felda gedangsa - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda gedangsa - Google Blog Search |
<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | Warga Felda Posted: 25 Mar 2011 09:18 PM PDT YB Elizabeth Wong, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, telah memberitahu bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menyerahkan kepada FELDA tanah seluas 36.2 ekar di Felda Suharto untuk dibangunkan. Pembangunan yang dirancangkan itu adalah untuk menyiapkan rumah-rumah mampu milik kepada generasi muda Felda untuk memiliki rumah-rumah sendiri disamping bangunan komersil bertujuan untuk memberikan ruang perniagaan kepada mereka. Kerajaan Selangor bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada Felda untuk dibangunkan dibawah usaha Kerajaan Selangor memberikan perlindungan perumahan kepada anak-anak peneroka. Generasi Kedua/Ketiga Peneroka berhadapan dengan masalah perumahan; mereka tidak mempunyai rumah sendiri. Ada diantara mereka bertugas dikawasan diluar rancangan Felda tetapi masih kembali ke rumah ibu bapa masing-masing kerana mereka tidak mempunyai kediaman sendiri. Ada diantara mereka yang membantu ibu bapa mereka diladang dan tidak mempunyai pekerjaan sendiri, dan mereka juga memerlukan rumah kediaman; sedangkan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendirikan rumah sendiri. Dengan konsep perumahan mampu milik, rumah-rumah akan dibina untuk mereka dan mereka boleh membayar dengan bayaran mengikut kadar yang mereka mampu. Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor juga telah berjaya merundingkan untuk meluluskan tanah di Felda Gedangsa yang tidak digunakan oleh Felda untuk mendapatkan permit pendudukan sementara (tol) untuk dijayakan oleh peneroka-peneroka yang terlibat dengan pemeliharaan dan pembiakan ikan air tawar. Felda Gedangsa merupakan pusat pengeluaran ikan air tawar yang besar di Negeri Selangor. Disamping itu rundingan sedang dijalankan juga untuk mengeluarkan geran tanah kepada Peneroka-Peneroka Felda Suharto iaitu peneroka-peneroka di Fasa 6 yang masih menunggu pengeluaran geran mereka dari Pejabat Tanah Hulu Selangor kerana pihak Felda masih belum mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk pengeluaran geran tersebut walaupun peneroka-peneroka di situ telah lama menjelaskan Baki Hutang mereka kepada Felda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda gedangsa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |