{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Harga di 4 jajahan dipantau

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 11 Nov. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengesahkan setakat ini tiada menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang di negeri ini selepas pengumuman Bajet 2014 baru-baru ini.

Pengarahnya, Sharuddin Jali (gambar) berkata, pihaknya bagaimanapun akan terus melakukan pemantauan terhadap harga barangan di negeri ini bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga sehingga membebankan rakyat.

"Kami akan terus mempergiatkan lagi operasi bagi memastikan para peniaga terutamanya tidak menaikkan harga barangan sesuka hati.

"Setakat ini belum ada aduan atau laporan mengenai kenaikan harga yang diterima, namun pemantauan akan terus dilakukan dan sekiranya terbukti wujud peniaga menaikkan harga sesuka hati tindakan tegas akan diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Katanya, peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh didenda maksimum sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama, sementara bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda sebanyak RM250,000 atau lima tahun penjara.

"Pihak kami telah melakukan pemantauan di empat jajahan iaitu Kota Bharu, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah. Pemeriksaan ini melibatkan pasar tani, pasar malam, gerai makan, kedai runcit, pemborong, pasar raya dan pelbagai premis perniagaan," ujarnya.

Sharuddin memberitahu, peniaga atau pemborong tidak perlu menjadikan alasan pengumuman Bajet 2014 untuk menjual barang keperluan dengan harga yang lebih tinggi kerana tindakan terbabit menganiaya pengguna.

Beliau juga menasihati pengguna supaya membuat pilihan yang bijak ketika membeli barangan di kedai atau pasar raya agar tidak tertipu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai melaporkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri jika terdapat golongan tersebut yang menaikkan harga barang.

Guru tadika disaran lanjut pengajian

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Sebahagian daripada 55 kanak-kanak yang menerima sijil dalam Ihtifal dan Penyampaian Sijil Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Qurratu A'yun di Gelanggang Seni di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 11 Nov. - Guru-guru tadika disaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan profesionalisme mereka.

Ketua Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhammad berkata, ketika ini masih ramai guru tadika yang belum mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.

Beliau berkata, setakat ini terdapat sekumpulan guru tadika di negeri ini yang mendapat peruntukan disediakan kerajaan bagi meneruskan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

"Matlamat kerajaan ialah supaya mereka yang berminat dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak," katanya semasa berucap dalam Majlis Ihtifal dan Penyampaian Sijil Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Qurratu A'yun di Gelanggang Seni di sini semalam.

Seramai 55 kanak-kanak berusia enam tahun menerima sijil masing-masing pada majlis tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Tadika Qurratu A'yun, Abdul Halim Hamat dan pengusaha tadika berkenaan, Wan Dayang Masturah Wan Abdul Rashid.

Siti Norina berkata, guru tadika yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat diploma boleh menghubungi Unit Pendidikan Swasta JPN untuk maklumat lanjut.

"Selain itu, kerajaan turut memberikan bantuan kepada ibu bapa kurang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke tadika. Dengan bantuan ini, ibu bapa tidak boleh lagi menjadikan masalah kewangan sebagai alasan untuk tidak menghantar anak-anak mereka mendapat pendidikan prasekolah," katanya.

Sokong saiz mata keroncong pukat tunda berukuran 38 milimeter

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

PASIR PUTEH 11 Nov. - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semerak dekat sini menyokong penuh ketegasan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menetapkan penggunaan saiz mata keroncong pukat tunda berukuran 38 milimeter berkuat kuasa 1 November lalu kerana boleh melindungi sumber hasil laut di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Jelani Jaafar berkata, penguatkuasaan itu dibuat berasaskan kajian dan penyelidikan maritim terperinci bagi memastikan sumber hidupan laut bersaiz kecil selamat serta dapat membesar untuk keperluan masa hadapan.

Beliau berkata, peraturan itu sudahpun dimaklumi nelayan Zon A di kawasan ini dan pastinya dasar kerajaan itu akan dipatuhi.

Menurutnya, pematuhan terhadap peraturan baharu itu penting bagi mengelak nelayan dikenakan kompaun termasuk kemungkinan bot mereka dirampas sekiranya kompaun dikeluarkan melebihi tiga kali.

"Apa sahaja dasar dan pelaksanaan yang dilaksanakan oleh kerajaan pastinya ada timbal balas positif untuk kepentingan semua nelayan. Saya yakin nelayan di kawasan ini menghormati keputusan kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak ada sebab bagi pihaknya berganjak dalam soal itu demi melindungi masa depan nelayan Zon A yang berjumlah lebih 80,000 orang berbanding yang terlibat dengan penguatkuasaan saiz pukat itu di Zon B sebanyak 3,900 orang.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke jeti pendaratan ikan di Tok Bali di sini kelmarin mendapati, sebilangan besar nelayan merungut apabila penetapan saiz baharu mata keroncong pukat tunda menyebabkan mereka menemui kegagalan mendapatkan udang di sekitar sembilan kilometer dari pantai sepanjang musim tengkujuh ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat