{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


FAMA beri insentif RM5,000

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

Mohd. Safwan Mulyadi (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan seorang peserta ladang kontrak selepas majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dengan Peserta Ladang Kontrak di RTC, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI

KOTA BHARU 17 Nov. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi insentif sebanyak RM5,000 kepada setiap pengeluar dan pihak yang memasarkan sayur-sayuran melalui Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan pasar tani yang diperkenalkan oleh agensi itu.

Penolong Pengarah FAMA Wilayah Timur 1 dan RTC Kelantan, Mohd. Safwan Mulyadi berkata, mereka mendapat insentif tersebut dalam setiap perjanjian jual beli bagi membantu proses pengeluaran dan pemasaran secara keseluruhan.

Beliau berkata, program itu akan berjalan selama setahun melibatkan lima jenis sayur untuk permulaan iaitu terung, cili padi, timun, petola dan kacang bendi.

"Program ini pasti memberi manfaat kepada pengeluar dan pihak memasarkan sayur kerana tidak melibatkan ramai orang tengah dalam memasarkan bekalan tersebut.

"Ini merupakan salah satu langkah yang diwujudkan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat petani di negeri ini," katanya dalam majlis menandatangani perjanjian jual beli antara FAMA dengan peserta Ladang Kontrak di RTC di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Operasi FAMA negeri, Mohamad Fadlee Hassan dan Penyelaras Ladang Kontrak negeri, Muhd. Yusuf Sulaiman.

Mohd. Safwan berkata, program itu adalah untuk memberi galakan kepada peserta Ladang Kontrak yang menyalurkan bekalan terus dari ladang ke pengguna di RTC dan pasar tani dengan harga jualan lebih berpatutan.

"Melalui Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak tersebut, pendapatan petani sebagai pengeluar juga dapat ditingkatkan kerana hasil tanaman mereka dapat dipasarkan terus ke RTC," ujarnya.

Mohd. Safwan memberitahu, pada 2014 Kelantan menyasarkan memberi insentif kepada 30 pengeluar dan lima pihak yang memasarkan sayur melibatkan jumlah RM175,000.

Sementara itu seorang peserta, Kamrulzaman Abdullah berkata, program itu adalah langkah terbaik bagi memperluaskan lagi pasaran sayur-sayuran.

"Ini bukan sahaja dapat membantu pengeluar dan pihak pemasaran, malah turut membantu pengguna mendapatkan sumber bekalan tempatan yang lebih berkualiti serta murah," katanya.

10 keluarga resah diancam tebing runtuh

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Seorang penduduk menunjukkan jarak belakang rumahnya yang semakin hampir dengan sungai akibat runtuhan tebing Sungai Bukit Abal, di Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

PASIR PUTEH 17 Nov. - Kira-kira 10 keluarga yang tinggal di pinggir tebing Sungai Bukit Abal, dekat sini, bimbang dengan tahap keselamatan mereka apabila diancam tebing runtuh terutama sepanjang musim banjir pada penghujung tahun ini.

Biarpun benteng batu telah dibina di tebing tersebut namun ia tidak memberikan sebarang kesan kerana arus air yang deras setiap kali menjelang musim tersebut.

Seorang penduduk, Zabidah Mat, 66, berkata, kesan banjir tahun lalu turut menyebabkan tebing terus terhakis berikutan arus air yang deras malah bakul batu yang dibina turut mendap ditelan bumi.

Katanya, tahun ini kebimbangan yang sama menghantui mereka apabila runtuhan tebing menyebabkan jarak rumah mereka dengan laluan air semakin hampir.

"Nak pindahkan rumah ke kawasan yang lebih selamat, kami tidak berkemampuan apa lagi untuk membina benteng sendiri yang belum tentu kukuh untuk bertahan dengan arus deras musim banjir.

"Kami hanya mampu bertahan dan sentiasa berdoa agar tidak ditimpa musibah setiap kali menjelangnya musim banjir," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Tuan Ismail Tuan Merah, 63, berkata, sebelum ini beliau pernah mengeluarkan perbelanjaan sendiri berjumlah RM6,000 untuk membuat benteng bagi mengelakkan kediamannya runtuh dan dihayutkan arus sungai berkenaan.

Katanya, namun usaha tersebut sia-sia kerana arus deras telah meruntuhkan beteng tersebut pada tahun lalu.

"Keadaan sungai yang berliku menyebabkan arus deras menerjah tebing. Keadaan ini memang membimbangkan kami. Kami berterima kasih kepada pihak yang berwajib yang membantu menyelesaikan masalah ini. Apa yang kami boleh buat apabila keadaan yang sama sentiasa berulang.

"Hanya satu kaedah yang difikirkan boleh menyelesaikan masalah ini iaitu membangunkan semula struktur sungai menjadi lurus ke muara," katanya.

Abdul Rahman Zakaria, 59, pula berkata, penduduk terpaksa meletakkan guni pasir sebagai benteng sementara bagi mengelakkan hakisan dan kebanyakannya khuatir rumah mereka boleh hanyut pada bila-bila masa.

Tambahnya, rumah yang didiami keluarganya sejak 40 tahun lalu benar-benar terancam kerana hakisan berlaku hanya kira-kira 0.2 meter dari kediamannya terutama pada bahagian dapur.

"Penduduk keresahan setiap kali hujan lebat kerana ia menjadi punca utama arus deras yang menghakis tebing.

"Kami juga berasa tidak selamat untuk berada di dalam rumah sendiri," katanya.

Jalan pantai empat lorong siap 2018

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

KEMAMAN 17 Nov. - Kerajaan negeri akan memastikan jalan utama melalui pantai lebih 150 kilometer menghubungkan Kuala Terengganu - Kemaman dinaik taraf menjadi empat lorong sepenuhnya menjelang 2018.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja menaik taraf jalan bagi menampung pertambahan aliran trafik dan memberikan keselesaan kepada pengguna telah dilakukan secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, ia dimulakan dari Dungun hingga Kemaman yang menelan belanja sekitar RM80 juta dan akan diteruskan lagi dengan peruntukan kira-kira RM40 juta.

"Selepas sahaja jambatan Bukit Kuang di sini siap, menjelang Mac atau April tahun depan, tender akan dikeluarkan untuk projek naik taraf jalan bermula dari Bukit Kuang, Kijal hingga persimpangan lampu isyarat Bukit Anak Dara.

"Selain itu, kerja naik taraf sekarang sedang berjalan antaranya dari Bandar Baru Kijal hingga simpang Bandar Baru Kijal, dari simpang Bandar Baru Kijal ke Resort World Kijal (RWK) serta dari Mesra Mall hingga ke lampu isyarat Kemasik," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura peringkat Daerah Kemaman 2013 anjuran Pejabat Tanah dan Daerah di Stadium Mini, Kerteh, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman; Ketua Wanita Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Pegawai Daerah, Mohamad Kamil Othman dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu, Roshali Taha.

Ahmad berkata, sebaik sahaja projek menaik taraf jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu siap, fasa seterusnya akan bersambung pula dari Kuala Terengganu hingga ke Besut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat