai pandangan berbeza apabila subjek sejarah tidak lebih daripada sekadar memenuhi keperluan untuk lulus peperiksaan.

Maka, dihafalnya satu persatu fakta sejarah dan langkah itu membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapat gred A bagi mata pelajaran berkenaan pada Penilaian Menengah Rendah tahun lepas.

Apabila ditebak dengan beberapa soalan berkaitan sejarah yang pernah dipelajarinya sebelum ini: "Maaf, saya sudah lupa," katanya kepada Bernama.

Kisah Ameerah merupakan satu daripada rentetan cerita yang sama apabila menyentuh mengenai mata pelajaran berkenaan. Ia sering dianggap sebagai subjek yang tidak menarik dan boleh mengundang rasa mengantuk.

Malahan, senario pelajar mendapat keputusan cemerlang tetapi 'lupa' apabila ditanya kembali bukanlah satu polemik baharu berikutan ia juga dibangkitkan oleh sejarahwan negara, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Hakikat ini amat mengejutkan tetapi apa yang paling menyedihkan apabila terdapat segelintir pelajar mempersoalkan akan kewajaran mempelajari mata pelajaran itu.

Mereka mengakui sekiranya ia mata pelajaran elektif, mahu sahaja memilih untuk tidak mempelajarinya.

Kerajaan menyedari akan senario ini dan telah menjurus untuk mengkaji dan merangka kurikulum mata pelajaran Sejarah baharu dalam silibus sekolah menengah supaya tidak lagi dianggap sebagai mata pelajaran membosankan. Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sejarah wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun ini.

Perlu kreatif

Dalam mengetengahkan perihal ini, sudah semestinya peranan para guru sebagai tonggak utama tidak terkecuali yang mana memerlukan mereka lebih kreatif dalam proses pengajaran mata pelajaran berkenaan.


RAKYAT Malaysia perlu menghayati dan mengenang sejarah untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan masing-masing.


Pelajar sudah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada buku teks dan mengehadkan pelajaran di bilik darjah semata-mata.

"Murid-murid berkata, bahawa mata pelajaran Sejarah adalah paling dibenci kerana mereka perlu menghafal. Kalau hendak menghafal, macam mana dengan saya yang sudah tua ini menghafal sejarah," kata Kay Kim yang dipetik dalam satu laporan berita.

Beliau juga mengutarakan kebimbangan apabila melihat bilangan pelajar mengambil mata pelajaran Sejarah semakin merosot seperti di Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Sebelum ini, ia menerima 1,300 pelajar setahun dan kini semakin menurun jumlahnya.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan turut berpandangan sama apabila dipetik berkata, medium praktikal dapat meningkatkan penghayatan sejarah dalam kalangan pelajar.

Justeru, dilihat ada keperluan untuk menjadikan muzium, tempat penyimpanan artifak berharga negara sebagai antara pelengkap pembelajaran mata pelajaran berkenaan.

Arkib Negara

Namun, ramai yang lupa akan kewujudan Arkib Negara Malaysia sebagai satu daripada tarikan untuk menambat hati pelajar.

"Guru sejarah boleh memainkan peranan menerusi penyebaran fungsi Arkib Negara Malaysia," kata Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan Arkib Negara Malaysia, Azemi Abdul Aziz.

Azemi tidak menafikan kehadiran ramai guru dan pelajar membuat rujukan di situ, namun ia masih belum menjadi 'budaya' dalam kalangan mereka.

Persoalan 'mengapa', mungkin bertitik-tolak daripada kurangnya pemahaman mereka mengenai penawaran yang disediakan oleh gedung khazanah ilmu ini.

Ketidakfahaman mengenai fungsi arkib juga menyebabkan ada antara mereka menganggapnya sebagai pusat untuk memperoleh dan memelihara rekod-rekod bernilai negara.

Walhal, ia juga adalah platform bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan kepelbagaian akses maklumat ataupun rujukan kepada rekod-rekod dan bahan arkib bernilai sejarah seperti peristiwa penting negara.

Bertitik-tolak daripada kurangnya kefahaman itu, Arkib Negara Malaysia telah menggerakkan usaha mendekati bakal guru menerusi program lestari ilmu Arkib Bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Diadakan sejak tahun lepas, program lestari ilmu ini amat signifikan dalam memperkenalkan kepada bakal guru dan pelajar institusi pengajian tinggi akan perkhidmatan dan koleksi bahan yang terdapat di sana.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat