{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda Bukit jalor - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda Bukit jalor - Google Blog Search


Gemencheh

Posted: 30 Mar 2011 06:47 AM PDT

Pekan Gemencheh terletak di antara Tampin dan Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia. Kampung Gemencheh terletak berhampiran dengan Sungai Gemencheh, dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan. Bagi penduduk asal, Pekan Gemencheh dipanggil 'Simpang' kerana terdapatnya tiga simpang menghubungkan Tampin, Gemas & Gemencheh Lama. Terdapat tiga pekan-pekan kecil di Gemencheh iaitu Pekan Gemencheh Baru, Pekan Gemencheh Lama, Pekan Gedok dan Pekan Air Kuning. Kedudukan pada latitud 2.5333 dan longitud 102.4000, 60 meter dari aras laut.


Perang Dunia Kedua

Jambatan Gemencheh
Semasa Perang Dunia Kedua, Jambatan Gemencheh menjadi lokasi pertempuran hebat antara tentera Jepun yang hendak ke selatan menuju Johor dan Singapura. Di jambatan inilah, pasukan tentera Australia 8 Division dan Batalion 2/30 menyerang hendap tentera Jepun. Tujuannya agar perjalanan tentera Jepun dapat diperlahankan sebelum sampai ke Singapura. Tentera Australia di bawah pimpinan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan bersiap sedia pada pagi 14 Januari 1942 meletupkan jambatan tersebut di bawah operasi musnah semua infrastuktur yang mungkin dilalui oleh tentera Jepun. Sebuah tugu peringatan bagi mengenang peristiwa tersebut telah dibina oleh bekas tentera Australia di jambatan itu.
[sunting]Pembunuhan Datuk Mohamad Taha Talib
Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan. Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung), Nordin Johan (33 tahun - peniaga), Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, PJK) dan Aziz Tumpuk.
Selepas perbicaraan selama 75 hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hakim Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun) kepada Datuk Mokhtar Hashim.
[sunting]Nama-Nama Ternama / Ulama Besar
Dato Mohamad Taha bin Talib - Mantan ADUN Gemencheh
Doto Waad bin Haji Mansur - Mantan ADUN Gemencheh
Tuan Haji Ahmad Maarof - Bekas Khadi dan Ulamak Gemencheh
Pawang Rahman - Pawang Gemencheh
[sunting]Empangan Gemencheh

Empangan Gemencheh dibina di hulu Sungai Gemencheh dalam Rancangan Malaysia Keempat. Empangan Gemencheh dibina bagi mengatasi masalah bekalan air yang cukup serius di Melaka pada tahun 1991. Loji Rawatan Air Gemencheh dibina bagi membersihkan air sebelum disalurkan kepada para pengguna.

Kampung-kampung tradisional

Antara kampung yang terhampir di sini ialah Kampung Ayer Hati, Kampung Pulau, Gemencheh Lama, Kampung Tanjung Melintang, Kampung Baru Gedok, Kampung Gedok, Kampung Tengah, Kampung Jelawai,Kampung Air Rawa, Kampung Sungai Kepong, Kg. Baru Sg. Kepong, Kampung Sungai Jernih (Kulu), Kampung Sungai Salah [ Kg. Sg Kepong, Kg. Sg Jernih & Kg. Sg Salah dikenali juga sebagai 'KULU'], Kampung Seri Asahan, Kampung Jelawai, Kampung Tanjung Melintang, Batang Melaka dan Kampung Punggor. Sebuah bandar baru telah didirikan iaitu Pusat Komersil Gemencheh (PKG).

Taman perumahan
Taman Asahan Jaya
Taman Sri Gemencheh
Taman Impian, Gemencheh Lama
Taman Dato' Mohd Taha
Taman Bukit Gemencheh, Gemencheh Baru
Taman Regent (IOI)
Taman YU YI, Gemencheh Lama
Taman Sentosa
Taman Okid
Taman Muhibbah, Gemencheh 2
Taman Gemencheh Heights,
Rumah Rakyat Gemencheh 2
Rumah Rakyat Kg. Tengah
Rumah Rakyat Gemencheh Lama
Rumah Rakyat Batang Rokan
Taman Sri Intan
Taman Gembira
Taman Merak

Demografi

Bumiputra Melayu
Cina
India
Masyarakat Melayu masih mengamalkan Adat Perpatih. Gemencheh termasuk di dalam kawasan pentadbiran adat perpatih di bawah pentadbiran Undang Johol, Masakan tradisional Gemencheh yang terkenal adalah masakan rendang maman dan masakan kari kambing. Kebanyakan kebun-kebun sayur maman banyak ditanam di kawasan kampung.

Jabatan Kerajaan / Swasta / Bank

Balai POLIS Gemencheh
Pondok POLIS Gedok, Gemencheh
Pusat Kesihatan Gemencheh
Pejabat RISDA Stesen (PRS), Gemencheh
POS Malaysia BHD, Gemencheh
Loji Rawatan Air Gemencheh, JBA NS
FELDA Bukit Rokan, Gemencheh
FELDA Bukit Rokan(Utara), Gemencheh
FELDA Bukit Rokan(Barat), Gemencheh
FELDA Bukit Jalor, A/Kuning(Selatan), Gemencheh
FELCRA Ulu Rokan, Gemencheh
Stesen KTMB, Batang Melaka
Pejabat Pertanian Asahan, Gemencheh
LPP Kawasan (Tanggamas)
FAMA Gemencheh
Pusat Pengumpulan Hasil(PPH) RISDA, Kg. Tengah
Jabatan Perhutanan
Pejabat KEMAS Gemencheh
Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Majlis Daerah Tampin (MDT), Caw. Gemencheh
TM Caw. Gemencheh
TNB Caw. Gemencheh
Maybank, Gemencheh
Bank Simpanan Nasional (BSN)
AR-RAHNU YaPEIM-Pajak Gadai Islam, Caw. Gemencheh
Stesen Minyak PETRONAS, Gemencheh
Stesen Minyak SHELL, Gemencheh
Stesen Minyak MOBIL, Gemencheh
Supermerket Pujaan Stor Sdn. Bhd.
Pasar Ekonomi Gemencheh, Gemencheh 2
GEMENCHEH GRANITE Sdn. Bhd

Pelancongan / riadah / masjid

Rumah WARISAN Kg. Air Rawa, Gemencheh
Kompleks Mini Sukan, Gemencheh 2
Dataran Mini Gemencheh, Kg. Tengah, Gemencheh
Dewan Sri Gemencheh, Gemencheh Baru
Masjid Jamek Asyakirin, Gemencheh Baru
Masjid Jamek Gemencheh Lama
Masjid Kg. Tengah, Gemencheh
Masjid Kg. Sungai Kepong
Masjid Kg. Air Rawa/Pulau
Masjid Kg. Btg. Rokan
Masjid Kg. Ulu Rokan
Masjid Kg. Sri Asahan
Masjid Kg. Air Gelugur, Gedok
Masjid Kg. Tenai
Masjid Kg. Sungai Dua
Empangan Gemencheh, Kg. Sungai Salah.

Intitusi pendidikan

Sek. Men. Kebangsaan Dato' Mohd Taha, Gemencheh
Sek. Men. Kebangsaan Felda Bukit Rokan
Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh
Institut Tahfiz Al-Quran, Gemencheh
Kolej Komuniti Tampin, Gemencheh
Mahaad Ahmadi Gemencheh
Sek. Keb. Sungai Jernih
Sek. Keb Rokan
Sek. Keb. Dato' Abdullah
Sek. Keb. Ulu Rokan
Sek. Keb. Geduk
Sek. Keb. Sungai Dua
Sek. Keb. Felda Bukit Rokan
Sek. Keb. Felda Bukit Rokan Barat
Sek. Keb. Felda Bukit Rokan (U)
SJKC Sin Min, Gemencheh
SJKC Ladang Regent, Gemencheh
SJKC Kg. Baru Geduk, Gemencheh
SJKT Ladang Regent, Gemencheh
[sunting]Projek perladangan / aktiviti ekonomi

Felda Bukit Rokan (getah)
Felda Bukit Rokan (Utara) (getah)
Felda Bukit Rokan (Barat) (getah)
Felda Bukit Jalor, Air Kuning (Selatan) (getah)
SIME DARBY Estet, Gemencheh (getah/sawit)
NAM BEE Estet, Air Kuning (sawit)
BUKIT KELEDEK Estet, Air Kuning (sawit)
TSK Bukit Putus, Asahan (sawit))
TSK Sungai Lerek (sawit)
TSK Air Gelugur (sawit)
TSB Sg. Dua (sawit)
TSB Air Rawa (getah)
TSB Tenai 3 (getah)
TSB Ulu Rokan 1&2 (getah)
TSB Kg. Tengah (getah)
TSB Ai-Bo (getah)
TSB Sri Asahan (sawit)
TSB A/Kuning (S) (getah)
TSB Punggur 1 (getah)
TSS Ulu Air Kuning (getah)
TSS Kg. Tengah, Air Kuning (getah)
TSB Punggur 2 (getah)
TSS Kg. Jelawai (getah)
TSB Jalor (getah)
TSS Air Kuning (getah)
PUSAT TIMBANG SAWIT, Air Gelugur
Projek Pertanian Jagung ZALI, Sungai Kepong
Projek Ternakan Udang, Sungai Jernih
Projek Kolam Ikan BUJAL, Sungai Kepong
Projek Tanaman Kontan Tembikai, Air Rawa
Projek Tanaman Kontan Pisang, Air Rawa
Projek Ternakan Kambing ZUL, Sg. Kepong
Projek Tanaman Sayur Mamam, Gedok Sawah
PWPK Sg. Kepong - Makanan ringan (mee kuning)
PWPK Ulu Rokan - Kraftangan bunga daun getah
PWPK Kg. Tengah - Kraftangan bunga daun getah
PWPK Sg. Dua - Jahitan
PWPK Gedok - Makanan ringan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat