felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
Peratusan Perahan di Kawasan <b>Jengka</b> adalah tinggi Posted: 08 Apr 2011 07:00 AM PDT Keputusan makmal menunjukkan bahawa peratusan perahan di kawasan Jengka adalah melebihi 26%, bahkan lebih tinggi dari itu. Beberapa orang Peneroka dari beberapa rancangan di kawasan Jengka yang menghantar tandan ke makmal buah sawit masing-masing mendapati bahawa peratusan perahan mereka melebihi 27%, bahkan seorang peneroka di Jengka 9 telah memilih buah tandan yang tidak begitu baik untuk dihantar ke makmal dan mendapati bahawa peratusan perahannya juga melebihi 25%. Dengan keputusan-keputusan sebegini mereka merasa amat kesal kerana selama ini Kilang Felda hanya memberikan kepada mereka antara 17-18% sahaja, dan hanya beberapa bulan yang lepas Kilang-Kilang di Jengka 8 dan Jengka 3 menaikkan peratus perahan buah sawit mereka kepada 20-21% apabila peneroka-peneroka sudah berkira-kira mahu menyaman Felda. Ini bererti bahawa Felda telah menipu peneroka-peneroka di Jengka sebanyak lelbihkurang RM1000.00 setiap bulan, bayangkan selama lebih 20 tahun mereka ditipu sebanyak RM1000.00 setiap bulan. Ini bermakna mereka telah dinafikan pendapatan sebanyak RM1000.00 x 12 bulan x 20 tahun bersamaan RM240,000.00. Saya menyatakan bahawa kalau beginilah keadaannya bukan sahaja Felda menjadi Along bahkan juga sudah menjadi POLONG! Seronok sungguh Felda merampas pendapatan dari peneroka-peneroka. Seronok sungguh Felda membayar pegawai-pegawai tingginya hingga berpuluh ribu ringgit sebulan dan Pengerusinya memperolehi lebih dari RM2 juta setahun. Peneroka-peneroka hanya diberikan sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan yang dikira hutang. Penyelewengan oleh Felda ini akan terdedah apabila lebih 700 orang Peneroka di kawasan Jengka iaitu peneroka-peneroka yang menghantar buah sawit mereka ke Kilang Felda Jengka 3 dan Kilang Felda Jengka 8 akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh. Pihak Peguam bagi peneroka-peneroka itu sudah bersiap sedia menyediakan dokumen-dokumen tuntutan untuk difailkan di Mahkamah Temerloh. Pemfailan itu dijangka akan dibuat pada hujung bulan April ini di Mahkamah Tinggi Temerloh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |