{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


<b>felda lepar hilir</b> - Google Blog Search | Warga Felda

Posted: 29 Mar 2011 11:38 AM PDT

KUANTAN- Sikap panas baran seorang pemuda mengundang padah apabila dikenakan denda RM300 di Mahkamah Majistret di sini dipercayai pembuli jalan raya selepas mengaku bersalah menumbuk seorang lelaki pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Amiruddin Muhamad, 20, dari Felda Lepar Hilir Empat menumbuk mangsa berusia 38 tahun kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan mangsa.

Tertuduh didakwa membangkitkan marah yang melampau dan mendadak serta dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa itu dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuantan-Segamat, dekat Gambang, di sini kira-kira jam 7.40 malam pada 6 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang bekerja di ladang bapanya hadir bersama keluarga kelihatan tenang dan mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Adibah Mohd Kadir sebelum dikenakan denda RM300 dan penjara tiga hari jika gagal membayar denda itu. Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Mengikut fakta kes, mangsa mendakwa dikasari tertuduh yang berang selepas tidak berpuas hati dengan cara pemanduan mangsa kerana dikatakan membrek secara mengejut di laluan berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya dalam perjalanan menghala ke Maran dari Pekan mengekori sebuah Perodua Viva yang dikatakan dipandu terlalu perlahan sebelum cuba memotong kenderaan berkenaan.

Namun, mangsa kemudian terpaksa membrek secara tiba-tiba menyebabkan tertuduh yang mengekori belakang kereta mangsa terpaksa melakukan perkara sama untuk mengelak berlaku perlanggaran.

Tertuduh yang dikatakan bersifat panas baran memotong kereta mangsa sebelum mengarahkan mangsa berhenti di tepi jalan berikutan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku itu.

Tertuduh kemudian memarahi mangsa kerana membrek secara mengejut sebelum terus menampar dan menumbuk mangsa sehingga pecah bibir.

Berikutan kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya kemudian membuat laporan di Balai Polis Gambang pada jam 8 malam sebelum mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat