Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
- MB gembira pencapaian MTNP
- Ingin ubah nasib keluarga jadi pendorong 3 pelajar Orang Asli
- Sampah punca longkang tersumbat
Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT Oleh ZAMZURINA AHMAD Adnan Yaakob menandatangan plak sebagai tanda merasmikan Sukan Gema Putera sambil diperhatikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail (kanan) dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PBNP), Datuk Lias Mohd. Noor (tengah) di Kompleks Teruntum, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN KUANTAN 20 Mac - Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) muncul sekolah terbaik di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan hari ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.45. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keputusan tersebut mengatasi pencapaian sekolah terbaik di bawah kementerian di negeri ini iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Pekan yang mencatat GPS 1.84. "Disebabkan MTNP merupakan sekolah projek khas kerajaan negeri di bawah Yayasan Pahang ia tidak dimasukkan dalam senarai tersebut. "Namun, pencapaian tersebut amat membanggakan dan ia bukan kali pertama yang diraih oleh MTNP," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sukan Gemaputera di Kompleks Teruntum di sini hari ini. Seramai 34 orang pelajar MTNP menduduki peperiksaan dan lulus 100 peratus dengan lima daripadanya memperolehi keputusan cemerlang. Menurut Adnan, kejayaan tersebut menggambarkan bahawa jika semua pihak komited dan bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil. "Dengan disiplin yang tinggi, kesungguhan dan komitmen semua pihak pasti akan mencapai kecemerlangan," jelasnya. |
Ingin ubah nasib keluarga jadi pendorong 3 pelajar Orang Asli Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT ROMPIN 20 Mac - Ingin mengubah nasib keluarga menjadi pendorong kepada tiga pelajar Orang Asli suku Jakun dari daerah Rompin dan Pekan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. Lebih membanggakan lagi, ketiga-tiga mereka yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin turut diumumkan sebagai calon cemerlang Orang Asli SPM negeri Pahang. Mereka ialah Tan Bee Hui a/p Tan Boon Huat, 19, dari Taman Pantai Indah di sini dan Nurul Afida Nasrun, 18, dari Kampung Kemendul di sini dan Tey Chin Ee, 18, dari Kampung Api Larat, Pekan. Tan Bee Hui memperoleh 8A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi manakala Fizik dan Bahasa Cina mendapat B. Nurul Afida pula mendapat 7A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi dan Ekonomi Asas manakala Bahasa Inggeris mendapat D. Sementara itu, Chin Ee mendapat 6A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Sains dan Geografi manakala Bahasa Inggeris dan Ekonomi Asas mendapat B. Tan Bee Hui ketika ditemui berkata, fokus dalam kelas dan sentiasa mengikut jadual belajar yang dibuat sendiri merupakan resipi kejayaannya. "Ketika cikgu mengajar pula saya sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dan apa sahaja kerja sekolah yang diberikan saya akan siapkan," katanya yang merupakan anak seorang mekanik. Tambahnya, di dalam kelas pula dia sering bertanya soalan kepada cikgu jika tidak faham sesuatu yang diajar itu. Sementara itu, Nurul Afida berkata, dia jarang ke kelas tambahan sebaliknya mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang dibuat sendiri. "Ibu bapa saya amat pentingkan pendidikan anak-anak sejak dari kecil lagi kerana tidak mahu kami mengulangi kehidupan mereka pada masa kini. "Mereka mahu saya mendapat kerja yang bagus-bagus di luar sana," katanya yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik. Bagi Chin Ee, rajin, usaha dan semangat untuk berjaya antara resipi kejayaanya yang diamalnya selama ini. "Siapa kata anak Orang Asli tidak boleh berjaya. Kalau kita yakin dengan kebolehan diri dan berusaha bersungguh-sungguh pasti berjaya," katanya. Anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata, apa yang penting adalah jangan ponteng sekolah dan tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas. "Saya pada mulanya tidak meminati Matematik tetapi ibu saya pernah berpesan supaya dapat A dalam mata pelajaran itu dan akhirnya saya berjaya," katanya. |
Sampah punca longkang tersumbat Posted: 20 Mar 2014 11:21 AM PDT BERA 20 Mac - Masalah longkang tersumbat serta bau busuk yang dialami peniaga di bandar Triang di sini mendapat perhatian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (PPSPPA) daerah dan Alam Flora. Pengurus Cawangan PPSPPA Bera, Mohd. Khairuddin Makmun berkata, pihaknya telah pun melakukan pembersihan segera setelah menerima aduan tentang permasalahan tersebut oleh peniaga di kawasan berkenaan. "Berdasarkan pembersihan yang dijalankan, kita mendapati longkang tersumbat yang berlaku di situ berpunca daripada sampah sarap seperti plastik, tisu, kertas dan puntung rokok yang dibuang ke longkang di situ. "Keadaan itu menyukarkan pengaliran air sempurna lebih-lebih lagi apabila sisa makanan dari hotel berdekatan turut dibuang ke longkang itu," katanya di sini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |