{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda pasoh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda pasoh - Google Blog Search


Ladang sawit 'port' dadah | .:: A A N S ::.

Posted: 14 Apr 2011 04:54 AM PDT

JEMPOL - Seramai 39 lelaki dan dua wanita ditahan polis kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dalam serbuan Ops Tapis Khas di sebuah ladang kelapa sawit sekitar Felda Pasoh 3, dekat sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, semua suspek ditahan berumur antara 18 hingga 56 tahun.

"Semua suspek cuba melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran ketua operasi, Inspektor N Prabu dan 10 anggota polis di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun, cubaan mereka gagal dan berjaya diberkas dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 12 tengah hari," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, seramai 35 suspek lelaki disyaki positif dadah jenis heroin ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1987.

Semua suspek miliki rekod jenayah lampau

"Dua suspek lelaki dan dua suspek wanita ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana disyaki memasukkan dadah jenis heroin ke dalam tubuh," katanya.

Mohd Sabri berkata, seorang lelaki disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 kerana disyaki memiliki dadah dipercayai jenis syabu seberat kira-kira dua gram.

"Sementara, seorang suspek lelaki lain dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat 5.2 gram dan ditahan mengikut Seksyen 39 (a) (ii) ADB 1952.

"Siasatan lanjut mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar suspek dipercayai menaiki motosikal ke lokasi serbuan untuk mendapatkan bekalan dadah.

Sumber: Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat