felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
700 orang peneroka <b>Felda Jengka</b> mahu fail saman terhadap Felda <b>...</b> Posted: 04 Apr 2011 05:14 PM PDT Seramai 700 orang peneroka daripada beberapa buah rancangan di Felda Jengka telah mendaftar diri untuk menyaman Felda berhubung isu perahan KPG yang mereka dakwa telah dimanipulasi oleh Felda. Selama lebih 15 tahun mereka hanya menerima peratusan KPG dibawah 19% sedangkan buah sawit yang dihantar ke Makmal mencatatkan peratusan perahan KPG melebihi 26%. Peneroka-peneroka yang menghantarkan buah sawit mereka di Kilang Felda Jengka 8 selama 15 tahun lebih hanya memperolehi sekitar 17% peratus sahaja. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, apabila peneroka-peneroka tersebut berura-ura untuk menyaman Felda, dengan tiba-tiba menaikkan peratusan perahan KPG kepada sekitar 20-21%. Ini menunjukkan bahawa Felda dengan sedarnya telah menipu peneroka-peneroka Felda dengan memberikan peratusan perahan yang rendah dan dengan kesedaran untuk mengelakkan diri daripada disaman oleh peneroka-peneroka telah menaikkan perahan kepada 20%. Walaupun peneroka-peneroka mengalu-alukan kenaikan peratusan perahan itu, namun mereka tetap mahu meneruskan saman mereka terhadap Felda kerana Felda enggan berunding untuk membayar gantirugi/pampasan terhadap kerugian mereka sejak lebih 15 tahun yang lampau. Secara purata, setiap peneroka kerugian RM500.00 setiap bulan hasil dari manipulasi perahan oleh Felda, dan dalam masa 15 tahun yang lampau setiap peneroka telah kerugian sebanyak lebihkurang RM75,000.00 dan jumlah ini adalah besar untuk hilang begitu sahaja. Dari hari ke hari semakin ramai peneroka-peneroka tampil untuk mendaftarkan diri bagi sama-sama memfailkan saman terhadap Felda. Justeru itu, keputusan oleh Jawatankuasa Bertindak telah diambil bahawa mereka yang mahu turut serta menyaman Felda hendaklah mendaftar diri 10 hari dari tarikh hari ini, dan untuk itu, satu Majlis Penerangan yang akan disampaikan oleh Peguam R. Sivarasa, Peguam T. Kumar dan Peguam Haji Suhaimi Said akan diadakan di Felda Jengka 25 pada hari ini, 5hb April 2011 jam 3.00 petang. Peneroka-peneroka yang masih berhajat untuk bersama-sama didalam tindakan ini dinasihatkan untuk hadir ke Majlis tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |