{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kahang - Google Blog Search


Miszalin Cintaku

Posted: 12 Apr 2011 10:06 AM PDT

Lagu ini betul-betul  mengembalikan kenangan tatkala maza di tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Kluang, Johor.

Alkisah Cikgu Miszalin yang baru tamat dari maktab perguruan setelah melanjutkan pelajaran di UPM telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kahang Batu 23 itu.

Sebagai cikgu yang 'segar' (fresh) belum berkahwin dan masih bujang telah menarik perhatian ramai pihak. Bukan sahaja dari kalangan murid, juga guru-guru lelaki bujang di sekolah itu.

Dan kebetulan pula sekitar tahun 1990 dasar pendidikan negara telah berubah. Lantaran itu tempiasnya kami rasai dengan kehadiran ramai guru-guru baru. Antara guru tersebut ialah Cikgu Idris, Cikgu Miszalin, Cikgu Hamidah, Cikgu Hishamuddin, Cikgu Shamsul, Cikgu Syamsiah, Cikgu Asmah, Cikgu Noraini dan beberapa orang lain.

Cikgu Miszalin mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. 

Mata kami pernah bundar melihatkan betapa cantiknya lukisan Cikgu Miszalin yang dilukiskan di atas kertas lukisan di dalam kelas. Bukan sahaja beliau mampu membuat potret indah di atas kertas lukisan itu sahaja, tetapi juga di papan hitam sana. 

Bakat seni Cikgu Miszalin pernah mendapat pengiktirafan oleh pihak sekolah dengan meminta beliau menyumbangkan lukisan muralnya di dinding sekolah sana. Maza dan rakan-rakan antara orang tukang mengecat sama, (err yang warna latar aje, lain-lain Cikgu Miszalin dan Cikgu Idris punya kerja.. hehehe)

Istimewa Cigku Miszalin ini ialah oleh kerana beliau juga masih muda, kami merasa begitu dekat dan begitu hampir dengannya. Perwatakkannya yang ceria dan riang acapkali menggamatkan kelas. Dan ini tidak bermakna kami tidak menghormati beliau, malah kami sangat-sangat menghormatinya dan menyayanginya sebagai guru kami. 

Kecekalan, keazaman dan ketegasan dalam mendidik kami jelas ketara memberi kesan hingga merubah semangat kami cemerlang, maju dan jaya. 

Dari Cikgu Miszalin inilah pintu hati maza untuk melangkah lebih jauh ke gerbang universiti semakin terbuka luas. Apa tidaknya, jika ada masa terluang,, Cikgu Miszalin tidak segan-segan untuk menceritakan detik-detik indah kehidupan beliau di kampus. Begitu juga perihal erti setiakawan dan susah senang yang menjadi latar hidup sebagai mahasiswa di sana. 

Setiap kali beliau membuka cerita, maka terloponglah mulut kami menelan bulat-bulat lalu merubahkannya membentuk sebuah keazaman.

Beliau pernah menceritakan kepada kami betapa nilai persahabatan itu penting. Beliau pernah mengembara mengelilingi semenanjung Malaysia dengan berbekalkan beberapa helai wang kertas dan 'ibu jari jempol' (tanda menumpang kenderaan) bersama rakan karibnya itu. Antara lokasi kembaranya yang melekat di kepala maza ini ialah Pulau Pinang, Bukit Bendera, Kedah dan Perlis.

Walhal kami anak-anak kampung ini masih lagi tertutup minda, kelabu fikirannya dan agak jumud dengan kehidupan di luar sana. Dunia kami terhad di kampung sahaja. Peluang dan ruang dirasakan hanya berlegar di kampung atau bandar Kluang sahaja. Cerita-cerita tentang universiti dan apa itu unversiti, haram kami tidak ketahui. Cara hendak melangkah ke sana juga kami tidak tahu. Apatah lagi tentang kehidupan dan budaya di sana. Mujurlah ada Cikgu Miszalin yang memberikan gambaran indahnya hidup berkampus.

Cikgu Miszalin asalnya orang kampung Felda Kahang Barat. Beliau antara cikgu yang bertanggungjawab membawa maza merasai keghairahan hendak melangkah ke menara gading!

Namun sebagai anak dara bujangan yang sedang mekar, Cikgu Miszalin juga tidak jauh daripada terkena gossip dengan kami. Kami pernah menggosipkan beliau dengan Cikgu Idris. Ini kerana keintiman dan kerajinan mereka yang membuatkan mereka kelihatkan bersama-sama di mana-mana berada. 

Tambahan lagi Cikgu Miszalin merupakan guru PBSM manakala Cikgu Idris guru Pengakap, apabila perkhemahan dilakukan biasanya PBSM dan Pengakap akan digabungkan dan berkhemah sekali. Ini bermakna kedua orang Cikgu ini akan berkerjasama lagi. hehehehe

Kebetulan pula di awal tahun 1990 itu lagu Mithali Cintaku tercipta. Lagu dari kumpulan Utopia ini kebetulan pula seolah-olah menyahut seruan ikatan kedua-dua orang cikgu tersebut. Di mana mereka juga suka menyanyi dan ber-minus-one (zaman tu masih tidak wujud lagi karaoke ya kengkawan). 

Nakalnya kami sebaik nampak kedua orang guru ini, terutama bila mereka bersama (makan di kantin atau berjalan di sekolah) akan adalah siulan-siulan nakal atau nyanyian lagu tersebut di dendangkan sama ada berselindung atau terang-terangan. Tajuk 'Mithali Cintaku' diubah menjadi 'Miszalin Cintaku.'

Apa-apa hal pun SPM 1992 telah memecahkan rekod sekolah. Sejarah terukir sehingga sekarang dengan kumpulan kami paling ramai mendapat pangkat 1 dan paling ramai lulus SPM. 

Tatkala maza menyambung pelajaran ke tingkatan enam di SSAJ (Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang), sekali lagi maza terperanjat. Ingatkan Cikgu Miszalin kembali mengambil peperisaan STPM. Rupa-rupanya wanita itu adalah senior maza yang merupakan adik Cikgu Miszalin bernama Noraini. Wajah mereka hampir serupa! Jadinya, maza tidaklah boleh buas-buas di SSAJ sekolah baru itu. Takut kakak Noraini report kat Cikgu Miszalin gitew.. hahaha (kena sopan santun gitew.. ahaks).

Pada Ahad (10.04.2011), maza menerima mesej dari Che Not Aya (teman persekolahan dari tadika membawa ke SPM dan hingga kini). Che Not Aya cakap dia berjaya mengesani Cikgu Miszalin. Pertemuan ini hanya berlaku di Facebook. Sebaik menerima mesej tersebut, segera maza 'menyunting' Cikgu Miszalin untuk dijadikan teman di Facebook.

Syukur, kini Cikgu Miszalin menerima 'peminangan' tersebut dan kini menjadi sebahagian daripada teman-teman maza di Facebook sana. 

Apa yang lebih menarik, beliau juga mempunyai blog dan mengemari seni fotogarfi. Ahaks, macam sesuai sahaja dengan minat beliau sedari awal lagi; seni lukis itu.

Oh ya, Cikgu Miszalin berkahwin dengan orang lain. Bukan Cikgu Idris. Beliau juga sudah berpindah sekolah lama dahulu ke sekolah baru dan tidak mengajar lagi sekolah kampung kami yang itu.

Akhir kalam, terima kasih cikgu di atas segala-galanya. Didikan, pelajaran, cerita, kembara dan kesemuanya telah membentuk maza hingga menjadi insan seperti ini. Maafkan maza cikgu, kalau maza pernah 'menyakitkan' hati cikgu. huhuhu....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat