Kosmo Online - Infiniti
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Infiniti |
Posted: Pusat cambah ilmu angkasaOleh HAFIZ AHMAD TAYANGAN filem baharu, We Are Astromers dipersembahkan sempena ulang tahun Planetarium Negara. KEDATANGANNYA di Planetarium Negara, Sabtu lalu bukan yang pertama kali. Kunjungan pertamanya ketika berumur 12 tahun iaitu kira-kira tiga tahun lalu atas dasar ingin mengetahui tentang selok-belok dunia sains, terutamanya mengenai angkasa lepas. Minatnya itu terus bercambah sehingga ke hari ini dengan mengikuti setiap perincian perkembangan sains angkasa di dalam atau luar negara. Bagi Musaddiq Azli Mubarak, 15, ruang pameran khusus untuk sains angkasa lepas itu memberikan pengajaran secara teori dan praktikal dalam bidang sains. "Banyak boleh dipelajari di sini sebagai contoh program angkasawan negara yang melahirkan angkasawan negara pertama kita. Selain itu, terdapat juga informasi-informasi berkaitan sains angkasa yang terdapat di Planetarium Negara," ujar pelajar Sekolah Tahfiz di Sentul, Kuala Lumpur itu ketika ditemui Infiniti di pusat tersebut baru-baru ini. Ditemani bapanya, Azli Mubarak Tahir dan ahli keluarga lain, dia turut menzahirkan kekaguman dengan teknologi yang terdapat di Planetarium Negara. Berukuran 11,148 meter persegi, bangunan berkubah biru itu jelas kelihatan kerana terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Tumpuan ++. Dibuka secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia memberi impak positif kepada perkembangan sains angkasa dalam kalangan masyarakat tempatan. Sehingga kini, ia telah menarik lebih lima juta pengunjung dari dalam dan luar negara. Ia menjadi tumpuan pelancong asing sehingga menjadi lokasi utama dalam senarai lawatan mereka di Malaysia. Bagi warga tempatan, ia merupakan salah satu aktiviti riadah yang bermanfaat kepada anak-anak muda. "Anak-anak sangat suka berada di sini kerana selain ruang pameran yang menarik, Planetarium Negara turut menyediakan aktiviti interaktif kepada pengunjung," ujar Azli. Kunjungan kali kedua Azli dan keluarga adalah kerana ajakan oleh anak sulungnya, Musaddiq yang menunjukkan minat dalam bidang sains angkasa. "Sekurang-kurangnya, mereka dapat belajar sesuatu selepas berada seharian di sini," tambahnya yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta. Pengetahuan
Bagi Rozila Rafie, seorang guru di Kolej Matrikulasi Selangor, kewujudan Planetarium Negara telah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai isu-isu berkaitan angkasa lepas. "Jika dibandingkan sebelum penubuhan pusat ini, ramai yang kurang jelas mengenai subjek angkasa. Malah, ramai yang kurang memberikan tumpuan kepada angkasa lepas," ujarnya yang datang bersama sekumpulan rakan kolejnya. Tambahnya, pusat pendidikan tersebut membuatkan minat pelajar semakin bertambah dan mula menunjukkan kecenderungan kepada bidang sains angkasa. "Pembelajaran teori di dalam kelas dapat diselarikan dengan pameran yang terdapat di Planetarium Negara," ujarnya. Rozila berkata, Kolej Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting, aktif dalam menghadiri dan menyertai program-program yang dijalankan oleh Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa). "Malah, penubuhan Pusat Angkasa Negara di Banting turut memberikan impak positif bukan sahaja kepada pelajar, malah ekonomi penduduk setempat juga berkembang dengan baik," ujar Rozila. Pusat Angkasa Negara di Banting, Selangor siap dibina pada tahun 2005 yang menempatkan Pusat Kawalan Misi (MOC) satelit RazakSAT-1. Pada masa akan datang, ia akan menempatkan RazakSAT-2 dan Makmal Ujian Optik bagi menjalankan pengujian optikal ke atas satelit RazakSAT-1 atau sebarang komponen optikal satelit pada masa akan datang. Kesedaran Sejak ditubuhkan, Planetarium Negara berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti kesedaran kepada masyarakat, malah mengadakan jalinan kerjasama dengan beberapa negara dalam bidang sains dan teknologi angkasa. Pada tahun 2007, Planetarium Negara dan Jepun menjalankan program-program pendidikan Eksperimen Sains Mikrograviti susulan daripada kejayaan Program Angkasawan Negara. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Try Zero G, Space Seed, Parabolic Flight dan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Asia Pasifik. Selain itu, pusat tersebut menjadi rujukan program-program pendidikan angkasa kepada negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bercakap mengenai senarai panjang kejayaan 20 tahun Planetarium Negara, tidak lengkap jika tidak melibatkan sejarah yang dicatatkan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Menerusi program Angkasawan Negara yang diadakan pada tahun 2007, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama berada di ruang angkasa lepas. Mengimbas detik bersejarah itu, program bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tersebut telah mendapat penyertaan sebanyak 11,267 orang. Selepas melalui pelbagai cabaran fizikal dan mental, Dr. Sheikh Musza- phar akhirnya dipilih untuk menyertai misi angkasa itu. Beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan tepat pukul 7.21 malam (9.21 malam waktu Malaysia). Pada masa sama, beliau menjalankan kajian mengenai perkembangan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan. "Tidak dinafikan ia telah mengubah hidup saya kerana berada di ruang angkasa menjadi impian kepada semua orang," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini. Dia menambah, kejayaan program tersebut telah membuka minda masyarakat, khususnya kanak-kanak untuk mendalami bidang sains. ANTARA kumpulan pelajar yang meminati bidang sains dan teknologi angkasa berkunjung ke Planetarium Negara baru-baru ini. Inspirasi "Kejayaan program angkasawan negara telah memberi inspirasi kepada generasi muda. Jika mereka mempunyai cita-cita untuk menjadi seperti saya, kejarlah impian tersebut sehingga tercapai. Saya juga seperti mereka, maka tiada halangan untuk mencapai impian tersebut," katanya. Sheikh Muszaphar berkata, negara perlu memberi perhatian serius dalam bidang sains dan teknologi kerana ia memberi manfaat dalam jangka masa yang panjang. "Seluruh dunia berlumba-lumba untuk menguasai sains dan teknologi kerana melalui bidang tersebut, sesebuah negara akan lebih maju," jelasnya. Melalui Planetarium Negara juga telah mewujudkan program Mikrosatelit negara TiungSAT pada September 2000. Ia dilancarkan ke ruang angkasa lepas dari Baikanor, Kazakhstan. Satelit itu membawa tiga misi iaitu pencerapan bumi, uji kaji saintifik Cosmic-Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan juga aplikasi komunikasi. Satelit ketiga negara kini sedang dalam rangka pembinaan yang dinamakan RazakSAT-2. Dalam usia dua dekad itu, Planetarium Negara terus kukuh sebagai pusat pengumpulan maklumat mengenai angkasa lepas. Penubuhan Pusat Angkasa Negara di Banting dan Pusat Observatori Langkawi (ONL) di Langkawi, Kedah bakal merancakkan lagi perkembangan bidang sains angkasa dalam negara. | |
Program mantapkan Planetarium Negara Posted: Program mantapkan Planetarium NegaraDR. SHEIKH MUSZAPHAR berharap generasi muda mendalami menimba ilmu sains, sekali gus mengubah Malaysia ke arah negara maju. PERANCANGAN awal negara untuk menceburi bidang angkasa dimulakan sejak tahun 1989. Ia dilakukan untuk melonjakkan kedudukan Malaysia yang sedang membangun dan sebagai persediaan kepada pembentukan sebuah negara maju. Inisiatif itu diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pada masa sama memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bidang sains negara. Sehingga kini, Planetarium Negara terus memacu bidang sains angkasa dengan peningkatan mutu dan kualiti program agar terus selari dengan perkembangan semasa. Menurut Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad, beberapa rancangan telah dirangka untuk memantapkan program di Planetarium Negara. "Antaranya, menjalankan kerjasama dengan pihak Persatuan-Persatuan Astronomi Malaysia selain mengadakan bengkel-bengkel dan program-program pendidikan sains dan teknologi angkasa secara terbuka kepada orang ramai. "Pada masa sama, pihak Angkasa akan terus giat menerbitkan artikel-artikel berkenaan sains dan teknologi angkasa di media massa," ujarnya. Beliau menambah, program-program yang dianjurkan oleh Planetarium Negara telah menarik para pengunjung luar dan dalam negara. Sehubungan dengan sambutan ulang tahun kali ke-20, Planetarium Negara menganjurkan program Malaysia Space Odysses: 20th Years with National Planetarium bagi memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah dan kejayaan pusat maklumat angkasa lepas itu. Orang ramai turut berpeluang untuk menyaksikan tayangan baharu, We Are Astromers di skrin berbentuk kubah yang telah dipertingkatkan dengan Full Dome Digital Immersive System (FDS). Ia memberikan imej digital keseluruhan skrin dengan hanya menggunakan sebuah komputer. Ia boleh disaksikan dengan bayaran RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia. Pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM12 (dewasa) dan RM8 (kanak-kanak).ns angkasa dalam negara. | |
Posted: Ragam krisis air SelangorOleh NADIA SHAIFUL BAHARI AKIBAT kehausan, pekerja kontraktor ini terpaksa meneguk air dari Tasik Bukit Tadom setelah keletihan seharian memasang kabel elektrik bawah tanah di Kampung Labohan Dagang, Kuala Langat. KEADAAN tangga di Flat Taman Setia Balakong, Selangor dibasahi air yang tertumpah dari baldi milik penduduk. Walaupun setiap baldi yang dipenuhi air dibawa dengan cermat ke kediaman masing-masing, air tetap tertumpah ke atas tangga. Selain mendaki anak tangga satu persatu, ada yang mengambil inisiatif dengan mengangkat air menggunakan tali untuk ditarik ke rumah mereka. Kelihatan aksi tersebut seakan-akan sedang menimba air dari perigi. Dalam pada itu, beberapa wanita dilihat menyorong troli yang diisi bekas-bekas air. Bekalan air itu disediakan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bagi memenuhi permintaan penduduk yang terjejas akibat krisis air sejak sebulan lalu. WARGA emas, Kalsom Daud, 75, (kanan) terpaksa menggunakan kudrat yang ada bagi mengambil air yang disediakan oleh pihak Syabas. Penstrukturan semula Bagaimanapun, dengan termeterainya persetujuan dalam memorandum persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor pada minggu lalu, rakyat yang sekian lama dihimpit krisis tersebut sedikit sebanyak sudah boleh menghela nafas lega. MoU tersebut menandakan kata sepakat yang selama ini ditunggu-tunggu daripada Kerajaan Negeri Selangor akhirnya diperoleh, sekali gus merungkai kemelut pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang berlarutan sejak enam tahun lalu. Berita menggembirakan itu disambut baik oleh penduduk Selangor biarpun projek pembinaan berkenaan dijangka siap dibina dalam tempoh lebih tiga tahun lagi. Bukannya mahu bersikap menambah garam pada luka, namun kesulitan yang dihadapi rakyat selama ini wajar dipaparkan kembali sebagai peringatan pada masa hadapan. Seorang suri rumah, Norhayati Kamaruddin, 29, berkata, Langat 2 sepatutnya dibina sejak tahun 2010 lagi. Tambahnya, apabila berlaku krisis air yang dihadapi sekarang, baru semua pihak membuka mata terhadap penderitaan rakyat. Akhbar Utusan Malaysia pada 22 Februari lalu melaporkan, rata-rata penduduk Pangsapuri Kasawari di Seri Kembangan, Selangor sudah tidak mampu bertahan menanggung derita keputusan bekalan air paip. Taman Impian Ehsan merupakan kawasan yang menerima bekalan air Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang masih ditutup ekoran pencemaran ammonia di Sungai Langat dan paling teruk terjejas. PROSES pembenihan awan terpaksa ditangguh akibat atmosfera yang tidak sesuai untuk menghasilkan hujan. Dalam pada itu, sebuah akhbar tempatan pada Jumaat lalu melaporkan, seorang wanita, Holifah Siman, 30, melewati episod duka dalam hidupnya apabila disahkan keguguran selepas mengangkat air ke rumahnya. Kejadian tersebut berlaku pada 23 Februari lalu selepas wanita berkenaan dan beberapa penduduk lain di Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor terpaksa mengangkat air ke rumah masing-masing ekoran krisis air berpanjangan. Holifah yang hamil anak kembar berusia tiga bulan dikatakan hampir tiba di pintu rumahnya di tingkat tiga apabila menyedari darah mengalir di kakinya. "Saya bergegas ke klinik berdekatan dan doktor mengesahkan bahawa bayi kembar yang dikandung sudah tiada," luahnya yang menetap di Apartment Rakyat di taman tersebut. Dobi Usaha untuk mendapatkan bekalan air memaksa penduduk menggadai masa dan tenaga, lantas air yang ada digunakan sebaik mungkin. Bagi mereka yang mampu mengeluarkan belanja lebih, perkhidmatan dobi menjadi pilihan untuk mencuci pakaian. Sedikit sebanyak, tindakan tersebut membuatkan kos sara diri penduduk turut meningkat. Sebagai langkah penjimatan, penduduk disaran menggunakan dobi layan diri berbanding dobi biasa. Penyelesaian sementara terhadap krisis air dan masalah cuaca panas berpanjangan ternyata perlu dibayar pada harga mahal. Begitu, kaedah pembenihan awan yang melibatkan kos mencecah ratusan ribu ringgit belum tentu menjanjikan krisis tersebut dapat diselesaikan segera. Terdapat beberapa faktor sampingan perlu diambil perhatian sebelum meneruskan operasi pembenihan awan supaya usaha tersebut tidak menjadi sia-sia. Operasi yang sepatutnya berlangsung minggu lalu terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan atmosfera yang kurang sesuai dan tiada awan towering cumulus (kumulus menjulang) yang sesuai untuk menghasilkan hujan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Infiniti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |