felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
Peneroka-peneroka <b>Felda Jengka</b> 22 sudah mulai terasa penipuan <b>...</b> Posted: 05 Apr 2011 03:40 PM PDT "Masa terima RM13,000.00 selepas PRU Kerdau baru-baru ini, saya saya rasa seronok. Bulan ini dah mula dikenakan bayaran kembali kepada Felda RM650.00," keluh seorang Peneroka Felda Jengka 22 semasa menghadiri taklimat manipulasi peratusan perahan KPG di Felda Jengka 25 semalam. "Berlambaklah hutang kami dengan Felda selepas ini," katanya. Beliau kesal kerana sehingga hari ini Felda masih gagal menyerahkan kunci kira-kira hutang peneroka kepada Felda. "Berapakah hutang kami sebenarnya? Sepatutnya Felda menyerahkan kepada kami setiap bulan penyata hutang ini, atau setidak-tidaknya tiga bulan sekali! Atau paling tidak setahun sekali," katanya dengan penuh perasaan kesal. "Adakah RM13,000.00 itu dicampurkan dengan "wang cess" yang diberikan kepada kami? Benarkah hutang kami kini sudah melebihi RM80,000.00? Benarkah hutang peneroka-peneroka Felda Jengka 22 yang mengambil pinjaman perumahan sudah melebihi RM120,000.00?" beliau mendesak dengan pertanyaan. "Saya sudah membuat kiraan mudah bahawa jika saya kena membayar BK RM650.00 setiap bulan, bererti hutang saya atas bayaran itu sahaja dalam tempoh 20 tahun akan datang sudah berjumlah RM130,000.00, cekik darah betul Felda ni!" katanya. Beliau merasakan kekesalan kerana tidak menanam sendiri, bagi mereka yang tanam sendiri, bukan sahaja mereka tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, bahkan pendapatan bulanan mereka boleh mencecah RM5000.00 sebulan. Tetapi bagi mereka yang menanam melalui Felda hanya memperolehi sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang juga dikira hutang dan setiap bulan hutang mereka bertambah. "Ini bukan nak membantu peneroka! Bukan untuk membasmi kemiskinan dikalangan petani-peneroka, tetapi mahu mengekalkan peneroka-peneroka sebagai satu kelompok manusia di Negara ini yang dibebankan dengan hutang! Kami bukan wariskan harta kepada anak-anak kami, tapi kami akan wariskan bebanan hutang kepada waris-waris yang kami tinggalkan, itulah kejayaan Felda iaitu menjadikan golongan terbesar orang Melayu menanggung hutang!" katanya dengan gerang. Didalam taklimat di Jengka 25 itu, beberapa orang peneroka bertanyakan tentang wang dana tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka. Mereka menyatakan bahawa mereka sudah berurus dan berunding dengan Felda untuk mendapatkan wang dana tanam semula itu tetapi hingga kini sudah beberapa tahun, Felda masih gagal mengembalikan wang kami, benarkah Felda sudah hampir bankerap? Mereka mempersoalkan. Kumpulan yang menuntut wang dana tanam semula itu akan menemui peguam minggu ini untuk memulakan saman terhadap Felda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
25 orang Peneroka <b>Felda Jengka</b> 25 menyertai kumpulan 700 Peneroka <b>...</b> Posted: 05 Apr 2011 07:03 AM PDT Razali Ithnin, bekas kakitangan MPOB menerangkan kepada hadirin bahawa tindakan menyaman Felda bukanlah tindakan politik tetapi tindakan bagi mendapatkan hak peneroka-peneroka yang kerugian berpuluh ribu ringgit hasil dari manipulasi peratusan perahan KPG. Beliau juga menerangkan bahawa hasil dari pengiraan buah yang dikatakan "muda" "mekal" dan tangkai panjang yang ditolak oleh Kilang Felda, setiap peneroka kerugian tidak kurang dari RM19,000.00 didalam tempoh 10 tahun. Adakah peneroka-peneroka mahu membiarkan kerugian ini? Felda hanya memberikan peratusan perahan KPG dalam lingkungan 20-21% setelah para peneroka berura-ura mahu menyaman Felda, walhal sebelum ini Felda hanya memberikan peratusan perahan diantara 17-19% sahaja. Razali membuat penjelasan itu kepada peneroka-peneroka Felda Jengka 25 siang tadi. Peguam T. Kumar menerangkan bahawa saman terhadap Felda kerana manipulasi peratusan perahan KPG akan dibuat di Mahkamah Tinggi Temerloh dihujung bulan April ini. Sementara itu, beliau menyatakan bahawa tempoh 10 hari dari tarikh ini masih dibuka kepada mana-mana Peneroka yang mahu ikut serta kerana beliau diberitahu masih ramai peneroka yang belum kesempatan mendaftarkan diri untuk menyertai tindakan menyaman Felda. Peguam T. Kumar Peneroka Jengka 25 yang hadir mendengar penerangan dan salah seorang daripada Peneroka yang hadir (tiada dalam gambar) adalah ahli UMNO, beliau menyatakan bahawa beliau hadir untuk mendengar penerangan, dan apabila mendapati bahawa penerangan yang diberikan adalah semata-mata untuk kepentingan peneroka beliau turut serta mendaftarkan diri untuk menyaman Felda. Beliau betul-betul terkilan dengan Felda yang hanya memberikan peratusan perahan disekitar 20% dan sebelum ini tidak pernah melebihi 18% sedangkan ujian di makmal mencatatkan melebihi 30%. Kenapa Felda mahu menipu peneroka? Tak sangka Felda sanggup menipu Peneroka lebih dari RM1000.00 setiap bulan! Diatas permintaan seorang hadirin daripada Felda Sungai Tekam Utara, satu Majlis Penerangan mengenai isu peratusan perahan KPG akan diadakan di Felda Sungai Tekam Utara pada 7hb April 2011 untuk memberi peluang kepada peneroka-peneroka Jengak 1, Jengka 10 dan Sungai Tekam Utara mendengar penerangan mengenainya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |