Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
Ular masuk rumah di musim panas Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN NAZILI Mahmood (empat dari kanan) bersama Mohd. Sharkar Shamsuddin (lima dari kanan) dan Hashnuddin Hussin (lima dari kiri) memegang ular tedung selar yang berjaya ditangkap oleh pasukan bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN TEMERLOH 14 Mac - Ancaman daripada haiwan liar khususnya ular berbisa yang memasuki kediaman penduduk di negeri ini menunjukkan peningkatan apabila jumlah kes tangkapan ular pada tahun lalu meningkat kepada 430 kes berbanding 364 kes pada tahun sebelumnya. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Nazili Mahmood berkata, peningkatan sebanyak 28 peratus itu disebabkan keadaan habitat haiwan berkenaan yang terganggu akibat penerokaan hutan sekali gus menyebabkan haiwan berbisa ini mencari tempat perlindungan baharu. Cuaca panas ketika ini juga menyebabkan ular mencari kawasan yang sejuk. Sebanyak 111 panggilan untuk tangkapan ular diterima setakat bulan Februari ini sahaja. Untuk itu orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi pihak bomba sekiranya ada ular memasuki rumah dan jangan mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis bomba bersama masyarakat di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin. Tambahnya, faktor kediaman penduduk yang tidak bersih dan bersemak juga menggalakkan reptilia berbisa ini memasuki kawasan rumah mereka. Beliau memberitahu, antara ular berbisa yang sering memasuki rumah termasuk ular kapak, ular senduk dan ular tedung selar yang boleh mengancam nyawa. Dalam pada itu kata beliau, pihaknya sentiasa bersedia menangani ancaman daripada haiwan berbisa seperti ular dan mempunyai anggota yang berkemahiran selain dilengkapi pelbagai peralatan. Katanya, setakat ini kes-kes tangkapan ular dapat ditangani dengan baik dan tiada kes kritikal akibat patukan ular berbisa dalam kalangan anggota dilaporkan. Sementara itu katanya, selain menangani ancaman ular berbisa, pihak bomba juga membantu penduduk menangani ancaman serangga berbisa lain seperti tebuan dan lebah. Beliau berkata, sebanyak 596 panggilan melibatkan ancaman lebah dan tebuan diterima pada tahun lalu manakala sebanyak 552 panggilan yang sama diterima pada tahun sebelumnya. |
Penerokaan tanah: Kerajaan bertindak tegas Posted: 14 Mar 2014 11:16 AM PDT MARAN 14 Mac - Kerajaan negeri mengarahkan penguat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah bertindak tegas terhadap aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara bersindiket bagi mengaut keuntungan mudah. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, individu atau kumpulan terbabit dikesan meneroka kawasan hutan milik kerajaan di setiap daerah bagi tujuan komersial. Tegasnya, kerajaan negeri sangat memandang serius kegiatan tersebut dan tidak akan berdiam diri dengan mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah menyiasat dan bertindak ke atas mereka yang terbabit. Kerajaan negeri tidak lagi berkompromi dan akan membanteras aktiviti sindiket ini kerana jelas kumpulan ini tidak mempedulikan undang-undang malah dalam jangka panjang boleh menjejaskan hasil kerajaan negeri akibat berlaku ketirisan cukai tanah. Mereka yang terbabit akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sebagai pengajaran kepada orang lain agar mereka tidak tamak haloba dengan meneroka khazanah alam itu sesuka hati. Namun demikian, penerokaan tanah secara haram negeri ini masih terkawal dan pihak penguat kuasa akan terus bertindak dari semasa ke semasa demi menjaga kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sentol dekat sini kelmarin. Yang turut hadir Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; ADUN Chenor, Mohamed Aripin Awang Ismail; ADUN Luit, Norhidayah Mohd. Shahaimi serta Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh. Adnan berkata, negeri ini kini sudah kekurangan tanah berikutan banyak ladang sawit dan getah dibuka manakala tanah yang adapun adalah kawasan rezab tadahan air, hutan simpan dan sebagainya. Tegasnya, jika aktiviti penerokaan tanah berterusan tanpa kawalan, negeri ini akan mengalami kehabisan tanah untuk dibangunkan dengan projek pembangunan untuk rakyat terbanyak. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |