{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ambil serius teguran sultan

Posted: 04 Mar 2014 11:08 AM PST

Oleh ZAAIN ZIN
utusankelantan@utusan.com.my

MUSTAPA MOHAMED

KOTA BHARU 4 Mac - Semua pihak diseru supaya memandang serius peringatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tentang budaya penyebaran fitnah menerusi internet serta perbuatan menyentuh sensitiviti agama.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jika dibiarkan, perkara tersebut dikhuatiri menimbulkan pergeseran dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum serta agama.

"Ini satu peringatan penting yang perlu diambil perhatian. Dalam kita berpolitik, sudah pasti kita berbeza pandangan, namun apa juga pandangan, hendaklah berdasarkan fakta.

"Bahan-bahan dalam internet pula tidak semestinya berasaskan fakta memandangkan ada yang diputar belit semata-mata untuk memenuhi selera pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V menggesa rakyat supaya terus bertoleransi dalam melaksanakan ajaran agama masing-masing, di samping tidak menyentuh sensitiviti atau mencampuri urusan dan amalan agama lain.

Baginda turut melahirkan rasa dukacita apabila ledakan teknologi maklumat menerusi internet terutama media baharu disalahguna segelintir pihak untuk menyebar fitnah dan memutar belit fakta sebenar sehingga mengelirukan rakyat.

Sementara itu, mengulas permintaan Sultan Muhammad V supaya kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan Kelantan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak sebenarnya telah terjalin sebelum ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan titah sultan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

"Titah tuanku kita akan usahakan sebaik mungkin. Jika ada keikhlasan dan berterusan, kerjasama kedua-dua pihak ini sudah tentu membawa banyak faedah kepada rakyat," katanya.

MAIK agih 500 bakul kelengkapan bayi

Posted: 04 Mar 2014 11:08 AM PST

Tengku Muhammad Fa-iz Petra menyampaikan bakul kelengkapan bayi kepada seorang asnaf pada Majlis Pengurniaan Bakul Bayi di Kota Bharu, kelmarin.- UTUSAN/Asma Hanim Mahmood

KOTA BHARU 4 Mac. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyerahkan 500 bakul berisi kelengkapan bayi bernilai RM250,000 kepada ibu golongan asnaf sepanjang tahun ini.

Penasihat Khas Yang Dipertua MAIK, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata, inisiatif julung kali diadakan itu adalah cetusan idea Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bagi meringankan beban fakir miskin.

Beliau berkata, program perintis akan dimulakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) melibatkan 100 penerima yang akan dipilih sendiri oleh pihak hospital berkenaan.

"Setiap bakul bernilai RM500 ini dilengkapi barangan keperluan asas bayi seperti selimut, lampin, barangan penjagaan diri, ubat-ubatan serta buku panduan kesihatan dan doa-doa terpilih.

"Program ini merupakan salah satu daripada program kesihatan MAIK untuk golongan asnaf dan harapan kita dapat mengurangkan kadar kematian bayi.

"Dalam masa sama ia dapat membantu merancakkan perusahaan kraf tempatan yang menghasilkan bakul-bakul rotan termasuk yang dibuat golongan asnaf sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Bakul Bayi oleh Tengku Mahkota Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK di HRPZ II di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat; Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir; Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin dan Timbalan Pengarah HRPZ II, Dr. Selasawati Ghazali.

Sementara itu, seorang penerima, Rizawati Mohd. Sakin, 40, berkata, pemberian bakul itu sangat dihargai bagi membantunya menjaga bayi kembar perempuan dan lelaki.

Rizawati yang berasal dari Rantau Panjang berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan purata RM500 sebulan.

"Saya bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan MAIK dan berharap program ini dapat dinikmati oleh ramai lagi ibu-ibu lain.

"Sumbangan ini amat membantu saya serta suami untuk memastikan anak ketujuh dan kelapan kami mendapat barangan keperluan yang secukupnya," katanya.

Seorang lagi penerima, Wan Norma Wan Idris, 38, pula berkata, ini adalah kali pertama dia dapat menyediakan kelengkapan bayi yang sangat sempurna untuk anak yang dilahirkannya.

Anggota terbaharu dalam keluarganya itu iaitu Siti Nornajihah Mohd. Nor adalah anak yang kesepuluh bagi pasangan suri rumah dan buruh itu.

"Biasanya saya hanya mengguna semula baju dan lampin lama untuk digunakan bayi yang baru lahir, kali ini dapat semuanya kelengkapan baru termasuk ubat-ubatan," katanya.

Kaji semula projek tambak sungai

Posted: 04 Mar 2014 11:08 AM PST

KUALA TERENGGANU 4 Mac - Pas menggesa kerajaan negeri mengkaji semula projek penambakan Sungai Terengganu berdekatan muara sungai itu kerana menjejaskan banyak pihak termasuk industri pembuatan bot tradisi, aktiviti bot penambang dan pelancong.

Malah, mereka mendakwa projek tersebut bakal menyebabkan berlakunya banjir sehingga mengancam keselamatan penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kerajaan sewajarnya memberi perhatian serius masalah itu demi kepentingan semua pihak dan bukannya melaksanakan pembangunan sehingga mengundang malapetaka dan menjejaskan pendapatan rakyat.

Beliau berkata, Sungai Terengganu perlu dipelihara dengan baik sesuai dengan nama Bandar Raya Warisan Pesisir Air yang telah diisytiharkan pada 2004 sehingga sekarang.

Menurutnya, pembinaan projek penambakan seumpama itu telah menjejaskan warisan maritim di kawasan tersebut terutamanya pembuat bot tradisional terkenal di seluruh dunia.

"Di kawasan ini banyak pengusaha bot-bot tradisional yang menjadi ikon antarabangsa. Projek tambak ini bukan sahaja menjejaskan sungai itu sendiri, malah industri bot atau kapal akan hilang dan pupus," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat