{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Yossibnosh Balo calon BN

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG dan FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin dan Adenan Satem (tiga dari kiri) bersama para pemimpin Barisan Nasional mengangkat tangan Yossibnosh Balo (tiga dari kanan) selepas pengumuman calon BN itu di Mukah, Sarawak, semalam. - MINGGUAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

MUKAH 15 Mac - Barisan Nasional (BN) memilih bekas Pegawai Daerah Dalat, Yossibnosh Balo sebagai calon untuk mewakili parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan pada majlis pengumuman khas calon pilihan BN bertanding di DUN Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, Yossibnosh, 48, dipilih mewakili BN bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kerana beliau merupakan calon terbaik berdasarkan kepada kelayakan dimiliki.

Kata beliau, jawatan terakhir calon itu sebagai Pegawai Daerah Dalat yang sangat rapat dengan rakyat Balingian iaitu daerah terletak bersebelahan dengan Dalat.

"Atas pertimbangan yang dibuat oleh Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas diperakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, maka saya mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa calon BN bagi PRK N51 Balingian ialah Yossibnosh Balo.

"Beliau orang yang layak (wakili BN) dan beliau mampu mewakili rakyat di Balingian. BN percaya di atas kemampuan dan sifat beliau yang begitu baik hati, banyak pengalaman, pemurah dan peramah.

"Saya fikir inilah calon terbaik yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan saya mendoakan beliau mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ini," katanya.

Yang turut hadir, Adenan yang juga merangkap Pengerusi BN negeri, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen BN negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan PRK Balingian diadakan pada 17 Mac ini, manakala hari pengundian pada 29 Mac ini.

Seramai 13,366 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK Balingian iaitu 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal.

Kerusi DUN Balingian yang disandang Abdul Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan Ketua Menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri pada 28 Februari lalu.

Dalam pilihan raya negeri 2011, Abdul Taib yang bertanding di kerusi itu dalam persaingan tiga penjuru menewaskan Suriati Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154 undi.

Yossibnosh merupakan anak jati Mukah berasal dari Kampung Tellian Tengah, berbangsa Melanau, beragama Kristian dan amat dikenali masyarakat setempat.

Mengulas mengenai latar belakang Yossibnosh, Muhyiddin memberitahu, bakal calon BN itu baru sahaja meletak jawatan sebagai Pegawai Daerah Dalat, sudah berumahtangga dan mempunyai tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.

Beliau berkata, Yossibnosh merupakan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1991 di cawangan Telian Tengah.

"Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentabdiran Awam dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia (UUM), mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers di Mukah dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Binatang di Bintangor.

"Beliau pernah menjadi guru sandaran terlatih di SMK Three Rivers pada 1996, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Simunjan, pegawai tadbir di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Bau serta Pegawai Daerah Dalat sehingga meletak jawatan," katanya.

Mengenai sokongan terhadap Yossibnosh, Muhyiddin berkata, beliau yakin dalam kalangan 13,366 pengundi di Balingian akan memberi sokongan kerana mahu melihat pembangunan yang dikecapi semasa pemerintahan Abdul Taib dapat diteruskan.

Jangan terpedaya modal perkauman

Posted: 15 Mar 2014 11:14 AM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM/pix
sofian.baharom@utusan.com.my

MOHD. Shafie Apdal menghulurkan kuih kepada penduduk Kampung Sungai Balak semasa sesi santai bersama pemimpin Barisan Nasional di Kampung Sungai Balak, Kajang, Selangor semalam. - MINGGUAN/ SAIFUL BAHARI ASHARI

HULU LANGAT 15 Mac - Para pengundi Kajang diminta tidak terpedaya dengan modal perkauman yang dibawa pembangkang terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun pada siri ceramah anjuran pakatan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan ketika ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan sentimen perkauman yang menebal oleh pembangkang itu menyasarkan penduduk berbangsa Melayu di kawasan kampung dengan mendesak mereka tidak mengundi Mei Fun hanya kerana Naib Presiden MCA itu berbangsa Cina.

Katanya, apa yang menghairankan, modal perkauman seumpama itu tidak berlaku pada pilihan raya umum tahun lalu yang menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon Cina, Lee Chin Cheh di kawasan tersebut.

"Memang terdapat usaha-usaha mereka memainkan sentimen perkauman yang mendesak penduduk kampung tidak mengundi Mei Fun kerana beliau berbangsa Cina. Saya sudah masuk ke kampung-kampung dan mengetahui tentang usaha ini.

"Mereka di ceramah mereka kata; 'Jangan undi Mei Fun, dia orang Cina, Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) kita undi, dia Melayu. Apa ini? Dahulu masa PKR meletakkan Chin Cheh, tiada pula usaha sebegini," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas bertemu pengundi Kajang di Kampung Sungai Balak, Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Balak, Ir. Ahzan Saad.

Terdahulu ketika berucap, Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyarankan pengundi Kajang untuk tidak mengukur sesebuah pihak dari segi kelantangan mereka memberi ucapan semata-mata tetapi melihat tindakan yang diambilnya.

Katanya, ceramah yang dianjurkan pembangkang memang 'sedap' didengari namun tiada pelaksanaan ke atas apa yang diperkatakan mereka itu misalnya di Kelantan yang menyaksikan kerajaan negeri terus bergantung kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan.

"Jangan kata di Kelantan, di Selangor juga mendapat peruntukan. Kita bukan mengungkit tetapi mahu menegaskan bahawa BN sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat, kita kerajaan yang menjaga dan membela rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa sudah tiba masanya rakyat menolak individu seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sudah-sudah memecahbelahkan rakyat negara ini demi agenda peribadinya semata-mata.

"Ayuh, kita turun pertahankan hak kita sebagai rakyat yang tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang 23 Mac ini dengan menyokong BN," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat