{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Gajet rosakkan mata

Posted: 07 Nov 2013 05:44 AM PST

Oleh NABILA YASMIN MOHD. RAZIB
Gambar MOHD. AZIM ABD RAHMAN

Woon Pak Seong (kanan) dan Eksekutif Profesional Hal Ehwal Malaysia Hoya Lens Sdn. Bhd., Chong Zhi Lee (tengah) menunjukkan jarak ideal antara mata dan peranti digital yang digunakan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

KANAK-KANAK hari ini menghabiskan banyak masa terluang mereka dengan menonton televisyen atau bermain peranti digital seperti tablet dan telefon bimbit tanpa menyedari perkara tersebut boleh merosakkan mata dan penglihatan mereka.

Pakar Optometrist dari Vision Space Optometrist, Woon Pak Seong, berkata, walaupun kebanyakan kes berkaitan penglihatan terutamanya rabun adalah disebabkan faktor genetik, kecenderungan kanak-kanak terhadap permainan berbentuk visual seperti yang terdapat pada peranti digital juga antara penyebab utama kerosakan penglihatan.

"Selain tempoh masa menggunakan peralatan digital, jarak antara subjek dengan mata serta pencahayaan juga memainkan peranan bagi membantu penjagaan mata," katanya pada bengkel Mendapatkan Penjagaan Penglihatan Lebih Baik bagi Kanak-Kanak, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bengkel setengah hari anjuran KidZania Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. itu, khusus bagi kanak-kanak era ini yang tinggal dalam persekitaran digital.

Menurut Pak Seong, jarak ideal bagi seorang kanak-kanak yang sedang menggunakan tablet untuk menonton video dan sebagainya dengan peranti tersebut adalah dalam lingkungan 30 sentimeter.

Begitu juga ketika sedang membaca buku dan televisyen, kerana cahaya memainkan peranan penting bagi mengelakkan kerosakan pada mata.

Menurutnya lagi, penggunaan cahaya lampu siang hari (day light) adalah yang terbaik bagi tujuan pembacaan di dalam rumah.

"Masyarakat hari ini lebih cenderung menggunakan lampu malap yang cahayanya berwarna kuning bagi hiasan dalaman rumah, tanpa menyedari yang lampu berkenaan sebenarnya boleh merosakkan penglihatan terutamanya kanak-kanak," katanya.

Selain itu menurut Pak Seong, , pancaran cahaya biru yang dikeluarkan oleh peranti digital turut menyumbang kepada gejala seperti keletihan mata.

Ini seterusnya menyebabkan seseorang menjadi rabun jika tidak menggunakan cermin mata yang dapat menapis cahaya tersebut.

Bertemakan Mata dan Anda, bengkel tersebut turut memberikan panduan dan tip praktikal mengenai penjagaan mata serta kepentingannya, kepada lebih 50 kanak-kanak serta ibu bapa yang hadir.

Selain itu para peserta juga dididik mengenai tip pemakanan bagi mengekalkan mata yang sihat serta diberikan panduan mengenai pemeriksaan mata yang betul.

Sementara itu, Pengurus Besar KidZania Kuala Lumpur, Susanah Abdul Rani berkata, pihaknya berbesar hati dapat memberikan satu pengalaman menyeronokkan kepada kanak-kanak yang turut serta dalam bengkel itu.

Katanya, program tersebut turut mendedahkan peserta tentang penggunaan minimum peranti digital dengan merasai sendiri aktiviti yang ditawarkan di taman tema kanak-kanak itu.

"Dalam era digital hari ini, penggunaan alatan digital tidak dapat dielak sama ada untuk tujuan hiburan mahupun pelajaran.

"Sebagai sebuah taman tema untuk kanak-kanak, menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan pendidikan dan maklumat yang akan memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk gaya hidup lebih sihat," ujarnya.

Bengkel tersebut adalah salah satu acara dalam siri bengkel khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak yang dianjurkan oleh KidZania Kuala Lumpur.

Ia bertujuan untuk menyediakan satu pengalaman yang holistik, bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada ibu bapa.

Pada bengkel yang sama, Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd. turut melancarkan kempen terbarunya, Vision 6/6, yang memberikan peluang kepada orang ramai menyumbangkan bingkai cermin mata terpakai bagi diagihkan kepada rumah anak-anak yatim dan warga tua di seluruh negara.

Pure Mini Shea Butter untuk amal

Posted: 06 Nov 2013 04:31 AM PST

DERIA penglihatan merupakan anugerah paling berharga bagi manusia. Menerusi penglihatan, kita boleh menikmati dan menghargai kehidupan sebaik mungkin.

Ramai orang yang dilahirkan buta atau mengalami kecacatan penglihatan akibat serangan penyakit mahupun kemalangan.

Sejak lebih 12 tahun yang lalu, Yayasan L'Occitane (Perancis) telah bekerjasama dengan banyak organisasi dalam usaha mengatasi masalah kecacatan penglihatan di serata dunia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, Yayasan L'Occitane telah menjayakan sejumlah 15 projek setiap tahun dengan memberi tumpuan kepada dua isu penting iaitu memberi sokongan kepada golongan cacat penglihatan dan menggalakkan golongan wanita keluar daripada kemelut kemiskinan.

Di Malaysia pula, projek mengumpul dana amal L'Occitane untuk golongan cacat penglihatan telah menjadi satu aktiviti tahunan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

Tahun lalu, L'Occitane Malaysia telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM40,000 menerusi hasil jualan produknya, Pure Mini Shea Butter.

Dana tersebut telah digunakan untuk menaik taraf perkakasan dan perisian di makmal komputer di Pusat Latihan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Lembah Kinta, di Ipoh, Perak.

Pusat latihan itu menyediakan sesi latihan, perkhidmatan penjagaan komuniti serta menganjurkan kelas-kelas komputer.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan, L'Occitane memperkenalkan semula produk edisi terhad Pure Mini Shea Butter sebagai produk utama untuk acara amal tahun ini.

Hadir dalam tin kecil mudah alih, produk Pure Mini Shea Butter (8ml) yang dijual pada harga RM33 ini merupakan antara produk terlaris L'Occitane.

Ia diperbuat daripada 100 peratus mentega sayur (Shea Butter) Afrika untuk melembap dan melindungi kulit.

Pelembap kulit pelbagai kegunaan ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit baik bagi golongan lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.

Lebih menariknya, rekaan tin kali ini menampilkan satu label yang direka khas bersempena penganjuran projek pengumpulan dana yang bermula dari 1 November hingga 31 Disember ini di semua butik L'Occitane.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat