{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kota gelanggi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kota gelanggi - Google Blog Search


Pahang Selamat, Rakyat Nikmat: Gen 2 <b>Felda Kota Gelanggi</b> tuntut hak

Posted: 03 Apr 2011 07:16 PM PDT

Tanpa dipengaruhi parti politik, seramai 600 generasi kedua Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 Jerantut minggu lalu berdemonstrasi secara aman sambil mengemukakan memorandum yang menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Memorandum yang mengandungi sebanyak 600 tandatangan generasi kedua dan warga peneroka dari kedua-dua tanah rancangan itu dikumpulkan untuk diserahkan kepada kepimpinan.

Ia membangkitkan mengenai dua tuntutan iaitu isu keperluan pembinaan rumah dan pemilikan tanah dalam kalangan generasi kedua yang masih menetap serta bekerja dalam kawasan Felda seiring dengan pertambahan penduduk.

Pertubuhan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) dan disokong oleh PAS, telah lama memperjuangkan soal kebajikan ini. Namun selama ini Felda dan Umno beriya-iya menafikan hak warga Felda ini walhal kekayaan agensi tersebut adalah daripada keringat dan titik peluh entiti tersebut.

Generasi kedua terutama yang menetap dan bekerja dalam kawasan Felda sebenarnya amat memerlukan penempatan kerena kebanyakan mereka masih menumpang tinggal bersama ibu bapa. Ada kes, di bawah satu bumbung rumah peneroka, terdapat banyak keluarga anak beranak kerana tiada tempat tinggal lain.

Sedangkan, masih terdapat lot tanah kosong yang boleh dibangunkan Kerajaan Negeri dalam kawasan Felda untuk memenuhi tuntutan sosial dan kebajikan generasi kedua, di sini.

Jika generasi kedua di kawasan lain boleh memperoleh lot tanah untuk penempatan, maka mereka juga layak menerima kemudahan sama seperti itu. Lot tapak dan pembinaan sendiri dengan bersyarat dapat membantu meringankan beban generasi kedua dan membolehkan mereka tidak ketinggalan untuk menikmati kehidupan lebih selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>felda kota gelanggi</b> - Google Blog Search | Warga Felda

Posted: 21 Mar 2011 09:40 PM PDT

 KUANTAN, 17 Mac: Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.

Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.

Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.

Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.

 "Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan di tadbir oleh anak-anak peneroka.

"Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar," ujarnya

Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye bahawa kadar jenayah di Felda semakin meningkat setiap hari.
 
"Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda didalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.
 
"Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.

"Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka," katanya.

Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.

Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat